Assalamualaikum =)
[masyaallah tabarakallah]

Jumbo-Size Cheesy Tokbokki Chicken
MYR15.90

LOOK! What i found in the middle of city chaos! It's HALAL BIG STICK yow (walau sijil halal belum di-approve). Kebiasaannya, jikalau sebut saja istilah barbeque, otak pantas saja terimaginasikan negara Korea dan Korean sugar daddies oppa yang putih bagai ditepung-tepungkan dengan serbuk penaik. Kali ni, pantul saja perkataan Chicken Barbeque, secara automatik kepala otak i terbayangkan kerangupan ayam yang disaluti dengan spicy hot barbeque sauce dan ditaburi dengan secubit bijan.

I datang makan sini dua bulan yang lepas dan i putuskan untuk sampai ke Big Stick ni dengan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam (LRT & monorail) sebab i dah lama tinggalkan pengangkutan awam sejak-sejak i berkecimpung dengan dunia drifting. Muahaha! Lagipun, i anggap ianya satu imbauan yang mana waktu sekolah i could not afford and not eligible to buy a car, so i perlu guna perkhidmatan awam untuk ke mana-mana termasuk Bukit Bintang. Apa yang i boleh kata, walau berlecak dan kepanasan sepanjang perjalanan, ianya lebih direct. Bilamana i naik perkhidmatan awam, minda i akan tersambung dengan satu-satunya tujuan i pada hari itu iaitu NAK MAKAN BIG STICK PLEASE.

Chicken Plus

Chicken Plus

Seingat i, Korea chicken yang i pernah makan sebelum ni adalah di restoran Chicken Plus, 4Fingers, Sweetree, K-fry Urban Korean & Kyochon. Sekarang, di Malaysia dah wujud Korea chicken yang menggunakan skewer! Omgish.

Sebenarnya i jumpa Big Stick melalui aplikasi Klook oleh sebab Klook gemar mengemas kini sesetengah restoran yang baru beroperasi melalui aplikasi Klook. Sebagai perkongsian, Big Stick merupakan satu-satunya restoran ayam gergasi di Malaysia. Argh, sangat lah teruja sebab restoran Big Stick Korean BBQ Skewers sudah pun menapak di Bukit Bintang dimana Bukit Bintang adalah tempat yang superb strategik sebab banyak kemudahan pengangkutan awam untuk sampai ke sana. In case i cacing kepanasan nak makan ayam gergasi di kala sepertiga malam, boleh lah i meluncurkan diri kesini. Kalau tak silap i, cawangan Big Stick di Gurney Plaza Penang baru saja dibuka beberapa hari yang lepas. Hi Penangite, sila gelisahkan diri sekarang! :p

Jumbo-Size Bikor Chicken
MYR14.90

Korean BBQ Skewers ada tujuh jenis menu yang termasuk dalam senarai termasuklah Fresh Squid dan Ramyeon. Yes semuanya di-skewers-kan. Jujurnya, i paling suka Bikor Chicken ni jikalau dibandingkan dengan menu yang lain sebab ayam yang dihidangkan tanpa tulang dan digoreng. Crunchy and juicy! Lagipun, Bikor Chicken adalah menu utama disini sebab Bikor Chicken adalah satay ayam barbeku yang paling besar and panjang sepanjang 60 sentimeter! Gulp!

Dibandingkan dengan Cheesy Tokbokki Chicken pula, satay ini dibakar dan diselang-selikan dengan ayam dan tokbokki. I makan tapi tak gemar sangat tokbokki (Korean rice cake) tapi bila dah disaluti dengan cheese dan hot sauce, rasanya lagi enak okie!

Jumbo-Size Spicy Chicken
MYR13.90

Grilled Spicy Chicken sesuai untuk yang suka spicy-spicy. Personally i terpaling suka Bikor Chicken.  Tapi untuk tekak orang lain, kena try dulu ukies! Lain tekak lain rasanya. Muehehehe.

Untuk pengetahuan, satay ini akan di goreng atau di bakar bergantung pada setiap order sahaja, jadi perlu lah tunggu beberapa minit. Personally, tak lama pun nak tunggu tambah lagi jikalau kita pergi with the right person! Maksud i right person pabila dah duduk semeja. Boleh jadi kawan sejantina atau opposite, boleh jadi emak, boleh jadi sesiapa as long as dia adalah right person. RIGHT PERSON IS SUCH UNIVERSAL.

Jasmine Green Tea-pose.
MYR5.90

Dah nama pun kiosk, saiz nya pun tak berapa besar. Bernasib baik sangat waktu i datang kedai baru buka dan takde orang lagi. Sewaktu i makan, orang ramai memenuhi sidebar table dan dinner table. Disebabkan i datang awal, dinner table masih digunakan oleh staff Big Stick jadi i tak dapat duduk di situ. Selain Jasmine Green Tea, ada juga minuman lain yang boleh dipilih jikalau tidak gemar dengan Green Tea. Dah habis makan, i balik rumah guna monorail yang sama. Puas nya hati dapat makan dan sesekali dapat tengok dunia luar!

[masyaallah tabarakallah]