Assalamualaikum =)
[masyaallah tabarakallah] 

katil bersepah = bukan calon menantu pilihan

Sejak i dapat stay for one night di The Chow Kit Hotel, terdetik hati i untuk i explore intipati Jalan Chow Kit. Kadang-kadang stigma masyarakat tentang Jalan Chow Kit yang dipenuhi dengan gelandangan, warga asing dan maknyah di sepanjang tembok jalan adalah asbab terbesar Jalan Chow Kit acap kali di pandang enteng. Malah, persepsi negatif masyarakat terhadap Jalan Chow Kit menghalang sejarah Chow Kit untuk terus berkembang dan tersebar. 

'Chow Kit? EUW, so maknyah cuols!'

Tapi tahu tak? Jalan Chow Kit ini di abadikan dari nama seorang ahli perniagaan tersohor pada tahun 1880 yang berasal dari Penang dan salah seorang hartawan pertama di Malaysia iaitu Mr. Loke Chow Kit. Banyak perniagaan yang dikembangkan oleh Mr. Loke Chow Kit. Salah satu nya adalah perniagaan proprietor of Chow Kit and Co yang mana perniagaan ini di pegang oleh legasinya iaitu Mr Loke Chow Thye. Mr Loke Chow Kit juga berjaya membina sebuah rumah agam yang tersergam indah sehingga kini yang bertempat di Jalan Tangsi Kuala Lumpur. Eee. Menarik!

I cuba pandang dari sisi positif supaya i dapat jumpa the bright side of this bursting Chow Kit. Banyak hikmahnya pabila i lengkapkan hidup i dengan benda positif. And.. Oh gosh, i tak expect anything pun sis. Pada mulanya, i cuma mahu stay di Momo's Kuala Lumpur which hotel Momo's adalah new and fresh hotspot di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Hotel yang estetik, minimalis dan biliknya berpemandangan panoramik bandar sekitar Chow Kit. Ada restoran unik juga so that i plan tak payah pergi makan tempat lain. Hotel ini affordable for backpack solo travel for leisure instead of business purpose. Harga bilik i book di Momo's adalah MYR104.44. Disebabkan negara sedang perintah kawalan pergerakan, operasi in-house Momo's Kuala Lumpur berhenti untuk seketika cuma. 




Ceritanya begini, i request late night check-in Momo's. I terpinga-pinga bila dah sampai depan Momo's, sebab gelap gilaaaaaa keadaan hotelnya. Sebenarnya i kena scam ke? Tapi macam impossible kena scam sebab i memang book thru Agoda and i thought ada Momo's Kuala Lumpur branch lain. Inilah padahnya tak study dulu walau nak me-leisure-kan diri saja haha. My last option adalah tanya staff kitchen dalam lingkungan 20-an yang berlegar-legar di belakang The Chow Kit Hotel sebab panggilan Momo's Kuala Lumpur tidak di jawab pun sobsob. I diberitahu yang: Eh kak. Hotel ni tutup. Akak kena masuk hotel Chow Kit ni ha. Akak park sini kereta.

Hakak pun boleh 😆

Rupa-rupanya, i baru tahu yang Momo's dan The Chow Kit adalah new property and hotel brand both dari an Ormond Hotel Group. Sebab itu Momo's Kuala Lumpur still listed and function as usual dalam online travel agency business iaitu Agoda (apps yang i selalu guna). Hewhew. Tanjat kiter! Kite dah seksaited nak tengok bird's eye-view bandar cooler lumpur nih sambil guling-guling atas katil empuk itew. Kihkih. At first i tak rasa apa-apa bila staff bagitahu i boleh masuk thru The Chow Kit Hotel, tapi banyak la assumption dalam benak fikiran i ni along the way i nak masuk hotel.

Melangkah masuk pintu yang dibuka oleh staff The Chow Kit dan i terus pergi customer service, Subhanallah super rich yet classic nyahhhhh hotel ini! Masuk terus nampak kitchen & bar yang tersergam indah yakmat. Full of romantic stranger couple yang sedang menikmati minuman dan late supper. Wordless and speechless. Di lubuk hati i, i dapat rasa yang The Chow Kit jauh lebih gah daripada Momo's Kuala Lumpur. Harus la, dah nama pun hotel bertaraf empat bintang😜

Customer service bagitahu, i dapat stay di The Chow Kit Hotel since Momo's tutup sementara waktu. Tak tahu nak rasa apa, rasa unbeliveable jelah sampai lupa nak ambil gambar suasana romantik dinner malam itew sebab waktu i masuk hotel ini, staffs dekat sini semua macam YES MISS? YES MISS? MISS SORANG KE? OMG their pure interpersonal skills like sangat helpful, friendly and very welcoming nya. Betapa pesona dan terpukau melihat segala macam gabungan hiasan, reka bentuk dan warna dalam ini. Huahuahuahua. Over taw😆

HI!

