Assalamualaikum =)
[masyaallah tabarakallah]

River View Cafe

Interview Session
Baba Nyonya Heritage Museum, 3 Mac 2018

Melaka merupakan salah satu negeri yang kaya dengan warisan dan sejarah yang ditinggalkan oleh Portugis, Belanda dan Inggeris suatu ketika dahulu. Lagi di kaji lagi banyak minor history yang i tak aware pun sebenarnya. Sangat mengalu-alukan bagi pelancong yang ingin menikmati budaya unik di Melaka oleh kerana Melaka adalah negeri yang didiami oleh kaum Melayu, Cina dan India. Hari terakhir i memijak bumi Melaka adalah pada tahun 2018 dengan Anis. It was an unplanned visit. Permulaan rancangannya, i pergi ke Melaka demi The Awareness among Younger Generation towards Baba Nyonya Culture - choosen topic for my ethnic relations assignment.  Agitew. Kemain sampai ke Melaka nak buat kajian, huahua. Jauh perjalanan, luas pemandangan taw? 😝

Jikalau ada peluang, i suka jadikan topik yang boleh bawa diri i terbang jauh dan bebas. Best kan? Sambil menyelam, minum air katanya. Boleh mengembara, melihat dan rasa sendiri ciptaan Tuhan.  Lagipun peluang itu harus direbut, bukan. Tapi depends jugak pada masa, wang dan tenaga. Either i mampu atau tidak. To be honest, ada certain part yang tak boleh nak follow and kopipes apa yang i buat, apa i boleh kata just do what you love. Biarlah buat sesuatu itu sentiasa mengukur di badan sendiri. Alhamdulillah, i di beri peluang dan rezeki for doing what i love with someone i love, walau perlu menapak jauh. I did it!

Sunglass nak pergi mana?
  

St Paul, 4 Mac 2018

St Paul, 4 Mac 2018

St Paul, 4 Mac 2018


EE JI BAN RICE BALLS RESTAURANT

Kali ini, i jelajah sekali lagi ke Melaka with my forever foodhubu (food hunting buddy😜) pada hujung minggu yang serba serbi bebas. Kebetulan, Melaka pulak negeri yang dianggap sebagai 'syurga' makanan. Untuk ke sini, jarak dari Bandar Hilir Melaka ke Ee Ji Ban tidak lah jauh pun cuma 10 minit perjalanan.  Jikalau nak tahu, selain ais kepal, di Malaysia juga wujud restoran yang menyajikan nasi kepal. Nasi Kepal Bebola Ayam ini merupakan nasi hasil kepelbagaian daripada Nasi Ayam Hainan di mana Nasi Ayam Hainan adalah resepi tradisional dan local food masyarakat Baba Nyonya.

Ee Ji Ban boleh dikatakan satu-satunya restoran yang mempunyai sijil halal dan ia menyajikan Nyonya Cuisine iaitu selain Nasi Kepal Bebola Ayam, Telur Cencaluk, Kangkung Belacan, Sambal Petai Udang dan Sambal Sotong juga merupakan menu Baba Nyonya Cuisine di Ee Ji Ban. Dah lama sungguh restoran ini menapak di Melaka dan ini adalah kali kedua i makan di sini. Rasa nya tidak ubah seperti dahulu kala. Nyumsie! 😋

1/2 mixed chicken MYR26
Nasi Kepal Bebola Ayam MYR0.50 per ball
Teluk Cencaluk MYR7 (small size)

Tidak rumit untuk order makanan di sini sebab menu utama di sini adalah 'Rice Balls', masuk kedai terus pilih berapa biji bebola dan lauk sahaja. Yang merumitkan adalah diri sendiri yang acap kali keliru dengan lauk yang di sediakan disini. Semua di dalam list menu tampak menyelerakan. Tapi i and my foodhubu pilih untuk ambil satu menu sahaja iaitu 1/2 mixed chicken. Al maklumlah, nak food hunting kan, try sikit-sikit sudeh tapi nasi ayam ni serious terlajak order.

Jujurnya, walau Nasi Kepal Bebola Ayam boleh di makan dengan hanya sekali suapan sahaja, yang pastinya 8 - 10 biji Nasi Kepal Bebola Ayam ini sudah mencukupi untuk dua orang makan. Alhamdulillah kenyang dan insaf lima minit pabila i and my foodhubu tergamak order sampai 15 biji bebola nasi. Tsk tsk. Maafin gue. For me, 15 bebola ini dianggap banyak since i ada add-on menu lain selain Nasi Kepal Bebola Ayam iaitu Telur Cencaluk dan sup. Sumpah kenyang oi! Kebetulan, nasi kepal ini pulak di masak lembik, jadi ia cepat kenyang dan mual bila makan. Honestly sedap! I rasa i makan sikit tapi kenyang dan tak habis pun bebola nasi. Terpaksa my foodhubu habiskan separa bola nasi kepal itu. Awww ingat sweet?


