Assalamualaikum =)
[masyaallah tabarakallah]
Aucak!
Orang kata, biar mata turun ke lensa. Jangan biar mata turun ke hati. Boleh terjejas iman nanti. Awww manis-manis kencing manis.
Seperti apa yang dirancang dan dipersetujui bersama, i dan kawan-kawan travel ke Langkawi pada September yang lepas. Yayyyyy! I happy to the max sebab dapat berjumpa kembali dengan kawan-kawan lama. The one yang dari Kelantan (Nini), the other one dari Kedah (Shera), and last one dari Selangor (Fatin). Dengan kesibukan duniawi masing-masing yang tidak terbatas, jarang untuk kami berborak dan berjumpa kembali walau kami duduk di bawah langit yang sama. Dapatlah tengok gelagat dan bersemuka each other di platform media sosial. Sadly, it is just a social media. Platform yang membuatkan diri i boleh bertukar-tukar perasaan, full of assumption dan tidak tetap pendirian hati. Mixed feelings! So whut? Tu masalah awak, bukan masalah saya. Lol. Okies.
So.... I plan untuk naik public transport dari depan rumah sampai lah KLIA 2.
Banyak sebenarnya method yang boleh guna untuk sampai ke KLIA. Ia bergantung pada diri masing-masing sama ada mahu menggunakan cara yang mengurangkan kos perjalanan atau cara yang secure atau cara yang costing tapi puas hati dan selesa. Memandangkan i keseorangan, tak pernah naik KLIA ekspres airport train, and i try to appreciate the value of money, so i decide untuk guna public transport yang secure, jimat masa, elak kesesakan lalu lintas, selesa dan puas hati but a lil bit costing. So KLIA ekspres yuk! Eeeeee tashabar tashabar *hentak hentak kaki*.
Untuk pembelian tiket, i suggest untuk beli online ticket KLIA ekspres airport train thru Klook apps. Harga ticket untuk return MYR93. Lebih murah bila dibandingkan dengan harga ticket kalau nak beli direct di kaunter tiket di KL Sentral. Harga tiket di kaunter adalah MYR55 untuk sehala. Tiket train ni juga valid dalam tempoh sebulan selepas pembayaran bermula date i naik train ni.
Ticket valid from: 17 September - 17 October
|
Kaunter tiket KLIA Ekspres Airport Train di KL Sentral
|
Scan barcode ticket dalam phone dekat scanner tu. Boleh juga guna Touch n Go and debit card. Untuk pengetahuan, perjalanan dari KL Sentral ke KLIA 2 mengambil masa cuma 30 minit. Ekspres kan!
Train akan berlepas setiap setengah jam. So i punya train lagi 4 minit je nak berlepas (11 pagi). Waktu ni i tak tahu pun yang i kena tekan button kat sliding door tu (ketawa puh-leashh), i assume pintu train ni di tutup awal. So i sempat duduk dekat kerusi menunggu kot-kot pintu terbuka dengan was-was nya. Muahaha funny. Last minit ada pak cik cleaner bagitahu i and tolong buka kan pintu. Kalau tak i kena tinggal and kena tunggu lagi setengah jam. Muaha tenkiu pakcik, sis terharu tsk tsk.
Pukul 1130 pagi i sampai KLIA 2 airport. Fuh i berasa 438% secure sebab sampai-sampai terus diri i dah berada dalam airport. I pun Whatsapp group #quartetescapes bagitahu i dah sampai KLIA. (Wow quartet escapes taw. Curlassssst ke tidek) Okei lepas setengah jam i sampai KLIA, Fatin pula bagitahu Fatin dah sampai KLIA. So kita pun berjumpa and selfie tenang-tenang di penjuru dinding food kiosk.
|
Pinky of the day |
Ready dekat KLIA 12 tengah hari and flight ke Langkawi pukul 7:05 petang. Its a quite long time. Sempat makan (chicken texas & family mart oden), jalan-jalan, solat dulu and rehat dalam surau sambil menunggu Nini.
