Assalamualaikum =)






Begitulah reaksi keterujaan yang melampau sekali sejurus selepas seorang Ainaa update Mini ATM dekat instagram story yang i beli tempoh hari yang lalu. I didn't expect anything. I fikirkan i bercakap and berangan sorang-sorang dekat Instagram story ajak menabung, rupanya ada juga gadis-gadis yang meraikan angan-angan i ni and terjebak dengan virus menabung ini. Actually tabung tu for kids, kalau tunjuk dekat kids confirm dia nak, buktinya anak buah i. Tengok story i terus NAK SATU, MAMA. (dia pesan dekat mak dia, lol). Jikalau berminat, boleh taip di carian shopee nama product yang i dah attached. Heart attack lah uncle tabung tiba-tiba ramai gadis menggelabah nak beli Mini ATM di era covid-19 ni dah kenapa.

"Biasalah uncle, perempuan kan ada 9 nafsu 1 akal." taip sambil senyum tidak simetri.

Lepastu lepastu kalau dah beli tak usah lah awak menagih kasih meminta simpati dan pertolongan daripada uncle tu. Sebab i terlebih gula, i over-excited malam-malam whatsapp uncle tanya macam mana nak guna machine ni uncle? Uncle tu pening dengan i, i pun of course lah lagi pening dengan uncle tu. Ended up i tengok Youtube je (hamagawd gelabah tak hengat dunia)

Okei habes dah mukadimah i. *kesat peluh

Disebabkan malam ni i free, so i akan share resepi burger Malaysia yang i dah buat beberapa minggu yang lalu (amboi dia). Actually dekat rumah i ni ada lebihan sambal bilis nasi lemak mak i masak untuk sarapan hari sebelum. So yang lebihan sambal bilis ni i macam EH NAK BUAT BURGER MALAYSIA LAH. Burger Malaysia ni one of my favorite kuih muih jugak lah.

Selalunya, before i masuk kerja pepagi buta, i akan singgah satu kedai ni and mesti akan beli kuih ni. So bila dah stop kejap sekarang ni. I macam teringat la jugak lepas tu tetibe ada lebihan pulak daripada nasi lemak ni. Coincidence. 

Ok. Now i akan listkan bahan-bahan dan step nya.

Bahan - bahan:
*Gula - 5 sudu besar
Minyak - 60 ml
*Garam - 1 tea spoon
*Yis - 7 gram / 1 packet (11 gram)
Air mineral- 250 ml
*Tepung gandum - 500 gram

Steps:


1) Campurkan semua bahan-bahan bersifat kering (*), dan kacaukan bagi rata

2) Tuang 250 ml air mineral dan kacau. Air ni tuang sedikit demi sedikit. Kacau.

3) Sambil kacau sambil masukkan 1 packet yis. Dan kacau lagi sehingga menjadi seketul doh.

4) Dah jadi doh kan. Lepastu biarkan doh tu dalam keadaan tertutup: selama 40 minit. Untuk menaikkan doh dan hasilkan doh yang lebih gebu.


5) Selepas 40 minit berlalu, bentukkan doh seperti dalam gambar dekat atas. I tak ingat nak ambil gambar part bentukkan doh satu per satu. So macam dekat atas ni lah eh rupa dia ehehe.

Cara nak jadikan doh membulat macam dalam gambar ni senang je. Ambil sedikit doh dan letak kan di atas tapak tangan, lepastu bulat-bulatkan doh tu menggunakan kedua-dua tapak tangan (rounding. harap faham bahasa 'rounding' i nih) (hah, i takde buat video. suara emas tangan emas semua emas ihiks.)

6) Goreng kan dengan suhu api yang slow / sederhana.

7) Dah siap goreng, angkat semua roti. Dan belah roti tersebut di bahagian tengah, tapi jangan belah sampai habes. 

8) Masukkan sambal dan timun.



Okay siap! =)