Assalamualaikum =)
[masyaallah tabarakallah]

SKYTREX ADVENTURE

OMG segar bugarnya pagi ini. Both decide tak nak pergi breakfast. Jadi i habiskan and jadikan lebihan Calzone di River View Cafe tempoh hari sebagai breakfast since game start seawal sembilan pagi.  Elok lah kita panjat memanjat di pagi hari since hari sebelumnya i and my foodhubu dah mentelahap tak ingat dunia. Ergh! Jadi i menapak pula ke Skytrex Adventure yang berkoordinasi di Taman Botanikal Durian Tunggal, cuma hanya lima minit perjalanan dari highway PLUS (exit toll). Tapi, dari hotel yang i menginap di Bandaraya Melaka mengambil masa hampir 25 minit. Soooo jauh! Since pagi memang dah plan untuk habiskan masa perjalanan pergi balik dari Skytrex dan aktiviti di Skytrex so we both consider okei.


Skytrex di Melaka terbahagi kepada tiga part trail iaitu Little Dino, Pahlawan Thrill dan Extreme Warriors. I and my foodhubu decide untuk pilih pakej intermediate iaitu Pahlwan Thrill. I never choose extreme level, kita tidak sekuat itew harharhar! Jikalau nak tahu, sebelum ini i pernah experience Skytrex di Langkawi dan Sungai Congkak (CLICK HERE). Skytrex Melaka adalah park yang terakhir i cuba. Walau obstacles di setiap park adalah berbeza, tapi obstacles yang terbina di Melaka jauh lebih mencabar jikalau di bandingkan dengan di Langkawi dan Sg Congkak. To be honest banyak ah obstacles yang i stuck and move slowly 😩

"I pernah main sebelum ni yang extreme punya" (please read in berlagak intonasi)
"You, lajunya. Tunggu i"
"Alah senang je. You boleh"

Hello i tahu senang tapi kenapa i tak boleh move kaki i from one point to one point? Sigh.

CANDID: Thank you My Foodhubu for the pix and the non-stop taking my-ugly-candid-photo! xoxo. #myfoodhubuismyhaters #acahacahadahaters😜😂 Complete dah skytrex tour i dalam Malaysia ni tanpa i sedar sebab semuanya unplanned and tiba-tiba nak join itu ini. Nafsu tu. Huahua. I learnt that banyak kelebihan jikalau kita dapat mengeluarkan peluh di waktu pagi, lebih bersemangat dan fokus misalnya. Lagipun, jikalau selalu produce peluh, kulit akan tampak lebih glowing, sebab itu ada pepatah bagitahu sweat is pretty.

BATU BERENDAM

Coconut Shake Special

Dah habis aktiviti Skytrex, i dan my foodhubu pergi Batu Berendam sebab nak minum Coconut Shake. Jaraknya ke Batu Berendam dari Skytrex lebih dekat daripada Coconut Shake Klebang. Untuk pengetahuan, di sini banyak sangat pilihan makanan. Boleh rambang mata.

"You nak makan apa? I nak pergi beli"
"I tak tahu nak makan apa sebab banyak sangat makanan dekat sini. You beli jelah apa-apa."

Nasi Putih dan Asam Pedas Daging Tetel

Kebetulan asam pedas adalah jenama tersohor di Melaka, jadi my foodhubu belikanlah untuk i asam pedas. First time i makan Daging Tetel ni and OMG unexpected sebab sedap nak gilas. Daging nya dipotong kecil-kecil dan dikombinasikan dengan telur masin dan sayur campur. Tak percaya yang i non-stop hirup kuah asam pedas guna sudu sampai licin. Nyumsie! Ke sebenarnya i tengah lapar? Kehkeh.

Dah habis makan, i balik bilik and rehat kan badan sampai ke petang.


CENDOL JAM BESAR, BANDAR HILIR

Untuk menikmati ice dessert santai-santai di Cendol Jam Besar, i hanya perlu berjalan kaki saja dari hotel. Alhamdulillah hotel yang i duduk ini sangat strategik, cantik, unik, dan selasa but quite expensive. Tapi waktu i stay sini ada discount, jadi harga nya affordable dan sesuai for solo travel.