TADAAA!
Trust me, i terkesima and never stopped smiling along my way dari lobby-right after i berjaya access bilik-dalam bilik sampai lah i masuk toilet. Lepastu i lupa juga nak ambil gambar. Ugh. Lagipun i seorang diri and lampu bilik The Den memang quite malap ala ala romantic style gitew, so i decided untuk ambil gambar esok pagi. At first i berasa tak selesa walau biliknya mewah tapi bila dah mandi and solat isya', alhamdulillah lega boleh tidur dengan lena. I dapat stay bilik The Den and last time i check harga bilik yang i stay ini serendah MYR196 per night exclude breakfast. Jikalau diikutkan, i book Momo's Kuala Lumpur pun i memang tak ada bayar for breakfast. Alhamdulillah, sujud syukur sepuloh jam gamaknya. Kehs!


Terpaling richness ya shower head dia.
Hahaha!




Aucak! Good morning! Bilik i mengadap Maju Junction y'all. Alhamdulillah, hasrat i nak tengok pemandangan Chow Kit sambil baring atas katil empuk tercapai juga akhirnya! Kikiki.

YES PLEASE!
provided by hotel

Peta tempat-tempat menarik di Chow Kit


Petunjuk kiblat & dry cleaning form dalam drawer.


Pagi ini i decided untuk add-on breakfast dalam penginapan i. Sepatutnya kena dine-in di kitchen & bar atau di private dining room, tapi i tak bawa my-simple-baju-pergi-breakfast, i cuma bawa baju tidur saja. Jadi, i cuba-cuba la call and bagitahu nak order breakfast. Then the staff just take my order macam biasa and bagitahu later dia akan hantar ke bilik. Alhamdulillah.

p/s: Tapi i tak pasti jikalau di waktu mco ni boleh room-dining pulak.


Breakfast on weeekend starts at 7 am to 2 pm. I order The Chow Kit Breakfast Set which dalam set ini i boleh opt any menu yang available waktu breakfast plus tea/coffee and fresh juice.

So i opted for Classic Fry-Up (full english brekfast with - i pilih half-boiled eggs, chicken sausage, grilled tomato, sauteed mushrooms, baked beans & i pilih sourdough instead of gluten-free toast), English breakfast (tea) and Orange Juice. Ada jugak menu lain for breakfast as in Nasi Lemak. Family sharing pun ada jugak, kambing, rendang, sotong bakar, ayam kampung, sambal udang, dessert & snacks like apam balik, musang king custard, begedil, rojak. Eh banyak pulak, berasa nak kena datang lagi for dine-in only 😋


Affordable and worth! Compared to order separate eat & drink ni. Harganya per set cuma MYR35. And guess what. Sedap gila dia punya baked beans and sauteed mushrooms. Rasa hangit hangit blackpepper powder gitew. Faham tak rasa tu macam mana 😆


Ready to checkout

I lupa nak ambil gambar yang dekat belakang tu. Tapi memang terpaling luxury lah the sinki and the almari belakang tu. Setiap penjuru dan holder disaluti warna gold. Muehehe.



Parking hotel provided tapi ada bayaran MYR15 per night. What a great moment and experience. Tidak sia-sia lah niat i untuk staycation di bandar Kuala Lumpur dan book hotel Momo's. Alhamdulillah.

DATARAN MERDEKA


After checkout, i jalan-jalan di kawasan Dataran Merdeka. Fuh, suka dapat nikmat berjalan dalam cuaca yang elok.

Dataran Merdeka ini adalah tempat di mana bendera Union Jack diturunkan tanda tamat lah zaman penjajahan Inggeris. Dataran Merdeka juga adalah tempat pelbagai event diadakan terutama sambutan hari kemerdekaan dan acara larian. Also favorite spot for fashion photoshoot.





Keaslian Bangunan Abdul Samad yang masih dilindungi sehingga kini. Dengan adanya tiga buah kubah di atas bangunan ini, ia membuktikan bangunan ini adalah hasil seni bina Moorish dan Moghul architecture yang berunsurkan Islamik.



oh terharu sis!



DOLLY DIM SUM, AVENUE K


Last i makan ialah breakfast, OMG lapar! Jadi i terus ke Avenue K untuk menikmati makan siang. Banyak cafes & restaurants di Avenue K shopping centre ni and i decided untuk makan Dolly Dim Sum since badan i perlukan something yang lembut sahaja dan less-oil.  Tapi bila dah makan, tak habis pulak sebab i baru sedar i terlebih order rupanya. I take away lebihan makanan. Huahua 🙉🙈


MYR8.5 Steamed Beef Ball 
MYR 9.8 Siew Mai Dumpling: steamed tender chicken, prawn & mushroom
MYR8.8 BBQ Meat Bun
MYR 9.8 Sweet and Sour Beancurd Skin Roll: mixture of beancurd skin roll and sweet plum sauce
MYR 9.3 Loh Mai Gai: glutinous rice with chicken
MYR11.30 Szechuan Dumpling: dumpling with spicy sauce
MYR 7 Iced Sea Coconut Surprise: mixture of seaq coconut, lychee and longan


Alhamdulillah for everything that happened to me sepanjang i solo staycation ini, yang penting nawaitu.🙊 K haha. 

Total Kos Perbelanjaan: MYR125

Breakfast: MYR35
Hotel Parking: MYR15
Dataran Merdeka Parking: MYR5
Dolly Dim Sum: around MYR70
[masyaallah tabarakallah]