Assalamualaikum =)
[masyaallah tabarakallah]

Takungan earring di sebalik satin shawl.
Photo by @mmeyonis_

Bukan air je bertakung, earring pun boleh bertakung. Inovatip di era covid, bukan?

I sejenis makhluk yang tergolong dalam golongan yang terkinja-kinja nak attend art exhibition dengan my haram friends. Walhal tidur di rumah itu lebih mengasyikkan, melabur waktu emas bersama keluarga itu jauh lebih mulia, and personally i lebih rela menatap buku di atas katil sambil berselimut dan hirup udara essential oil. Kali ini, i pilih untuk sakan bersiap di hujung minggu demi Art Exhibition di Segaris Art Centre Publika. Uyooo kau lepak Publika ke bebss. Bukan kelang-kaleng nih! Nak tumpang boleh? Tiber. Sanggup ah menjerut scarf di leher 180 darjah sambil melibas-libas blusher brush bertonakan coral pink sejak azali pada pipi walau terkadang menyedari hakikatnya figura seorang Ainaa tidak akan menjadi seorang Aisya Humaira (pipi merah, cantik, berilmu, tabah dan tetap pendirian walau Aisya Humaira di-fitnah munafiqun) awww but deep down in my heart i consistently wish i could be like her, tsk tsk 💖

Fashion Day of Zass Production, 2014 #lewls #zassgitew #teamberiya

Selain Publika menjadi attraction i since ianya Publikaaaaaa kot? shopping centre yang full of fancy cafes, restaurants and women's leisure wear, dapat lah i reconnect dengan my haram fashionmates classmates batchmates soulmates sewaktu i dalam fashion school yang horror nokharoms. Glad that, orang disekeliling lah penguat untuk i terus redha with my defect-sewing-redo-pattern dan hadam apa yang pensyarah maki, like #kenamakindontcare sepanjang study. Sometimes, some of them willing to offer a hand in case i dah tak ada hala tuju, meraung bagaikan tiada lagi hari esok dan kegelapan masa depan muncul tiba-tiba di depan pintu studio. Fashion school teach me a lot like a lotttttttt sampai rasa nak quit tapi tak nak quit sebab i love my Seri Iskandar university life more than eva. Keh!

Little did they know, i mengajar diri i sendiri untuk memberi layanan yang serata among each other, sampai lah kini. Selalu i terapkan konsep keserataan layanan antara haram friends dalam diri i sendiri sebab i anggap itu merupakan konsep yang sangat dituntut, hakikatnya ia bukan sesuatu yang mudah malah rumit yakmat.

Photo by @mmeyonis_

Sebelum exhibition bermula, i & Mey decide nak makan di MONA by Jibril. Sebab MONA adalah restoran yang berhampiran dengan Segaris Art Centre. I & Mey order makanan laju-laju selaju keretapi Shinkasen disebabkan waktu yang ada cuma hanya setengah jam. Dasar anak dara gelojoh. Ambil gambar itu tak pernah lupa tambah pula kebetulan dapat duduk di dining table yang bersandarkan rak buku tersergam indah dalam MONA ni. Hewhew!

HARAM FRIENDS.
Photo by @mmeyonis_

Yus and the gang dari Shah Alam & Ali dari Damansara datang kemudian and duduk meja berasingan since dekat MONA hanya dibenarkan dua orang sahaja satu meja and that's okei cuma tak dapat nak ber pompampompam and bertepuk tampar! Huahhhhhh *hentak-hentak kaki* 😩 Eh kejap lupa pulak nak pesan, kita sebagai manusia yang opposite gender haruslah membatasi pergaulan, dilarang berpompampompam & bertepuk tampar sesama sendiri k. Nanti ada yang kata i ni manusia jahiliyah pulak.

Hai!

Nasi Bujang MONA

Jikalau sebelum ini kebiasaannya i makan Salted Egg Butter Chicken and Salted Egg Butter Squid, kali ni i putuskan untuk mencuba menu yang lain di restoran MONA ini which Nasi Bujang MONA, yang mana menu ini hasil kombinasi ayam, telur dan kuah tomyam. Sedap ke lapar i pun tak sure but sekejap je dah licin. Lagipun dekat rumah emak i dah masak super sedap! Jadi i makan simple saja. 😝

The Day Dreaming artwork by Yus.
Photo by @mmeyonis_


Congrats Yus on your art exhibition!
Genuinely proud of you & your artwork.

I izinkan diri i untuk menyentuh. Hewhew.

Kadang mood i akan bertukar arah dan suka untuk biarkan diri i terhanyut dengan art exposure. Art membolehkan i release stress since i dapat tadah mata i dengan warna-warna yang ditonjolkan dalam hasil kesenian pelukis. Al maklumlah, bagi i sekarang adalah musim i terperap dalam rumah walau negara sudahpun membenarkan kebebasan. Jadi tak semua yang ada dalam rumah boleh melegakan tekanan dalam minda. Sesekali i harus keluar lihat dunia, join art exhibition misalnya. Dapat lah jenguk hasil imaginasi dan idea tonjolan si pelukis-pelukis di sini.  Personally, jikalau seni itu memang mentah dari hati, pasti yang melihat nya boleh merasai, sebab itu jikalau hadir ke art exhibition rata-ratanya tidak akan membenarkan audience untuk menyentuh hasil karya seseorang. Engkau harus lihat, rasa dan nilai tanpa menyentuh. Karya agong kateko, mana mungkin boleh disentuh. Auch!

Photo by @mmeyonis_

Sepanjang hari, selain i terjatuh cinta dengan Nasi Bujang MONA and artworks di sini. I juga terjatuh cinta dengan my tudung because it drapes wellllllll and tergantung sepi disitu tidak bercelaruuuuuhuhuuuu~ *jerit pakai microphone* sampai la i terbujur kaki dalam rumah, lol! Walhal i lah manusia paling tershiduk bab-bab draping ni lagi-lagi my tudung adalah sejenis satin silk. Puh-lease bagi i tepukan gemuruh berjemaah lima saat. Muehehehe.


Anyways, thank you Yus for inviting me, Mey and the other haram friends. You are the best! Artwork engkau tidak pernah mengecewakan setiap mata yang melihat. Goodluck in whatever you do k? XOXO.

[masyaallah tabarakallah]