Assalamualaikum =)
[masyaallah tabarakallah]




Langkawi Wild Life Park

Usai lah aktiviti loncat meloncat di Adventure Park. Sebelum makan, sempat singgah Langkawi Wild Life Park. Jaraknya cuma hanya tiga minit dari Adventure Park ke Wild Life Park. I beli makanan haiwan di kaunter yang mula-mulanya hati i tak nak beli pun. Tapi sebab i fikir the other benefit bila kita bagi haiwan makan (ehehe) sebab haiwan pun makhluk yang bernyawa seperti i juga.

Tertarik sangat nak masuk sini sebab i nak mencari pengalaman bermesra dengan haiwan terunik di alam semesta iaitu Raccoon atau dalam bahasa ibundanya adalah Rakun. Uncle yang bekerja di sini perkenalkan kami pada Rakun, dan nama panggilan dia adalah Sarip. OMG Sarip? Unik! The only one yang i kenal Sarip adalah pensyarah i ukies. Sekarang Rakun adalah Sarip. Muahaha. I tersenyum, speechless. Wkwkwk! Walaupun waktu tu Rakun cuma boleh dipegang, diusap, diberi makan kekacangan dan merekod saja, i berasa seronok dan 'enjoy' bila dapat berinteraksi dengan Rakun. Dah macam heart-to-heart session gitu. Awww. Baru tahu Sarip pemalu sifatnya bila i belai-belai si Sarip dan Fatin pulak rekod aksi Sarip tengah baring atas kayu. Yang kelakarnya, si Sarip mula-mula tak nak pandang i. Makin i panggil, makin terlentok kepala si Sarip. Bila hulur tapak tangan nak bagi makanan, baru si Sarip nak pandang. Sama tak perangai kita? :p

Membayangi Rakun yang unik ni, warna bulu dekat badan dia bercampur antara warna kelabu, putih dan coklat kehitaman. Bila tengok Rakun lebih terperinci, cantiknya badan dia sebab di lapisi oleh bulu bersederhana lebat tidak kalah macam White Tejn, auch! Di bawah mata Rakun pulak berwarna coklat kehitaman membujur bentuknya meleret sampai ke pipi. Mata Rakun boleh di tafsirkan Rakun seolah-olah duapulohempatjam memakai topeng. Eeee ingat Batman ke.



Jangan bergaduh, semua dapat makan okies!

Puas dah berjalan, lepastu masuk dalam kawasan yang agak tertutup ni. Ohmai, teruja sangat and bila masuk saja dengan perasaan was-was sebab each other tertanya-tanya kita masuk dalam tempat apa ni. I cuma nampak sarang berbentuk bulat, ranting kayu dan i cuma terbayangkan seekor ular sawa yang besar. Halusinasi. Lewls. Bila dah berjalan masuk sampai ke tengah baru perasan di bahagian kiri penuh dengan burung berkicauan dan bertenggek atas kayu. CANTIK NYA AWAK! Part yang paling i suka bila pekerja tuangkan makanan atas tapak tangan i, lepastu hampir separuh burung Serindit ni menggelabah terbang and serbu tapak tangan i. Tapi sebab tapak tangan i kecil, jadi ada juga yang bertenggek di bahu dan atas kepala. Ihiks.

Jenguk apa tew?

Lepas i cuba Google, ini adalah sejenis haiwan bernama burung Serindit. Sebenarnya burung ni banyak nama yang boleh di guna pakai jikalau jumpa di carian Google. Warna-warni yang terhasil pada badan Serindit dan saiznya yang kecil menarik perhatian i dan tak sabar nak bergambar untuk di jadikan kenangan. Level lawanya sampai langit ketujuh, lagi-lagi bila burung yang berwarna-warni ni memenuhi separuh badan i. I beriya tunjuk gambar ni dekat anak buah i and anak buah i tanya apa nama burung ni. Okie gais nama dia burung Serindit!


Flamingo


Flamingo! Dapat lah jugak i berinteraksi dengan Flamingo untuk pertama kali nya. Cantik yakmat sebab paruh Flamingo seolah-olah disaluti dengan gincu. Aaaacenggitu. Mula-mula akan berasa geli bila paruh dia menyucuk tapak tangan. Tapi, jikalau nak tahu, semakin geli dan nervous maka tekanan paruh pada tangan kita semakin kuat sebab melalui paruh lah Flamingo ni boleh rasa deria manusia. (haiwan pun memahami apalagi kita manusia. Kenapa tidak memahami? :p) Konklusinya, kita kena tenang-tenang je. Yup, mula-mula i macam nervous and gemuruh nak mampus lepastu tertanya-tanya kenapa nak ambil makanan atas tapak tangan i secara berjemaah walhal makanan ciput je. Lewls.



Artisans Pizza

Bukan haiwan je kelaparan, i pun kelaparan jugek dah macam warga Somalia gamaknya. Tambah pulak pabila hujan lebat tak henti-henti dalam perjalanan pulang dari Wild Life Park. Berkeroncong perut ni tak sabar nak makan. Lapar nyaaaaaaa. Tu je perkataan yang terpacul dari mulut masing-masing bila dah keluar dari Wild Park Park. Ada lah cebisan dan lebihan kuih-muih yang Shera beli dari kedai Pak Malau boleh di makan. Tak berniat pun nak singgah mana-mana kedai untuk alas perut. Bagi i, lebihan kuih-muih itu sudah cukup memadai sebab kami dah pun rancang nak makan pizza (omg pizza) dan pada sebelah malam pula nak makan menu yang agak heavy iaitu nasi and tomyam. Uhuks.

