Penerbangan ke Langkawi pukul tujuh pagi tidak lagi di tangguhkan malah jadual perjalanan diteruskan seperti termeterai di pas masuk yang baru. Dalam kepala i, Fatin & Nini eeee tak sabar nak jumpa Shera. Hari terakhir i berjumpa Shera adalah lima tahun lepas. Omg lima tahun kebelakang gamaknya. Lain pulak cerita Nini & Fatin, yang kadang-kadang dalam setahun ada juga merancang untuk berjumpa di bandar atau di kampung masing-masing. Alkisahnya, satu malam tu terpaksalah Shera keseorangan dalam bilik di hotel yang dah pun di tempah awal melalui Airbnb. Bilik yang di tempah di Hotel Aneeda Inn bukanlah gah pun, cukup sekadar untuk kami jadikan ia sebagai fitting room bertaraf lima per tiga bintang gitew (sebab boleh tidur sekali eheks). Hotel Aneeda Inn tidak berapa jauh dari 'tourist hotspot' iaitu Pantai Cenang, tapi untuk ke Pantai Cenang, kami meronta-ronta nak naik jugak kereta memandangkan jarak dari hotel ke Pantai Cenang adalah dua kilometer. Ye, sangat jauh ukie :p
Apa yang i berpuas hati sangat dengan hotel ini ianya memberi i satu perasaan yang i berasa cukup kerana compulsory things yang diperlukan sudah tersedia ada di dalam bilik. Seterika baju, papan seterika, sejadah, almari, penyangkut baju, peti ais, koridor & meja untuk berehat. I anggap cermin besar dan panjang yang boleh melihat setiap sisi dan sudut diri sendiri selepas beriya bersiap adalah bonus untuk perempuan bila tinggal di sini. Selain keperluan, fuh satu nikmat bila dah sampai dan check-in, kami dapat tinggal di bilik tingkat bawah, tidak perlu mengerah tenaga untuk daki tangga hotel. Oh ye, hotel ini tak ada pun lift sebab ianya cuma dua tingkat sahaja. I bagitahu nikmat sebab i dan Fatin berjuang separuh mati menarik bagasi dari rumah sampai lah Langkawi. Daripada bagasi elok di tarik sampai lah rosak tayar bagasi. Amboi nya begitu sekali nak bercuti nya pun.
Tempat pertama yang kami pergi adalah Nasi Dagang Pak Malau, memandangkan kedai nasi dagang ini hanyalah 10 minit sahaja dari airport Langkawi. Sumpah, sepanjang perjalanan, kita semua lapar waktu ni dan terbayang-bayangkan nasi dagang seperti yang diuar-uarkan oleh pelancong yang lain. Untuk pengetahuan, i tak pernah makan nasi dagang di negeri lain selain Kelantan, Terengganu dan Kuala Lumpur. Jikalau di negeri pantai timur, nasi dagang adalah makanan ruji yang di jual di merata tempat dan di hidang pada bila-bila masa terutama pada waktu sarapan pagi. Ini adalah kali pertama i makan nasi dagang di negeri lain. Satu keunikan jikalau wujudnya kedai nasi dagang di bumi Kedah, lagi-lagi Langkawi.
Nasi Dagang Pak Malau juga telah wujud sejak tahun 2013. Sudah lama, bukan? Cuma tempat ini baru saja terdedah dalam kalangan generasi millenials.
Untuk pengetahuan, asalnya kedai makan Nasi Dagang Pak Malau adalah warung kecil. Warung yang majoritinya dikunjungi oleh rakyat tempatan di Langkawi sahaja tapi kini ramai pelancong yang mengunjungi kedai ini. I suka idea pembinaan lima buah reka bentuk dangau moden sebagai ruang makan untuk setiap keluarga menjamu selera kerana di dangau ini boleh makan secara duduk bersimpuh ayu.
