Assalamualaikum =)
[masyaallah tabarakallah]


Hari-hari i makan garam sebab i rasa macam ya ampunnnnnn i tak boleh tinggal garam! Badan i perlukan garam sungguh-sungguh. Pentingnya garam dalam hidup i, tapi kenapa?

Himalayan PINK Salt

Untuk pengetahuan, garam adalah sejenis batu-batuan dan ianya boleh digunakan untuk masakan, kesihatan, dan kecantikan. Di zaman Rom suatu ketika dahulu, boleh dikatakan garam adalah antara bahan yang paling tersohor seantero duniahhhh, sebab ianya digunakan sebagai 'bayaran gaji' kepada tentera yang berjuang sehidup semati pada waktu tu. Makin banyak garam, makin banyak gaji. Wows nya. Seingat i, jikalau di Kelantan pula, sehingga kini pemberian garam (atau gula) adalah antara adat setengah-setengah masyarakat di sana pabila menziarahi ataupun di hari perkahwinan.

Tahu tak? Garam yang semakin famous gila untuk tampak lebih cantik mahupun lebih sihat mestilah garam yang datang dari pergunungan Himalaya, OMG. Menurut Source Naturals, disebabkan mineral penting dalam garam bukit Himalaya banyak dia melampaui batas, tahap pH badan dapat dineutralkan melalui garam bukit ni. Al maklumlah, kerap kali tak stabil sebab selalu tiba-tiba nak stress tak tentu pasal lepastu emosi tak stabil sebab cari getah rambut tak jumpa lepastu terus pH badan terkeluar dari radar keseimbangan.


Foot Tub/Pedicure Tub

Personally, garam bukit Himalaya berkesan untuk melegakan pelbagai penyakit yang bukan kronik! Sejak i terjumpa garam bukit Himalaya ni, i tidak lagi amalkan rendaman kaki dengan cara lapuk iaitu rendam dengan air lemon. I guna garam bukit Himalaya sebagai rawatan mingguan untuk menghaluskan tapak kaki, menghilangkan kegatalan, menghilangkan kematu di kaki, melegakan kaki dari kebas dan menghilangkan bau kaki. Kadang-kadang, i akan letak juga beberapa hirisan lemon. Hehe depends la, jikalau ada lemon di rumah baru i letak lemon. Air pulak i guna level suam-suam manja gitu. Lagi berkesan sebab i punya pedicure tub ada massage point and flexible roller untuk urut kaki i. So, jikalau diamalkan consistently, satu persatu kesakitan akan hilang. I sejenis percaya gila-gila garam bukit Himalaya dapat melegakan pelbagai kesakitan. Alhamdulillah apa i boleh kata, it works superbly dekat kaki i!

I berasa nak share sangat-sangat sebab personally ianya berkesan dekat i and i tahu ada juga yang ada kesakitan macam ni tapi masih berikhtiar dalam pelbagai cara yang lain. At first, i ingat tak berkesan sebab tak ada perubahan tapi sekarang i perasan kematu di kaki i dah semakin nipis and bau kaki pun dah hilang. Alhamdulillah. I tak sangka and terkejut sebenarnya, rupanya it takes time juga to cure semua ni. Yang penting sabar dan rajin, perlu jadikan amalan baru lah okei. Ehek ehek.

Selamat mencuba okies!

[masyaallah tabarakallah]