Kami pergi makan pizza di Artisans Pizza yang berkoordinasi di Pantai Cenang. Sementara sampai tu, Shera tanya each other sama ada buka atau tutup kedai pizza ni. I pun Google dan call cepat-cepat Restoran Artisans Pizza ni, in case tutup kami boleh pergi makan tempat lain. Sebab kitaorang ada banyak gee-laaaaa list tempat makan sedap-sedap. Lupa erkkkkk ada some quotes of an ancient philosopher said that WE LIVE TO EAT?! :p

Jikalau nak bawa satu geng bas sekolah i tak rasa muat sebab saiz kedai Artisans Pizza di Pantai Cenang ni kecil dan boleh muat hanya untuk beberapa orang saja. Kedai buka seperti biasa dan ia beroperasi dari pukul 12 tengah hari hingga 11 malam. Tapi untuk keadaan sekarang, i tak sure sampai pukul berapa kedai ni buka. Waktu kami dalam perjalanan kedai dah pun buka sebab hari dah lewat petang. Jikalau malas dan berat badan nak keluar dari bilik hotel, boleh order dari talian dalam telefon sahaja sambil baring di atas katil. Mudah, bukan?

Supreme 4-Cheesy

Masala Chicken

Artisans Pizza ni menyajikan sejenis 'Freshly Baked Pizza'. Pizza yang di buat on the spot bila kita hantar pesanan dan bayar. Rasa pizza ni seperti pizza jikalau buat sendiri di rumah, senang cerita homemade pizza la. Uniknya Artisans Pizza sebab perasa pizza yang di keluarkan agak berbeza i jumpa di restoran pizza lain. Sebagai contoh Masala Chicken, berasa sampai ke tekak rempah masala nya. Sedap sebab dicampur cendawan dan nenas dan di makan waktu petang sambil latarbelakangkan rintik hujan. Alahai, personally pizza yang pabila di kombinasikan dengan nenas dan cendawan mesti lah sedap khen....! I tak minat sangat pabila rempah ratus masala di campur dan di jadikan pizza. Ada juga yang tak akan makan sebab takut nak mencuba.

Lupa nama dia tapi yang ni paling sedap.



Artisans Pizza ni terletak di tengah-tengah kawasan Pantai Cenang. Disebabkan parking yang berdekatan dengan kedai memang agak susah untuk dapat, Shera park jauh dari kedai. Lebih kurang 200 meter dari kedai pizza ni. Tapi lepas dah park jauh and kena berlari redah hujan baru sedar yang kedai ni jauh dari kereta kami. Ohmai 200 meter. Ingat marathon kerrr?

Kami bersemangat nak makan pizza tambah pula perut tengah kelaparan yang memuncak dan hujan lebat meribut. Kami dah putuskan untuk sarung saja raincoat yang di beli di Adventure Park dan keluar dari kereta seorang demi seorang. Pada mulanya, i tak tahu pun kedai ni jauh, makin lari makin jauh pulak kedai. Lewls. Kasut dan stokin yang i guna untuk berjalan seharian basah sebab banyak kelopak air yang i pijak dengan tak sengaja. Waktu ni, i tak kisah sebab i ada bawa lagi satu sandal tapi untuk pergi pantai. Apa-apa pun i tak boleh fikir dengan masalah kasut i sebab satu-satunya benda yang berlegar-legar dalam kepala i adalah pizza. Eeee rakus!


Balik hotel dan berehat. Hah, penat nak mampus. Baru dapat masuk bilik setelah seharian berjalan. I pula letak kasut basah di koridor walau tak ada cahaya matahari pun dengan harapan kasut i boleh kering. Tapi malam, boleh kering ke? Sekurang-kurangnya kasut yang lencun bertukar lembab. Lagipun i bawa sandal. Hewhew. Sambil rehat atas katil tunggu giliran nak mandi, sebenarnya masing-masing terfikir nak makan apa pula di malam hari. Keliru antara makanan tempatan dan barat. Shera suggest makan di rooftop Pantai Cenang tapi tak jadi pulak sebab semua kelaparan nasi. Lepastu teringat memasing nak feeling makan berlatarbelakangkan sunset. Aaagituh.

Tanjung Tirai Cafe

Tomyam Campur

Sotong Goreng Tepung

Telur Bungkus I Love You. wkwkwkw!

Ikan Kerapu Tiga Rasa

Makan malam pula di Tanjung Tirai Cafe. Sunset? Non-hado tsk tsk sebab lepas maghrib baru keluar makan. Kali ni, i dengan Nini pergi pilih seafood. Banyak ikan dan seafood lain yang dah kehabisan, dan sebenarnya kami nak makan ikan siakap, tapi dah habis juga.  Erghhh! So we opted for ikan kerapu and sotong, instead. I tak pasti Fatin dan Shera selalu makan atau tak, tapi i yakin Fatin and Shera suka, lagi lagi bila dapat sebungkus telur I Love You. Muahaha. Waktu Fatin dan Shera berborak sakan, i dan Nini cepat-cepat habiskan Sotong Goreng Tepung. Kejam bukan? Tak kejam tapi terpaksa sebab dia sotong. Aura sotong ni lain daripada lain hewhew :P

Jikalau nak menikmati tomyam di tepi tasik dan bersaksikan sunset. Boleh datang sini lewat petang ukies. Kenyang dah makan, kitaorang balik hotel dan siapkan baju untuk esok. Hari yang padat dan penat sangat! Balik ni mesti terbongkang lupa daratan. Teruk naw naw..


Total Kos Perbelanjaan: MYR82.50 (per head)

Langkawi Wild Life Park : MYR25 Student / MYR20 Kedahan / MYR30 Normal
Makanan haiwan : MYR8 per pack
Artisans Pizza : MYR68 (Total 4 pax)
Restoran Tanjung Tirai (Seafood & Tomyam) : MYR130++

[masyaallah tabarakallah]