Jujurnya, i berasa terpempan bila tiba di kedai Nasi Dagang Pak Malau. Padi kehijauan yang terbentang luas dan udara pagi yang segar bugar tidak lagi terhalang untuk masuk ke rongga hidung. Boleh di katakan setiap yang hadir akan berasa takjub dengan panorama di sini. Selain nasi dagang yang menjadi tarikan bilamana sejurus i keluar dari kereta, ia juga boleh dijadikan sebagai pengalaman yang indah pabila dapat makan di tepi sawah padi. Disebabkan i jarang sekali dapat melihat suasana tenang kehijauan dan udara kampung yang bersih dan semulajadi, hati i meronta dan menunggu-nunggu untuk pengalaman bermakna ni. Ia mengingatkan i suasana kampung halaman i yang dah lama tak di jejak.
Kalau dulu waktu kecil, berjalan sambil meronda dan bergambar di kawasan sawah padi dan titian jeti nelayan adalah sebagai budaya i dan keluarga setiap kali pulang ke kampung. Sekarang, bila pulang ke kampung, kebanyakan masa di habiskan di dapur. Mengacau dodol, menganyam ketupat guna daun pisang, memarut kelapa guna kukur kelapa dan banyak lagi.
Makan dan minum di sini adalah secara layan diri dan selepas makan baru bayar di kaunter yang di jaga oleh Pak Malau sendiri. Kedai Nasi Dagang Pak Malau ini sentiasa ramai orang, bernasib baik saja kami dapat duduk di dangau ni. Menghidangkan pelbagai jenis lauk seperti kambing, ayam, ikan tongkol dan daging. Seperti kebiasaan, kambing adalah yang paling mahal antara yang lain. Ada juga kuih-muih seperti cekodok, kek batik, karipap, lepat liat yang dibungkus dengan daun pisang dan lain-lain.
Fatin & Nini berlaukkan Ayam Gulai. I pernah juga la makan dengan lauk ayam gulai tapi kali ni i pilih untuk makan nasi dagang dan ikan tongkol memandangkan nasi dagang dan ikan tongkol adalah tradisi turun temurun. Bukan itu saja, i juga nak cuba perbezaan rasa nasi dagang di pantai timur dan Langkawi.
Apa yang i boleh kata, rasanya tidak kurang tidak lebih jikalau makan di pantai timur. Tetap enak dan sedap. Lauk pauk dan acar mentah yang segar menambah lagi selera i untuk habiskan nasi dagang ni. Walaubagaimanapun, disebabkan bahan untuk buat nasi dagang dicampur dengan beras pulut dan sedikit santan, nasi dagang yang dihidangkan agak lembik dan seakan-akan pulut, maka bila makan akan berasa cepat kenyang. Heavy breakfast i must say. Tapi sesuai lah dengan aktiviti berat yang kami nak buat selepas makan ni.
Langkawi Adventure Park
Ke Langkawi Adventure Park di Kilim pula mengambil masa hampir 20 minit. I suggest jikalau ada yang berniat untuk buang air, lebih baik buang air di hotel atau di tempat lain seperti di stesen minyak etc sebelum sampai di Adventure Park. I tak dapat buang air di bilik air di Adventure Park sebab keadaan bilik air yang tak mengizinkan. Berasa lecak tak tentu arah.
Alhamdulillah, cuaca langit masih biru kelembapan dan awan yang berketul masih nipis sepanjang perjalanan. Mengambil kesempatan untuk berborak sesama sendiri perkembangan semasa diri masing-masing sambil badan kawan-kawan i hampir terpusing 360 darjah. Omg, tak sangka kawan-kawan i semua memang dah berkembang dengan jayanya eheks eheks gurau okie. Tidak lain tidak bukan, topik perbualan perempuan yang kerap nya mestilah tentang status diri semasa, kepujian kulit wajah yang tidak terbatas, keterujaan tentang kecantikan tak henti-henti, dan indeks jisim tubuh yang semakin tidak stabil. Eh?