CENDOL KAMPUNG HULU

Destinasi seterusnya ke Cendol Kampung Hulu, jaraknya 10 minit dari Restoran Ee Ji Ban. Pabila sampai di sini, i baru tahu Cendol Kampung Hulu ini adalah kiosk yang bertempat di Makan Avenue. And baru tahu juga kewujudan Makan Avenue di Melaka. Lewls. Di Makan Avenue pula ada pelbagai kiosk makanan dan minuman yang lain. Tapi pelancong yang datang ke sini, akan pilih Cendol Kampung Hulu sebagai menu utama. Jikalau malas berjalan merata dan tidak gemar mengadap kesesakan lalu lintas di bandaraya Melaka, boleh jadikan Makan Avenue ini tempat mengisi perut. Tapi it's a bit pricey taw kalau di jumlahkan makan minum plus cendol MYR15 haha. I tengok juga, boleh tahan sedap jugak menu di kiosk-kiosk Makan Avenue ni. Western ada, masakan kampung pun ada. Gulp! Tapi dah kenyang dek kerana Nasi Kepal Bebola Ayam tadi, so i and my foodhubu makan cendol jelah erk. Har har. Next time jikalau di beri kesempatan melawat Melaka lagi, boleh try makan dekat Makan Avenue pula. 💘 

Cendol Durian MYR15

Sebelum ini, jikalau nak makan Cendol Kampung Hulu perlu beratur panjang sepanjang 654 meter (lewls), tapi alhamdulillah. Waktu i datang sini, tak perlu beratur. Kebetulan waktu i pergi ni bukan waktu percutian pun jadi tak ada pelancong sangat. I suggest beli saja thru online apps (Klook Apps). In case beratur panjang dan tak ada kuasa nak beratur, boleh terus ke kaunter and tunjuk resit, ihiks.

I dan my foodhubu pilih Cendol Durian since Cendol Durian adalah menu utama. Cendol yang di penuhi dengan pure gula melaka yang manis dan pekat kawkaw, santan, kacang merah, ais krim Vanilla and ais yang dikisar sangat halus tak kalah macam snowy di Turki!❆ Gosh, apa yang i boleh kata rasa nya sedap gila! Lagi-lagi bila dah di gaul dan bercampur dengan durian plus aiskrim Vanilla and light-shaved-ice. What a purrrrfect combination!

Kebetulan, sewaktu dah sampai di Makan Avenue i berasa bahang sebab diri dah exposed to sunlight sewaktu nak berjalan ke Makan Avenue! Sesekali tekak ni berasa lega betul bila dapat telan shaved ice di sini. Cendol Kampung Hulu sesuai makan di tepi sungai waktu tengah hari dan petang. Tapi i tak makan tepi sungai waktu ni, sebab meja dah penuh pulak, i makan dekat atas. Okei la, quite privacy.



RIVER VIEW CAFE

Lepas makan cendol, i and my foodhubu berjalan dan melawat Villa Sentosa di Kampung Morten yang agak hambar sebab waktu i sampai di Villa Sentosa, penghuni rumah tak ada di rumah. So i sepatutnya tak boleh masuk Villa Sentosa. But it's too late and i take it as self-taught learning.

Di petang hari pula, i and my foodhubu ke River Walk. Bersiar-siar ambil angin sepanjang River Walk. Nak tahu tak salah satu pengalaman yang paling tidak akan dilupakan di Melaka adalah berjalan di sepanjang Melaka River Walk? OMG, best and i feel so relieved! Dah lama tak hirup udara segar sambil berjalan di tepi River Walk yang di kelilingi kafe yang unik dan pokok-pokok kehijauan. That rustic view, the colorful murals that displayed on surrounding buildings, the restaurants songs along the river, the river sounds and the acah-acah tudung berterbangan feeling, faham tak? wkwkwk.


Sambil berjalan sambil berhenti sepuloh kali ambil gambar di dinding-dinding bangunan macam ini di petang hari?! UGH.


Jikalau di Cendol Kampung Hulu i tak berkesempatan menikmati cendol di river side, kali ini i dapat menikmati makan petang di river side. Yeay! Again, that feeling, alhamdulillah. Sampai saja di kafe River View, i and my foodhubu order Calzone, Aglio Olio and Set Burger. Calzone dekat sini sedap sangat ukie! Ianya berisikan hancuran daging, capsicum, dan lain-lain (i lupa). Untuk pengetahuan, sebiji Calzone boleh makan tiga hingga empat orang. Muehehe. And i suggest, jikalau dah order Calzone tak perlu order menu lain lagi sebab Calzone yang dibuat sangat besar and tebal, lainlah cerita jikalau datang secara berjemaah. Besar and tebal sampai i and my foodhubu ambil masa dua hari untuk habiskan sebiji Calzone ni. Walau dah dua hari, Calzone masih rasa sedap dan tak jemu.

Selain menikmati makan petang di sini, ada juga pelanggan yang mendokumentasikan pengalaman mereka di sini dengan pesta kecil. Ruangan meja makan mereka dipenuhi dengan hellium balloon, bouquet flowers dan candle light demi membuat kejutan dan menyambut hari ulangtahun di restoran River View Cafe. Al maklumlah dinner ulangtahun di tepi sungai kan satu pengalaman yang romantik dan menakjubkan. Yelatew.

Makan tepi pintu pun okei.


Habis dah makan, sambung berjalan di river side.


To be continued.
[masyaallah tabarakallah]