Sedang hati bergembira menunggu penerbangan ke Langkawi, kami dapat bad news sewaktu nak check and deliver bagasi. Tsk tsk tsk. (pray for us T_T)
"Miss, sorry flight ke Langkawi cancel. Boleh refer customer service counter"
HAHHHHHH. *nangis berjemaah*
I gemuruh lah lima saat sebab i dah bersemangat and mood bercuti tepi pantai sambil pakai topi and dress dah onz geela babeng. Lewls. Tapi i percaya yang setiap masalah tu ada penyelesaiannya. The only option yang ada, either burn tiket flight or reschedule flight keesokan harinya, 18/9 pukul 7 pagi.
Sebenarnya takde option lain pun since dah banyak benda kami book (hotel, games, etc), jikalau niat di hati memang nak mengembara ke negeri orang, even flight rescheduled pun i consider to accept. Bak kata omputih, whatever happens, happens. The thing is, how we handle the situation.
Anyway, walau flight cancel, AirAsia team try to arrange and manage penginapan satu malam untuk i, Fatin and Nini di Tune Hotel for one night. Dapat berteduh and menginap di tempat yang secure adalah satu kesyukuran dan nikmat yang tidak terhingga walau ada orang bagitahu kes ni adalah sebahagian daripada culture AirAsia (cancel flight & free Tune Hotel) and tak expect anything pun sebab kami tak ada purchase any travel insurance or travel protection. Konklusinya lepas ni kena ambil travel insurance. Okies :p
Dari KLIA kami kena berjalan jauhhhhhh ke Tune Hotel melalui pejalan kaki-lift-escalator dan ia mengambil masa almost 15 minit. Thank you AirAsia team (especially customer service yang banyak bersabar and acting professionally sepanjang menguruskan kami yang tak terurus ni, hampir sepuloh kali dah keluar masuk pintu airport eheks eheks :p)
OM NOM NOM! Voucher MAKAN for free meal & drink pun di beri juga right after kami check in Tune Hotel and voucher ni hanya valid untuk satu kali dinner and breakfast di Tune Hotel. Berasa satu penggantian bila dapat free meal from Tune Hotel. Al maklumlah, dah makan banyak dekat KLIA sementara nak tunggu flight ke Langkawi. Sujud syukur please.
|
Foot Reflexology Spa at lobby, Tune Hotel |
Hehehe penat berjalan boleh memanjakan kaki kejap dekat lobby ni.
|
OOTD at Tune Hotel |
Nak senyum ke nak nangis? Hei, kita tak ready lagi lah.
|
Lobby Tune Hotel
|
|
MAKAN Cafe - Outdoor Seating
|
Not bad jugak eh Tune Hotel ni? After check in, kami rehat dalam bilik and ready nak pergi dinner. Lapa taw!
Dinner at MAKAN Cafe
|
Char Kway Teow
|
|
Chicken Congee (Bubur Nasi Ayam)
|
|
Roti Jala with Chicken Curry
|
|
Reka bentuk dalaman MAKAN Cafe
|
|
Reka bentuk dalaman MAKAN Cafe |
|
Toilet at Tune Hotel
|
Wuu. Muka fresh pagi-pagi nak terbang ke tew.
|
American Breakfast with Hot Coffee prepared by Tune Hotel
|
Untuk breakfast, at first nak dine-in tapi kami walk in MAKAN cafe pepagi subuh membuta and request for take away since kami dah terlambat nak mengejar masa for boarding flight. After checked baggage, kami settlekan breakfast and pengurusan diri before boarding. Bye Cooler Lumpur.
To be continued gais!
Total Kos Perbelanjaan: MYR55.30 (per head)
Grab dari rumah ke LRT : MYR6
LRT Setiawangsa - KL Sentral : MYR2.80
KL Sentral - KLIA 2 : MYR46.50
[masyaallah tabarakallah]
No comments
Post a Comment