Assalamualaikum =)


"Happy Labour Day" - unknown

Okei rasa nak lakukan lompatan berirama atas katil hari ni. Guess what. It's Labour Day! hahahaha.  Hamagawd happy nak mampus. Yang paling dungu sekali, pabila on this 1st of May i baru sedar yang I KENA DUDUK RUMAH DIAM DIAM JANGAN PERGI KERJA SEBAB HARI NI CUTI OI. Otak i maha lembab nak proses. Walhal, setiap hari tengok tarikh menunggu ketibaan hujung bulan dan awal bulan. Lewls.

Happy Labour Day to all workers! ehehe.

Berkurun dah sebenarnya i buat twisted korean donut (atau kkwabaegi dalam korean language) ni. Tapi hari ni adalah my second time buat donut ni. Sumpah best dapat uli doh sampai jadi donut. Lagi best bila final result donut, adalah TWISTED. Kau faham tak dia punya feeling bila dapat twist tepung tu like a pro? Muahahaha.

K.

Dekat bawah ni adalah bahan-bahan dan cara-cara untuk menghasilkan 16 keping donut. Jikalau ada sekumpulan beauty pageants mahupun sekumpulan pasukan bolasepak nak merasai keenakan twisted donut, kena double and triple-kan bahan-bahan di bawah ini okei. (except for yis).

Bahan-bahan:
Unsalted Butter : 2 sudu makan
Gula : 2 sudu makan
Garam : 1/2 sudu teh
Fresh Milk - 1 cawan
Yis - 1 pack (11g)
Telur - 1 biji
Tepung gandum - 3 cawan
Cinnamon powder - untuk salutan donut
Gula - untuk salutan donut
Penimbang doh


1. Cairkan unsalted butter atas api di tahap api sederhana.

2. Masukkan butter yang dah di cairkan ke dalam bekas adunan.

3. Masukkan gula, garam, fresh milk, telur dan kacau

4. Masukkan yis dan kacau. Kemudian tunggu sehingga 5 minit.

5. Masukkan tepung gandum ke dalam adunan itu tadi.

6. Kacau dan gaul sebati sehingga menjadi doh.

7. Tutup dan biarkan doh sehingga doh kembang, selama 45 minit.

8. Selepas 45 minit berlalu, kacau lagi sekali doh. Untuk dapatkan doh yang lebih lembut dan gebu. Tutup dan biarkan lagi sehingga 45 minit.

So dua kali doh di biarkan dan berkembang pesat dalam bekas adunan. Ehehe.
Actually sekali pun boleh, tapi kalau buat doh ni guna mixer. First time buat doh pakai tangan je. For the second time, i guna mixer untuk buat doh. So sekali je biarkan doh ni mengembang.


Gebu nya!



9. Bahagikan doh kepada dua bahagian. Sebelum bahagi kepada dua bahagian, boleh timbang dulu total weight doh ni berapa and divide by two. Make sure sama berat untuk kedua-dua doh ni. Ehehehe.





10. Sebiji doh ni bersamaan 16 keping donut. DEPENDS! Kalau rasa nak hasil kan donut yang lebih kecil (for kids)- kena divide more than 16 doh.

11. Disebabkan i nak jugak (16 keping donut) tak kira, tak kira! *hentak-hentak kaki menggelabah. Total weight sebiji doh lepas dah bahagikan kepada dua tadi i divide lagi kepada 8 doh. So jadi lah doh kecik-kecik sebegini.



2. Dah dapat bahagikan 16 biji doh kecil. Uli kan doh tadi seperti gambar di atas. Pastikan uli di atas permukaan yang rata dan sedikit lembab (renjiskan air sikit di permukaan sebelum menguli)

13. Selepas dah uli doh menjadi panjang, uli kan doh bahagian kiri ke atas dalam masa yang sama uli kan doh bahagian kanan ke bawah.



14. Pegang bahagian kedua-dua hujung doh kiri dan kanan, angkat, cantumkan dan twist! twist! twist!




15. Panaskan minyak. Goreng kan doh tadi dengan menggunakan api yang sederhana. Waktu panaskan minyak je minyak tu high temperature ya.


16. Akhir sekali, salutkan donut dengan gula dan cinnamon powder! Nak senang, masukkan gula dan cinnamon powder dalam satu plastik (plastik isi lauk pauk), and then masukkan donut ni 2-3 ketul dalam satu plastik. Lepastu shake shake shake uols. Over.


Yay siap di hidang dan makan! Lembut gebu dan rangup :D