|
ni pun tak stabil :P |
Untuk pengetahuan, kendatipun Langkawi Adventure Park sudah di bina sejak tahun 2012, tempat ini jarang mendapat kunjungan dari pelancong sehingga kini oleh kerana harga yang di tawarkan agak tinggi, boleh di katakan harga nya MYR50 dan ke atas untuk satu permainan sahaja. Tapi, kami membeli tiket ni dengan harga pakej 5 in 1 & di waktu promosi sedang berjalan iaitu MYR50 untuk sekepala. Harga asal jauh lebih mahal iaitu MYR200 untuk pakej 5 in 1 ni. OMG mahalnya weh!
Ia beroperasi bermula sembilan pagi sampai lah tujuh petang. Sampai di sini sebelum tengah hari panas terik, berasa seronoknya dapat mengelilingi kawasan kampung di Langkawi sementara sampai di Adventure Park ni. Seperti kebiasaan, masuk ke sini perlu ke kaunter dahulu untuk di beri sedikit taklimat dan kami di beri penutup kepala yang wajib di pakai setiap seorang. I termangu-mangu sekejap bila sampai sini sebab mula-mula i jejak pintu masuk Adventure Park, i berasa seperti masuk ke rumah urut. Serammmmm hehe. I pandang Nini dan Nini pandang i. Tapi kita cuba kawal reaksi muka masing-masing sebab kita datang sini cuma hanya mahu berseronok dan lari daripada masalah dunia.
Sengaja kami memilih Adventure Park ini sebahagian daripada pengalaman kami di Langkawi supaya percutian kami lebih menyeronokkan dan tidak membosankan. Selain Go Kart Ride, permainan yang termasuk dalam pakej kami adalah seperti Sky Bike, ATV's Adventure, 3D Art Museum & Upside Down Museum.
'Erm, boring nya sebab dah selalu masuk museum. Ada game lain tak? Cause we want something daring & fun!'
TIBERRR.
Ada juga tarikan lain seperti Paintball Shooting, Horse Riding, Sky Ride Helium Balloon, Archery Shooting, Flying Fox & Ghost House tapi tidak termasuk dalam pakej kami. Jikalau berminat kami perlu tambah bayaran lain.
Harga pakej yang kami beli tidak termasuk makan tengah hari. Jikalau nak makan tengah hari di sini, perlu tambah MYR10 lagi. Tapi kami cuma ambil pakej tanpa makan tengah hari kebetulan kami dah gigih usha tempat makan sebelum terbang ke sini lagi. Huhu sedihnya, tak semua tempat makan kami dapat pergi.
|
Posing ala-ala teringat husband di rumah.
|
"I boleh naik tak? Sebab berat i 255kg"
Permainan pertama selama 15 minit adalah Sky Bike, permainan yang boleh menampung cuma hanya 40 - 80 kg untuk satu basikal. Sky Bike juga adalah permainan basikal yang kita perlu kayuh sendiri di atas kabel sejauh 150 meter, sambil dapat hirup angin dalam hutan dan melihat pemandangan di sekeliling Adventure Park ini. Berasa dekat nya, tapi bila i naik, CEPAT LA SAMPAI, CEPAT LA SAMPAI. Ahaks. Kabel ini juga akan di lalui oleh dua buah basikal gantung secara bergilir-gilir. Kadang-kadang, boleh juga naik dan kayuh serentak. Sebelum bergerak, pekerja di sini akan guide cara nak pakai tali keselamatan dan penggunaan semuanya.
Demi mendapatkan gambar di atas langit dan tanah di Adventure Park ni, kami bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan jurugambar peribadi yang di tawarkan di pintu masuk, sepanjang permainan di dalam Adventure Park ini. I suggest untuk bawa data storage atau flash drive sebab Adventure Park tak sediakan apa-apa pendrive untuk menyimpan data kami. SO, kami dapat gambar melalui email sahaja.
