Assalamualaikum =)
[masyaallah tabarakallah]

Sejak penumpang grab car boleh muat sehingga 3 pax, i mengambil kesempatan untuk terus bawa emak dan adik i pergi makan di satu kafe western yang terletak di Seksyen 6, Wangsa Maju. Ianya sederet dengan Pasaraya Hero dan terletak hujung di corner lot dan di dalam kawasan perumahan. Ini semua salah tekak i yang meronta-ronta mengidam western di Cafe Italian Place kehs! Sebelum ini, Cafe Italian Place lebih dikenali sebagai Jiran Cafe. Seingat i, last time i datang sini beberapa bulan yang lalu dengan Hanis Aziz. Waktu ini pun sebab i tiba-tiba kelaparan di sepertiga malam.

Dan sebenarnya dah berkali-kali i datang sini tapi kali ini i putuskan untuk makan dan review sebab #followersperlutahu ada western cafe sedap di Kuala Lumpur tersorok di sebalik pokok-pokok dan bangunan-bangunan pencakar langit. To be honest, bangunan restoran ini sudah lama terbina sejak i kecil lagi dan tidak berapa menarik, tapi menu yang di sajikan iaitu makanan dan minuman di sini sedap tahap mengidam 3 hari 3 malam k. 

Bagi penduduk di kawasan yang berhampiran, sebut saja Cafe Italian Place atau Jiran Cafe mesti dah terbayang suasana kafe yang superb romantik, keenakan sajian western dan itali di sini dan segala-galanya di sini. Personally, boleh di katakan cafe western yang tersedap di Wangsa Maju adalah Cafe Italian Place. Majoriti yang makan malam di sini adalah penduduk di kawasan ini. Ada juga menu lain selain western dan itali seperti local food, salad dan dessert. Yang paling best ada Pizza! Omg.

English Fish & Chip (mine)

Antara menu yang i pernah cuba adalah Nasi Goreng, Spaghetti Bolognese, Hawaiian Pizza, Chicken Chop, Mushroom Soup & Garlic Bread and other side dishes. Kali ini, i pilih English Fish n Chip. Gosh, sedap nokharomz! Yang membezakan Fish n Chip and English Fish n Chip adalah jenis tepung yang di gunakan untuk menyalut ikan and yang special nya English Fish n Chip ini ia dihidangkan bersama-sama dengan semangkuk Penne Bolognese. Nyumsie😛

Seafood Aglio Olio

Menu kegemaran emak i setiap kali datang sini. Emak kata sedap maksudnya memang sedap ler. I dah try pun, still sedap jugak. Aglio olio nya tak kering sebab spaghetti nya penuh disaluti dengan olive oil dan seafood yang belambak. 

Chef's Mix Grill
Kawasan parking depan restoran.

Open Kitchen for Pizza




Makan di sini boleh pilih either nak duduk di luar atau di dalam. Kebiasaannya i akan duduk di dalam. Tapi ia bergantung pada kekosongan tempat. Untuk pengetahuan, restoran ini akan sediakan Ramadhan buffet pada setiap tahun. Pernah experience sekali di sini dengan family i beberapa tahun yang lepas. Of course, puas hati sebab dapat repeat makan pizza berkali-kali kehkeh. Rasanya ruangan untuk solat pun ada juga disediakan.

Okie lepas makan dan bayar (thru online transfer & cash only), terus pulang ke rumah. Alhamdulillah kenyang dan sentiasa berpuas hati dengan sajian di sini.

[masyaallah tabarakallah]