Boleh jalan kaki saja untuk ke Bandar Hilir. Gerai cendol ini pulak terletak di seberang jalan dan bertentangan dengan The Stadthuys. Fuh, ramai orang dan cara perniagaan disini adalah layan diri. Pelanggan yang datang kena beratur untuk order iced dessert di sini iaitu ABC atau Cendol. Tak silap i ada juga snack lain tapi bukan di gerai Cendol Jam Besar. Banyak lagi gerai lain sederet gerai Cendol Jam Besar. I putuskan untuk i pergi cari tempat duduk manakala my foodhubu pergi order ice dessert. Memupuk sifat toleransi sesama manusia tidak kira gender kateko.

ABC Durian & Jus Tembikai Tebuk

Tembikai ini di tebuk di tengah-tengah bahagian buah dan buahnya di proses menggunakan hand-mixer. I dapat sedut hancuran buah tembikai yang di campur dengan ketulan ais direct dari dalam buah tembikai ini. Lega tekak dapat minum jus tembikai tengah-tengah panas ni. Panas pulak bukan kaleng-kaleng. So sedap so kreatif! Tapi i nak bagitahu, sebiji buah ini sangat mencukupi untuk dua tiga orang minum. Perut i tak dapat nak tampung waktu ni. Tambah pula i dah makan Daging Tetel and Coconut Shake tengah hari tadi. Rasa nak menangis sebab tak habis! Tsk tsk.

Singgah sekejap dekat sini, nak bergambar dengan mini waterfall berlatarbelakangkan The Stadthuys. Tershiduk.

Jalan kaki ke kereta nak menuju ke destinasi seterusnya. Yay!

MEE UDANG KAK ROSE

Sebelum petang menganjak ke malam, i and my foodhubu ke sebuah restoran mee udang di Bukit Rambai. Part ni lah paling i tak sabar nak cerita sebab seriously level kesedapan mee udang dia sampai percikan kuah mee udang terkeluar dari radar sepanjang i makan. Mee udang ini jugak serve with udang yang segar dan besar gedabak gedebush. Tapi i tak pasti setara mana kesedapan mee udang ini sebab i tak pernah makan mee udang di tempat lain. Yang i selalu makan adalah mee rebus itupun mak i yang masak. Apa i boleh kata, mee udang kak rose truly satisfy my taste buds! Kuah nya ada rasa udang, manis-manis dan less spicy. *menaip sambil menelan air liur*


Sebagai pembuka selera, my foodhubu order Keropok Lekor. Jikalau datang ke sini, boleh pilih untuk duduk meja yang beratap atau di luar. I pilih duduk di meja luar supaya i dapat makan sambil menghirup udara segar di kampung Bukit Rumbai itu dan boleh juga i dapatkan natural lighting untuk i ambil gambar makanan. Hihi. Lagipun, kawasan sini bersih dan tenang sebab jauh dari kesesakan bandar. Majoriti yang menjamu selera di sini datang bersama-sama dengan keluarga atau segerombolan kawan-kawan.


Char Kuey Tiaw nya secukup rasa tapi char kuey tiaw di sini sesuai untuk penggemar kuey tiaw yang bersaiz besar. Sebab ada certain consumer yang tidak suka akan kuey tiaw besar malah mereka suka kuey tiaw yang kecil dan halus saiznya. Sebenarnya kalau tak nak makan mee udang, ada juga menu lain seperti mee rebus, asam pedas. I lupa nak ambil gambar menu dia. Alhamdulillah i makan habis licin hirup kuah guna sudu sampai tinggal kulit udang je cuma i tak hirup lah kuah dekat pinggan, malu kat orang. Dah habis makan, terus balik hotel dan rehat.

JONKER WALK

Di tengah malam pula i jalan-jalan sekitar Jonker Walk. Tempat paling epic yang wajib singgah pabila ke Melaka. Jikalau siang, tempat best untuk berjalan adalah River Walk, jikalau malam pula i consider Jonker Walk. Tak banyak makanan halal tapi kita berhak untuk tanya si penjual it's either halal or not. Kelebihan kalau stay hotel di Bandaraya Melaka i hanya perlu jalan kaki sahaja untuk ke sini. My foodhubu tinggalkan i di Jonker Walk dan i walked around sambil food hunting seorang diri. Panas taw... sesuai pakai one-piece cloth of cotton fabric saja. I cepat-cepat cari makanan apa yang i nak beli di sini sebab i tak suka orang menunggu i, and vice versa. Tapi i takde lah nak merentas desa pun. Cepat bagi i tanpa membuang masa, just enjoy my personal space.

