Assalamualaikum =)
[masyaallah tabarakallah]

"Segak-segak aih muka adik-adik ni. Makan beras apa tak taw"

Pergh terus menerus sejuk beku hati ini pabila Abang Bot gelar kami adik-adik. Muehehe. Jikalau nak tahu, #QuartetEscapes sememangnya adalah wanita yang masih di bawah umur. Kalau ditanya, mestilah rahsia kesegakan kami tak makan beras pun sejak lahir, kami makan hati je banyak. Hewhew.

Hari kedua, 19 September 2020 i bangun dari tidur yang lena diulik mimpi oi. Topi-topi yang i tempah di Beauty Project Hat dah perati setiap tuan empunya badan untuk disarungkan di kepala masing-masing. Honestly, the hat looks genuinely beautiful as the name embroidered with sequins on it!

Jikalau diperhatikan, setiap persiapan diri each other pasti ada 'look' yang ditonjolkan. Shera dengan bersarungkan green wrap skirt, Fatin dengan yellow button-up long blouse, Nini dengan black long dress, dan i dengan ironless material from head-to-bottom sejak azali. Consider guna ironless material since ianya adalah sejenis travel-friendly fabric. Tapi depends. Kadang-kadang i bawa juga set pakaian yang perlu di gosok. Complicated kan jadi wanita? Pendirian itu tetap untuk jadi apa in the next decade, tapi mood yang selalu berubah. Dasar perempuan. Tapi jikalau nak tahu, bukan perempuan saja berperangai sebegini, sometimes wujud juga lelaki yang berperangai sebegini. Acah maskulin lettuw.

Restoran Che Nah menjadi pilihan utama untuk sarapan pagi. Ya ampun, dekat sangat dengan hotel yang kami menginap, lima minit saja perjalanan untuk sampai ke sini. *tadah tangan kesyukuran* Percaya atau tidak, Restoran Che Nah adalah restoran yang senantiasa dipenuhi dengan penduduk di kawasan Kampung Lubok Buaya. Waktu sampai ke sini, sejujurnya Restoran Che Nah dibanjiri ramai penduduk kampung tapi belum lagi tahap sampai kena beratur sepanjang 200 meter. Ramai tapi tenang dan masih terkawal. Kebiasaannya, jikalau hari minggu penduduk di sini akan singgah di Restoran Che Nah sebelum berangkat ke tempat kerja. Tak kira umur yang datang ke sini, dah nama pun penduduk di kawasan kampung kan. Dari anak kecil sampai lah warga emas.

I, Fatin dan Nini makan Roti Canai Blackpepper dan minum Teh Tarik. Shera pulak nak makan Roti Canai Kosong. 



I sengaja makan Roti Canai Blackpepper Kambing. Since i tidak kisah dengan pilihan masing-masing, Nini dan Fatin memilih Roti Canai Black Pepper Ayam & Daging. Trust me, pemilihan itu adalah segalanya tentang corak & pola emosi seseorang. I beremosi nak makan kambing muahaha!

Sarapan pagi yang berat sebab roti canai ini digabungkan dengan limpahan sos lada hitam, sos cili dan mayonis. Wuu melimpah taw ihik ihik. Seronok lah bagi hantu black pepper sebab sos nya sumpah banyak dan pekat. Dalam roti canai ini pula di letakkan hancuran daging kambing (atau daging lain) dan campuran sayur. Ergh padat dan boleh kenyang tiga hari tiga malam. Yup, sengaja memilih menu sarapan pagi yang berat memandangkan di petang hari pula selepas selesai aktiviti Island Hopping baru rancang nak makan lagi. So yummy! 

Aucak! Dalam kereta dalam perjalanan ke jeti.




Jeti ini adalah bersebelahan dengan Awana Porto Resort. Disebabkan jeti terletak di kawasan yang ceruk ke dalam dan laluan yang sempit, parking agak susah. Bernasib baik kami datang awal, parking masih ada di tepi-tepi jalan sepanjang laluan ke jeti. Suka nak mampus lah tengok kawasan sini, banyak bot untuk bawa penumpang tersidai di tepi jeti. Hewhew. Sepatutnya naik bot pukul 9:30 pagi, tapi bot tiba di perkarangan jeti hampir pukul 11 pagi. Sempat lah bergambar dan kunya mengunyah sejam lamanya sementara tunggu bot.

Pulau Dayang Bunting

Bila nak naik bot sini agak bahaya, sebab kena turun tangga yang licin. Waktu ni, si tukang tarik bot nak bawa naik minyak hampir tergelincir jatuh dalam laut waktu turun tangga nak naik bot. Hah berdebar lah i waktu nak turun tangga tu. Kenapa entah i pulak yang nebes.


Kami cuba mendahulukan satu keluarga di belakang kami masuk dulu ke dalam bot. Kongsi bot dengan keluarga asing yang lain tidak membebankan pun kami. Sekurang-kurangnya, bot boleh berfungsi dengan baik & stabil bila dah duduk di tempat masing-masing. Jikalau diberi pilihan, i akan pilih private boat. Zas!

Alkisahnya, rezeki di tengah lautan kata orang. Dalam perjalanan dari pulau ke pulau, makcik di belakang kami hulurkan gula-gula cool mint dalam bekas bulat pada kami berempat. Tengok laut sambil hisap gula-gula cool mint, berasa bertambah-tambah berangin diri ini. Makan gula-gula mint ini mengingatkan i di zaman hingusan dulu (sekarang pun hingusan jugak sebenarnya eh eh), suka betul makan gula-gula Hacks berperisa Sunquick. Berangin lepastu rasa buah orange pulak. Awww, that feeling bila bercakap pun berbau Sunquick. Lol.



