Assalamualaikum dan Salam Ramadhan =)

Hai cuols.




Abaikan kekotoran cermin ku ini.

Selepas seharian kepala i berbungkuskan black 'cotton viscose' light weight, i berasa nak selfie depan cermin bilik usai kerja hari ni.  I pun tak sure kenapa. Tapi i nampak perbezaan bila i pakai wrinkles-ironless-shawl sebegini rupa dan shawl plain biasa. I tetibe terfikirkan tentang berat badan dan saiz muka sebelum PKP. What? Jangan kata kau kurus selagi takde orang kata Ainaa kurusnya kau, runcing nya pipi kau! Anggap jelah ni effect daripada this exclusive black 'cotton viscose' dan lipatan tepi tudung itew. Because nobody even cares about your weight! And, lately ni mood i macam roller coaster tambahan pula i terkena wabak ulcer dalam mulut tepi besi. Seminggu merana menahan keperitan ulcer and tak boleh senyum beriya. Sekadar senyum sinis memandang ke tepi screen phone je mampu. Tsk tsk.

Okei. So sempena Ramadhan (permulaan ayat fefeeling pengacara tv) i nak share resepi potato cheese ball. Mudah dan sedap. Tagline yang wajib i guna sebagai penambah rasa setiap menu. I highlighted mudah sebab i suka something yang akan mempermudah urusan i. Untuk pengetahuan, level 'mudah' bagi setiap orang tu berbeza (yeke). Yes. Tapi kalau kita nak jugak, mesti kita dapat kan? Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Lagipun i tahu semorang suka kerja mudah. Kalau boleh nak shortcut lepastu copy and paste.

Apa i bebel ni? Ok cuols,
Dekat bawah ni adalah bahan-bahan dan steps untuk Potato Cheese Ball yang mudah lagi sedap! Try yukkkkk!

Bahan-bahan:

1. Kentang 3-5 biji
2. Black pepper powder
2. Mozarella Cheese
4. Mixed Vege (option)
5. Garam 1 sudu kecil
6. Gula 1 sudu kecil
7. Bread crumb
8. Tepung gandum
9. Telur 2 biji

Steps:


1. Sebagai persediaan, rebus semua kentang yang sudah dibuang kulit dan dipotong empat. Rebus sehingga lembut. Cucuk menggukan lidi atau garfu untuk mengetahui tahap kelembutan kentang.

2. Selepas kentang sudah siap direbus, toskan kentang sehingga kering. Sementara menunggu kentang kering, boleh lah ambil masa untuk buat kerja lain. Erti kata lain, keep yourself occupied! Always! Aaagituh. Haha.

3. Lenyekkan kentang di dalam bekas.

4. Masukkan black pepper powder, garam, gula dan mozarella cheese.

5. Gaul kan bahan-bahan ini sehingga rata dan sebati.


6. Oh ya, jangan lupa mix vege sekali okei! Kalau takde mix vege pun tak pe. Boleh letak daun sup, atau nak letak rebusan ayam pun okei :) Anything! Letak je apa-apa yang mengikut selera masing-masing.



7. Gunakan sudu makan. Ambil sesudu makan kentang dan gumpalkan kentang.

8. Masukkan ketulan cheese cheddar dalam kentang ni. Dan gumpalkan semula sehingga bulat.



9. Salutkan kentang bola ini dalam tepung telur, tepung gandum dan kemudian akhir sekali salutkan dengan bread crumb.


10. Gorengkan potato cheese ball ini dalam kuali panas! Okei. Dah siap!