Assalamualaikum =)
[masyaallah tabarakallah]
[masyaallah tabarakallah]
Akhirnya peneman tidur i, Mr. Owlala dah selamat mendarat! Say Hi to Mr. Owlala.
"HI, MR OWLLLLLLL-LALA!" *jeritan himpunan Choir* 🦉
I heart you, Mr. Owlala! |
Disebabkan hobi i sepanjang abad menggeledah laman web yang karut lagi mengarut hewhew, malam ni i tergeledah lah satu artikel ini tentang kedahsyatan daun green tea. Sejak green tea diperkenal, i berubah menjadi sejenis yang melanting-lanting macam cacing kepanasan pabila nampak green tea atau sesuatu bahan yang dikombinasikan dengan green tea. Almaklumlah, green tea kan terhasil daripada pokok Camellia Sinensis. Dan green tea juga ada pelbagai jenis green tea yang berbeza fungsinya.
Boleh dikatakan ianya satu kewajipan sebelum tidur untuk i amalkan minum green tea segelas dua gelas. Walau tidak konsisten setiap hari, sekurang-kurangnya dalam seminggu, sehari i akan minum. I selalu tak sengaja skip air green tea sebelum tidur. Oh God, rasa berdosa lima minit jikalau i tinggalkan air green tea since green tea banyak benefit yang dapat disalurkan pada diri i. Dapat tidur yang lena misalnya. Tapi tapi tapi sedar tak now i dah ada Mr. Owlala?! Lagi lena ah tidur i muahahah. Jangan kacau Mr. Owlala ukie? He's totally mine 😜
China, 12 December 2018 |
Ambil gambar konsep cermin diri sendiri dahulu sebelum..... ke?
Menurut Stephen Hsu, 'pure & fresh' green tea boleh di dapati di negara China oleh sebab negara China merupakan pengeluaran dan pengguna daun green tea yang terbesar di serantau asia. To be honest banyak ah unforgettable moments yang boleh menggamit kenangan lampau di mana i asyik menikmati secangkir green tea. Sewaktu i outstation di China, i tak henti-henti dihidangkan dengan hot green tea. Tambah pulak minum hot green tea waktu winter sonata musim salju. Lagi lah i terfeeling Yoon Se-ri. Ehek.
Yang i minum hampir setiap malam adalah Sencha Green Tea. Green tea yang paling berkualiti & a bit pricey antara green tea yang lain since Sencha adalah daun yang ditanam directly expose to sunlight dan cara pemprosesan & penanaman juga berbeza dengan green tea yang lain.
Sebenarnya berjuta lemon benefits green tea dapat diadaptasikan dengan amalan penjagaan diri i. Lagi-lagi pabila i cuba memaksimumkan pengamalan green tea ni. Berkesan level kalau bangun tidur pun kulit cantik, badan segar eheks. Untuk penjagaan kulit pula, green tea memainkan banyak peranan sebagai melindungi kulit yang halus ni terutama protect daripada pantulan kerosakan matahari. Jikalau perasan, sekarang dah banyak produk kecantikan yang menambah green tea sebagai bahan pengawet. Personally, i akan prioritise skincare & makeups yang ada green tea. Depends juga la, tak semua pun i opted for green tea.😜😜
I akan keep tepek menepek muka i guna green tea either ready-to-wear mask atau do-it-yourself mask. Serious aaaa i kalau tepek green tea as face mask tengah malam sebelum tidur, muka i glowing ketiba-tibaan bila bangun. Ada la satu malam ni, bila i kena bersengkang mata sampai ke pagi. Berasa gelisah betul muka tampak lebih tua dan berkedut tak tentu arah, terus ah i tepek green tea pukul tiga pagi jugak. Kelebihannya, pabila i tepek makeups guna khidmat diri sendiri, i tak perlu try hard tepek setebal 10 inch, i cuma tepek dengan kadar yang nipis je sebab kulit dah clear & glow lepas tepek green tea bermalam-malam. I macam eh seksaited oi pakai makeups nipis-nipis boleh jimat & hasil penjimatan dapatlah i invest pada benda lain yang melaghakan lagi #eh.
'The power of Green Tea' k.
Kali ni i nak share do-it-yourself green tea face mask yang i selalu buat di rumah & tepek sebelum tidur sambil pedicure. Jikalau air i akan minum Sencha Green Tea. Tapi untuk face mask, i akan gunakan sejenis Matcha Powder Green Tea since matcha powder boleh menambahkan lagi nutrien semulajadi dan sekaligus ia berfungsi sebagai anti-penuaan. Senang cerita, matcha powder ni boleh transform muka tampak lebih baby face gitew. Aww.
Kaolin Clay Matcha Powder Aloe Vera |
Lavender Essential Bio Oil |
Biarkan sampai kering. |
Tada! Selamat mencuba okies! 😆
Walaubagaimanapun, tak semua jenis kulit sesuai dengan bahan-bahan seperti di atas taw.
[masyaallah tabarakallah]
1 comment
Comelnya.. nanti saya nak try
Post a Comment