Tada! Sampai dah di Pulau Dayang Bunting. Kali terakhir i tinggalkan jejak di sini rasanya sewaktu i di tingkatan tiga (lawatan sambil belajar) lewls. Untuk masuk ke sini ada dua jenis tiket yang perlu di beli berasingan. Tiket masuk dan tiket aktiviti air. Kami berminat untuk beli dua-dua tiket okie.

"Tiket masuk berapa ya?"
"RM 3"
"Ada student price tak?"

I pandang Fatin dan Fatin pandang i. Spontaneous!

Sampai di Jeti Pulau Dayang Bunting ukies.

Di waktu ini, harga bagi aktiviti air jauh lebih murah berbanding hari biasa dan boleh bermain semua aktiviti termasuk Paddle Boat, Kayaking. Untuk aktiviti mengelilingi sebahagian pulau di Langkawi ini, ia mengambil masa hampir empat jam. Masa untuk melepak di Tasik Dayang Bunting pula cuma hanya satu jam kalau tak silap i. Personally, satu jam ini sebenarnya satu masa yang sangat singkat oleh sebab banyak aktiviti lain lagi yang boleh di lakukan bila dah sampai saja di Tasik Dayang Bunting.







Dah sampai di Tasik Dayang Bunting, banyak aktiviti boleh dilakukan tapi kami pilih untuk naik paddle boat saja memandangkan masa tak pun mengizinkan. Gigih ok kayuh bot. Berasa langsing sikit badan bila turun dari boat. Wkwkwk.

Shera, mermaid baru timbul. Hehehe.

Pulau Beras Basah

Dah habis dekat Tasik Dayang Bunting, Abang Bot bawa dan tinggalkan kami di pulau yang terakhir iaitu Pulau Beras Basah. Sepatutnya dekat sini boleh mandi dan snorkeling. Melihatkan suasana, Nini yang pada mulanya berniat nak mandi tapi tak jadi nak mandi. I memang dah memilih untuk tak nak basahkan badan. Masa di sini tak banyak juga disebabkan kami bukan ambil pakej private, jadi saat terluang di sini di habiskan dengan jalan-jalan di persisiran pantai dan bergambar tak henti-henti. Amboi dia.





Fuh macam yang semua tahu, island hopping sangat memenatkan tsk tsk. Dah habis aktiviti di sini, kami bersihkan diri sekejap sebelum masuk ke kereta. Yay, Shera drive balik hotel! Sampai saja di hotel, i tengok cuaca di luar panas terik naw naw. Kasut yang lembab sebab hujan lebat semalam i jemur di luar bilik di bawah panas terik, kalau tak, i jemur di koridor saja semalaman. Dengan harapan kering lah kasut petang ni.

Alkisahnya kan, bila on the way balik ke hotel semula dari Paradise Island, hujan lebat namatik! 'Ohmaiii habislah kasut i (semua orang pun terkejut). Dalam hati i meronta-ronta: 'Baru kena panas, dah basah semula. Kepam lah kasut i bag i tsk tsk T_T'. Lima saat kemudian i berasa redha bila terfikirkan kasut yang macam nasi sudah jadi bubur, i putuskan untuk i pakai saja sandal pantai ini. Tapi sampai saja di bilik, Fatin pergi koridor nak ambil jemuran baju and menggelabah jerit bagitahu kasut i ada di koridor juga dan tak basah. OMG. Kitaorang semua terkejut pabila tiba-tiba kasut i yang berjemur dekat luar dah diangkat letak dalam kawasan koridor. I pun terkejut and macam 'eh siapa yang angkat? Shera ke? Nini ke?' Eh eh walhal hujan sejak dari dalam perjalanan lagi. Eh eh terpusing kejap kepala i, i terus baring sel-sel otak tak dapat nak berhubung kali ni.

I anggap pekerja di hotel itu ataupun pekerja asing yang tengah sibuk bina bangunan hotel di depan bilik lembut hati tolong angkatkan. Mungkin dia memahami keadaan pelancong yang kebiasaannya pakaian akan kebasahan, atau dia tengok kasut dah pun kering, atau dia perasan cuaca dah pun mendung, atau sebenarnya tak boleh pun jemur dekat luar bilik kahkah takpelah kan. Kebetulan dekat koridor memang banyak baju tersidai, lewls. Hati i lega tahap dewa sebab ada juga yang memahami dan sudi bantu, begitu. I cuba beranggapan positif. Benda baik yang terjadi, mengapa perlu dipersoal secara negatif. Ia boleh meracuni fikiran sendiri dan orang lain. Negatif itu racun tahu tak! Ergh. Negativity please go away! Tsk tsk. Di sini i belajar tentang pabila kita permudahkan urusan orang, urusan kita juga akan dipermudahkan. Jikalau bukan sekarang Tuhan balas, mungkin nanti. Tapi yang pasti, mesti terbalas. Yang penting, alirkan sifat mahmudah dalam diri itu sentiasa okie? Dont be bitter doplohpatjam.

Hewhew.

Disebabkan masa tak banyak untuk kami bersiap sebelum keluar semula pergi ke destinasi seterusnya iaitu Paradise 101 (Private Island), Shera pesan suruh siap cepat-cepat bila dah sampai hotel, no more baring-baring santai-santai. Ukie Shera!


Total Kos Perbelanjaan: MYR113.40 (per head)

Beauty Project Hat : MYR69 per hat
Aktiviti di Tasik Dayang Bunting: MYR10 per head (all activities included)
Entrance Fee Tasik Dayang Bunting: MYR3
Island Hopping : MYR34.90 per head (online price)
Roti Canai Black Pepper Kambing + Teh Tarik : MYR9.50

[masyaallah tabarakallah]