Setiap permainan telah di tetapkan masa. Jadi, masa untuk Go Kart adalah 10 minit sahaja. SUMPAH, best. Untuk siapa yang suka sangat drift atas highway tu, boleh lah main go kart ni. I pun suka and enjoy gila babeng. Ahaks.
|
Okie helmet motor pun boleh. Tsk tsk.
|
|
Upside Down Museum
|
Hujan lebat sebelum sempat bermain permainan paling terakhir dan yang paling meronta-ronta siapa nak bawak aku, siapa nak bawak kau, iaitu ATV's Adventure. Girls, semua nak bawak kerrrr ohmai. Group sebelum kami terpaksa redah hujan sewaktu menaiki ATV (all-train vehicle) memandangkan hujan turun semasa mereka dalam perjalanan. Alhamdulillah, lepas beberapa minit group sebelum kami tiba di tapak ATV, hujan pun reda. Tidak risau lagi sebab Adventure Park ada menjual baju hujan. Baju hujan ni tak menutup sampai kasut sebab i pernah tengok ada yang jual baju hujan plastik yang menutup badan sepenuhnya. Tapi okei la, sebab darurat kan. Kita kena beli jugak.
I suggest untuk beli sendiri sebelum terbang ke Langkawi jikalau tidak selesa dengan baju hujan separa yang jual di sini.
|
Okie ready 30 minutes riding ATV!
|
|
Tediaaaa. Konsep selfie di mana-mana. |
Disebabkan berat tak seimbang sampai ATV ni tak dapat di kawal oleh Shera, rider terpaksa bertukar di pertengahan jalan. I tersenyum seorang diri bila teringat pengalaman bawa ATV ni. Gigih lah si Fatin kawal ATV ni, sampai ada satu ketika ATV merah ni masuk dalam hutan sebab out of control. And then, di penghujung jalan mati, ATV merah yang di bawa Fatin berasap dan berbau hangit. Apakah.
|
SIS okei ke tu sis? wkwkwkwk!
|
Yang sebenarnya kalau nak tahu, i dah lama nak cuba pengalaman naik ATV ni di kawasan yang berhampiran rumah i, tapi ada saja halangan. I tak expect yang kali ni i berpeluang naik benda ni di Langkawi. Tarikan yang jarang sekali di lakukan oleh pengunjung. Sebab kebanyakan yang berkunjung ke Langkawi ni hanyalah untuk menikmati panorama pantai, membeli coklat, bergambar bersama burung helang, melawat makam mahsuri dan lain-lain tempat lagi yang cliche dengan pelancong.
Jikalau belum pernah ada pengalaman di tempat tarikan sebegini, i suggest untuk pergi walau sekali seumur hidup. Cuba masukkan aktiviti yang menyeronokkan seperti ini di dalam setiap travel itinerary tidak kira di mana tempat nak mengembara. Percayalah, ia boleh melupakan sekelumit masalah. Tapi kalau tanya i, kalau i dah berniat nak lupa i memang lupa terus har har jahat tak.
Pengalaman yang mahal dan tidak pasti dapat di ulangi lagi terutama pengalaman bersama kawan-kawan. Usah risau, tempat ni sesuai tidak kira umur dan permainan dalam ni boleh dipilih sesuai dengan kehendak kita unless beli yang pakej.
To be continued gais!
Total Kos Perbelanjaan: MYR214.30 (per head)
Nasi Dagang Ikan Gulai : MYR10
Langkawi Adventure Park : MYR50 (per head) (package 5 in 1 + promotion price)
Raincoat : MYR2
Adventure Park Photographer : MYR60 (include soft copy) (MYR15 per head)
Aneeda Inn Hotel : MYR549.26 (3 nights) / MYR137.30 (per head)
[masyaallah tabarakallah]
No comments
Post a Comment