Assalamualaikum =)
[masyaallah tabarakallah]
[masyaallah tabarakallah]
Post-check-in photo |
Kuala Lumpur boleh dikategorikan sebagai 'magnificient city'. Begitu juga dengan hotel gah tepat di corner Bukit Bintang ini iaitu WOLO Kuala Lumpur yang mana hotel ini merupakan bangunan kedua yang mencipta 3D outdoor screen in Asia selepas terciptanya 3D outdoor screen pertama di Times Square, New York. Waktu malam, boleh lah nampak dengan lebih jelas.
Boleh melepak di hotel ini pada hujung minggu untuk merasa nikmat day & night life Bukit Bintang since hotel ini dibangunkan di lokasi yang superb strategik dan di tengah kesibukan bandar. Untuk access ke semua kemudahan di Bukit Bintang, hanya perlu berjalan kaki. Beberapa tapak untuk ke cafes, restoran-restoran kebab, kiosk & bar di sini termasuklah Bukit Bintang Monorail Station. Jikalau tidak mahu menginap di sini, boleh juga kunjungi francais Starbucks yang dihubungkan direct ke WOLO, as tempat bersantai di hujung minggu dengan kawan-kawan atau sehidup semati life-partner.
Waktu nak tempah lagi i sudah sedar dengan gambaran rekaan hotel ini. Ianya pasti direka cantik dalaman dan luaran sebijik dalam gambar. I pilih dan putuskan untuk stay di bilik Gold King with Window. The price stated is included breakfast.
Seperti yang i bayangkan, WOLO Kuala Lumpur sangat cantik sepanjang jalan i keluar dari kereta ke lobby. Setiap penjuru tempat dalam hotel ini memang instagrammable habis. Tambah pula ceiling nya di reka dengan paras yang tinggi, ruangan lobby WOLO berasa lebih luas dan terbuka bila dah jejak. Honestly, i tidak ragu-ragu untuk masuk ke dalam hotel bertaraf empat bintang ini oleh kerana combinations of the situations, the staffs and the design making me feel so welcome
HELLO GAIS!
Sebelum i lupa, i nak bagitahu untuk masuk ke sini perlu sediakan MYR200 deposit. Dan akan dapat sampul berwarna kuning (first photo) sebagai resit yang perlu di jaga sampai di hari check out nanti. Jikalau hilang sampul kuning, hilang lah MYR200 itu.
Do not fret since the room is fully sanitized.
Benda pertama i tuju adalah Mini Coffee Bar. Trust me, i sesungguhnya tidak sabar menunggu pagi besok hanya kerana ingin menikmati secangkir kopi truly made by Barmaids Ainaa! (Hello Barmaids Ainaa here, i am ready to serve you!) Dan berpemandangan Bukit Bintang!😍 Koghaser tak apa yang kughaser nih? Are you into me like i am into you? #acahacahBaristakejap 😂
I check-in after Asar. So i room tour, snap photos as kenangan dan rehat dulu sampai Maghrib.
Aucak!
Bukit Bintang city view |
Landmark hotel ini adalah Lot 10, jadi lebih mudah lah nak mencari jikalau ke sini menggunakan train.
Mini Coffee Bar |
Coffee Bar |
Toilet |
Shower Room |
TADAAAA! |
After Maghrib, i experience night life dan dinner di Bukit Bintang tapi cuma hanya restoran di sekitar sahaja. Jikalau nak tahu, di Bukit Bintang banyak sangat restoran kebab yang halal. Seronok lah bagi penggemar kebab. Kebetulan, di belakang hotel ada sebuah restoran halal kebab iaitu Damascus Restaurant. Jaraknya hanya beberapa tapak sahaja sejurus selepas keluar dari pintu WOLO. Boleh take-away atau dine-ine.
Reka bentuk dalaman, hiasan dan suasana bersih tenang santai.
Large Beef Shawarma MYR18.90 Falafel Plate MYR15 |
To be honest, i lebih suka Shawarma compare to Falafel Plate and Large Shawarma ini sesuai untuk dua orang makan. Jikalau penjelajah solo, small Shawarma sudah mengenyangkan perut yang kelaparan. Sepanjang i menikmati shawarma di sini, restoran ini kurang pelanggan dan sampai tak ada pelanggan di hujung waktu i makan since waktu i kunjung ke restoran ini dianggap masih di awal waktu. Tapi bila i keluar dari restoran, beratur panjang sangat di luar kedai. Nampaknya pelanggan lebih gemar take-away dan makan sambil walked around Bukit Bintang. Bila datang ke Bukit Bintang, harus ya cuba shawarma dan other food di Damascus Restaurant.
Oden |
Usai makan, i singgah di family mart di depan WOLO Kuala Lumpur sebelum balik bilik. So that i boleh makan dalam bilik sambil menonton TV. Walau tak ada Netflix, tapi TV di sini banyak siaran.
Jagung Bakar depan McDonalds.
Berjalan kaki menuju ke hotel. Macam ini lah suasana malam nya di Bukit Bintang! Asyik sekali, bukan? Memanglah Bukit Bintang ramai pendatang asing dan bebudak gothic, punkrock, skinhead apa jadah, yang terpengaruh dengan rakan sebaya. Tapi honestly ianya masih selamat untuk dijelajah.
Dalam lift WOLO Kuala Lumpur |
Menikmati makanan terakhir di mini table dalam bilik iaitu Oden Family Mart, sambil tengok TV. Yang paling terakhir buat before tidur mestilah mandi dan rehat sampai tertidur zzzz. Malam ni berasa sejuk sikit berbanding petang tadi since pendingin hawanya berfungsi secara automatik. Panas tahu waktu mula-mula access bilik ni? Wkwkwkwk. Tapi suhunya semakin sejuk so dont worry.
To be continued! [masyaallah tabarakallah]
No comments
Post a Comment