Assalamualaikum =)
[masyaallah tabarakallah]

Baru nak bersambung since lately fikiran i tak kalah macam roller coaster, bercelaru yakmat. Mana lah tidak bercelaru kalau dah diri tu acah-acah multitasker 24/7. Start saja kelas, start la banyak gangguan. Gangguan yang selalu tidak dapat disangkal. Tambah lagi pabila i terpaksa hadap ODL (online distance learning), mengadap screen doplohpatjam sambil mendengar lecture honestly not my forte since mengadap screen just allowed me untuk buka sejuta tab di google, ihiks! Nampak tak actually i suka je mengadap screen but more to melaghakan diri. Tershiduk.

Walau macam mana pun, kita sendiri yang cuma tahu how to control our thoughts and emotion, right. For me, i just kept away from anything that would distract me from my goal. Kept away means i permanently delete something that is not important for me at all. Lagipun, bukankah semua yang berlaku reflection dari diri sendiri? Jikalau kita tidak mencari, ia tidak akan terjadi. Tapi ia juga a part of ujian dari Tuhan since i learn that orang yang sedang belajar adalah orang yang termasuk dalam golongan asnaf. Tiber, but that's a fact taw 🙈🙉


DSI UiTM Seri Iskandar, 2014

Cameron Highlands, May 2017

Iftar at Masjid Putra, Ramadhan 2017


Kata para pujangga,
"H
ubungan persahabatan yang kuat itu tidak perlukan percakapan sehari-hari atau kebersamaan setiap hari. Selama persahabatan itu ada di hati, sahabat sejati tidak akan pernah terpisah."

Fatin, Nini & Shera tinggal sebumbung dengan i unexpectedly pappppp do things together start dari terserempak sewaktu hari pendaftaran asrama kolej (rupa-rupanya mek-mek kelate ni sebilik dengan i. Hukaloh! No honestly, i dont mind which city you are from) dan meleret sepanjang study walau kita orang dari bidang yang berbeza. Perbezaan pendapat antara kita orang kadang boleh mendidik, mengajar dan top up each other's knowledge. I mean, bukan pendapat dan idea tentang apa yang kita study tapi lebih kepada personal thingy sharing dan ilmu asas di luar kampus. Auch! To be honest jarang ah tiba-tiba seketul Nini & Fatin willingly share pasal hartanah mahupun interior design sebab each of us aware dengan kekuatan sendiri. Lagipun kita dah ditakdirkan untuk jadi kawan 'sebumbung' instead of kawan sekelas.

"Na, penat nya hari ni."
"Nini ada test law, nak kena study, susah giloooo tahu dok!"
"Tin, tunggu kita balik studio baru mandi sama-sama k"
"Jom kita pi ipoh nak dakkkk"
"Wei aku lapaq ayaq nyoq"
"Na, tahu tak kita ada suka sorang mamat ni...."

K.

Kawan 'sebumbung' yang selesa level The Danna Langkawi boleh berkongsi segala macam watak. Senantiasa create hectic moment ever yang permanently dalam ingatan pabila Fatin & Nini hantar i pergi hospital naik ambulan, i & Fatin midnight shower dalam asrama kolej & jerit AKU SUNYIIIIII! together, i & Fatin dihulurkan jubah di entrance masjid sebab datang pakai jeans koyak-koyak, post-iftar di masjid i & Fatin menggelabah book grab sebab kunci kereta masuk dalam lubang jamban, selling makeups & scarf together but ended up non-hadooooo, makan char kuey tiaw Mali's Corner & karaoke fefeeling Mariah Carey sampai pukul dua pagi, bila Fatin relakan diri attend & dress up ala ala black metal untuk join Art Design Night, ohmai that time rasa macam Fatin kau lah inspirasiku kau lah ratu hati ku ihiks, paling tak dilupakan pabila i & Fatin menjejaki masjid lepas sedar satu bag makeups i hilang dari radar, kengkonon nak berdoa supaya dapat jumpa balik sebab i semacam obses namampush dengan makeups i, tapi disebabkan keobsesan i pada sesuatu material tak hengat dunia maka hilanglah barang itew. Ugh, those moments really teach me something dalam hidup i!

Jikalau nak tahu, kadang itu lah titik tolak penguat sesuatu hubungan kerana adanya perkongsian dan moment antara kita. Sampai tidur pun semacam perlu berkongsi katil walhal katil single je pun. Eh kadang ada je part yang terlupa nak berkongsi tanpa sengaja but its not a big deal 😜



Okei, di petang hari pula, destinasi kami seterusnya adalah ke Paradise 101. Pulau yang paling tak sabar yang kami nak jejak. Sebelum terbang lagi dah terbayangkan setiap seorang duduk di celahan dan setiap penjuru pulau untuk bergambar sebagai kenangan. Alhamdulillah pabila keluar saja dari bilik hotel, cuaca tenang dan langit cerah! I suka and tenang sangat petang itu pabila memasing nampak fresh macam baru keluar oven lepas sarungkan dress & topi. Eheks.

Lepak sini kejap sementara tunggu boat sampai.