Halal Potato Ball

First makanan i terjumpa di penghujung Jonker Walk adalah Potato Ball. Lain yang i cari, lain yang i jumpa. Muehehe. Unik nya Potato Ball ini kerana ianya dihasilkan dengan pelbagai warna. Potato Ball adalah campuran kentang dan tepung sahaja. MYR5 for 10-12pcs. Less sweet and quite chewy.

Halal Thai Green Tea

I terjumpa satu kiosk jual tea kebetulan i dahaga. Instead of Red Tea, i opted for Thai Green Tea di Jonker Tea. Worth to try sambil jalan-jalan sekitar Jonker Walk dan Bandar Hilir. Sedap oihhh!

Halal Egg-shaped Ice Cream


Al kisahnya, i ronda dua kali Jonker Walk hanya kerana egg-shaped ice cream hunting je sebenarnya. Tapi tak jumpa-jumpa. At last, sewaktu nak jalan balik dari Jonker Walk tiba-tiba my foodhubu terjumpa. OMG. Unique and creative egg-shaped ice cream at MYR3 each. Ada pelbagai flavor as in strawberry, yum, chocolate, mango. Tapi tak silap i, untuk flavor durian harganya MYR5 each. I cuba flavor strawberry. Nyumsie! Must try bila datang Jonker Walk!

AMY HERITAGE NYONYA CUISINE
Hari terakhir di Melaka i pergi makan masakan Baba Nyonya. My foodhubu pilih untuk makan di Amy Heritage Nyonya Cuisine disebabkan ianya jauh dari kesesakan kepanasan di Bandar Hilir dan banyak kemudahan parking. Tidak jadi masalah untuk mencuba di kedai lain seperti Jonker 88. I pun pernah juga makan di Kocik Kitchen. For me, untuk menyinggah kedai di Bandar Hilir, seeloknya berjalan kaki sahaja.

Tapi kan. Menurut penduduk di sini, masakan di kedai ini jauh lebih sedap berbanding di kedai lain oleh kerana masakan dan owner restoran ini adalah dari masyarakat Baba Nyonya sendiri iaitu Madam Amy. I terpempan pabila masuk ke restoran ini, rata-rata yang datang ke sini adalah kaum Cina sendiri dan penduduk di sekitar Melaka sahaja. Jarang sekali pelancong datang ke sini, oleh kerana fokus pelancong untuk merasa masakan Baba Nyonya hanya di Bandar Hilir sahaja. Restoran ini juga sesuai untuk makan bersama keluarga.


Disebabkan restoran ini kerap penuh di waktu lunch hour, jadi untuk datang ke sini lebih baik reserve tempat dahulu. Waktu ini datang cuma i dan my foodhubu saja, uncle baik hati bagi kami masuk dan menikmati makanan di sini walhal i tak ada reserve tempat. Alhamdulillah, rezeki perut lapar. Muehehe.

I dan my foodhubu decide nak makan nasi putih, Telur Cencaluk, Kangkung Belacan, Ayam Pongteh, Pie Tee dan Cold Chinese Tea. We both nak makan sotong goreng tepung but out of stock. Tsk tsk. Ayam Pongteh yang i makan honestly sedap, rasanya manis-manis dan lauk ayam nya banyak betul haha. Boleh makan untuk tiga hingga empat orang. Lagi berselera sebab di makan bersama dengan Telur Cencaluk dan Kangkung Belacan. Nyum nyum. Alhamdulillah, licin walau dua orang je yang makan.


Apa yang menariknya, nasi putih di sini di hidangkan dalam peranakan bakul sia. Bakul ini selalu digunakan untuk hari perkahwinan dan kebiasaannya digunakan sebagai perhiasan dalam rumah. Ada juga yang jadikan bekas ini sebagai tempat penyimpanan barang jahit dan macam-macam lagi.

Pie Tee ni pun sedap. Sos dia sedap, isi Pie Tee pun sedap 😂

Gais, jikalau datang Melaka wajib cuba masakan Baba Nyonya k? Personally, Baba Nyonya adalah satu culture yang unik walau tidak ramai yang aware pun oleh sebab kepesatan cabaran dalam dunia teknologi. Sometimes i amalkan je, tapi i sendiri tidak aware sebab Baba Nyonya adalah minor culture sahaja dalam Malaysia ni, pengaruh yang disebarkan tidak kuat malah culturenya semakin terpupus. Alhamdulillah, lepas makan. I and my foodhubu balik ke rumah. Percutian singkat yang puas sebab dapat makan dan melawat di tempat yang i tak terfikir pun nak pergi sebelum ni.

Thanks for reading, xoxo.
[masyaallah tabarakallah]