Sebelum sampai di jetty point, kami singgah di petronas beli diet snacks and drinks sebagai alas perut. Bila dah sampai di jetty point kami perlu register dahulu di bawah khemah berwarna oren. Untuk ke Paradise 101, ada bayaran. Kami tempah awal dan bayar menggunakan online purchase. Untuk pengetahuan, rata-rata pengunjung masih belum tahu kewujudan pulau ini. Pulau yang kecil dan padat dengan kehijauan, i loooike muchie muchie! Muehehehe.



Jarak masa untuk ke Paradise Island ni adalah dua minit. Sekejap bukan?

Masyaallah tabarakallah.
Rehat jap atas boat bila dah sampai pulau paradise ni. Seksaitedddddd!

Instead of main games di Paradise 101, kami memutuskan untuk bergambar, menikmati kawasan pulau ini dan menikmati makanan di OMG Bar sahaja. Yes, di Paradise Island ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan. Banana boat & kayaking misalnya. Jikalau nak tahu lebih lanjut, boleh visit website Paradise Island okie?

Entrance Paradise 101




Aucak!


Gais, bayaran untuk ke Paradise 101 adalah termasuk transfer boat, food & drinks dan sesi bergambar di setiap penjuru tanpa beratur panjang sesuka hati. For me, ianya berbaloi and affordable untuk masa sekarang since pulau ini baru saja di buka and belum ramai pengunjung. Harga semestinya akan berubah mengikut kebergantungan ekonomi negara & jumlah pengunjung yang datang, in the next decade.

Kami putuskan untuk memilih dan tempah pelbagai jenis food & drinks yang mencukupi dan balance dengan total payment for 4 head. So that kami boleh share, try and bertukar each other punya menu. OMG Bar memang bebetul OhMyGod ah. Hshshs! Lepas dah habis ambil gambar dengan cuaca tenang sambil lagu terpasang dumdamdumdam. Kami decide nak menikmati lunch di outdoor dining table so that boleh lah makan sambil tudung diterbangi angin sepoi-sepoi bahasa. LOL. Al kisahnya, hujan lebat tiba-tiba and kami cepat-cepat masuk indoor and pilih tempat and meja yang strategik untuk makan! Nikmat tu Tuhan saja yang tahu pabila dapat makan dekat pulau sambil dibuaikan lagu-lagu apa erk? I pun lupa, sebab i lapar nokharom waktu ni. Urgh ia sangat mengingatkan i tentang pengalaman mengayuh basikal all around Gili Trawangan di Lombok. That feeling pabila mengayuh basikal sambil mendengar lagu yang dipasangkan oleh restoran sepanjang Gili Trawangan. Terus lupa negara Malaysia 😌

OMG Bar: Fish & Chips

OMG Bar: Hawaiian Pizza

OMG Bar: BBQ Chicken Wings (12 pcs)

OMG Bar: Spaghetti Aglio Olio (V)

Alhamdulillah, hujan lebat dah berhenti right after kami usai menjamu selera. Honestly, the food was great & tak mengecewakan perut yang lapar. Btw, food for kids pun ada juga, so dont worry okie?

Lepas makan, cepat-cepat berlari anak naik boat untuk merentas laut. Tapi tapi, di tengah lautan dan dalam perjalanan boat menuju ke jetty point hujan turun semula, and alhamdulillah bila dah sampai ke jetty point baru hujan lebat semula. Masing-masing speechless, urusan itu dipermudahkan sepanjang di Langkawi.

Belah malam pula, kami pergi makan lepak-lepak di kawasan Pantai Cenang & pergi mendobi baju sampai i tertidur dekat dobi walhal orang lain rancak berborak. 🙈🙉 Sengaja memasing nak dobi baju siap-siap waktu bercuti ni, dah balik rumah boleh rest all day! Exhausted tapi effective bukan?


Last day, kami main Skytrex! Wehoooo.



Before main game. Pakai kasut yang kena hujan tapi dah kering sebab ada orang angkatkan letak koridor tempoh hari. Lol. *sujud syukur*


Rehat jap, penat tak boleh di bawa berbincang



Sebagai penutup memori di Langkawi, habis je game i jatuh kebelakang waktu nak pergi ambil gambar. Hah, i sempat lah tahan badan i guna tangan, so tangan i yang luka. Tapi still tak function pun seminggu sebab jari & tangan semua bengkak. Tsk tsk.

Jikalau dibandingkan, Skytrex di Langkawi lebih mencabar dari Sungai Congkak. Alhamdulillah, usai semua aktiviti dan pengurusan diri, Shera hantar kami bertiga di Airport Langkawi. Sampai di rumah masing-masing tengah malam, fuh exhausted mak dia!

Sampai sini sahaja cerita i di Langkawi. Ada jodoh kita jumpa lagi okie? InsyaAllah, xoxo.

Total Kos Perbelanjaan: MYR120 per head

Paradise Island 101 : MYR30 per head (include boat, food & drinks)
Makan malam: MYR10 per head (estimate)
Dobi: MYR5-10 per head
Skytrex: MYR70

[masyaallah tabarakallah]