Assalamualaikum =)
Hai cuols! Happy Merdeka Day and Happy (belated) Birthday to me, lewls. #AugustBabies. Berkesempatan lagi hari ini untuk I update belog yang serba usang ni.
Minggu lepas, I tiba-tiba terfikir nak main Skytrex ni since I tak pernah jejakkan kaki ke sini. So I dengan fashionmate I, Mey & Hanis decide untuk pergi mencabar kekuatan dalaman dan luaran diri di Skytrex Adventure yang bertempat di Sungai Congkak, Hulu Langat Selangor Sabtu yang lepas. Guess, I kuat ke lembik dan halus macam tisu? Awww hatiku keras kau tahu haha. Nervous sebenarnya sebab I pernah lah menggelabah nak naik Flying Fox for the first time di Sunway Lagoon beberapa bulan yang lepas, tapi I baru sedar yang I gayat nak mampus sampai terpaksalah pekerja tu tolak badan I dan I pun melayang dalam keadaan menggigil, whutttt I tak ready lagiii! That time I tak tahu yang I gayat tapi I berasa tertarik nak naik sebab boleh terbang terbang sambil melihat beach area like that, bahahaha motipppp.
Sebenarnya aktiviti sky-trekking ni tak lah dirancang dengan rapi pun oleh kerana I decide beberapa hari sebelum hari kejadian. Sejak-sejak dah meningkat usia ni and semakin bertambah berat bahu menggalas walau I masih muda (aiceh) I akan plan sebulan atau dua bulan awal segala macam aktiviti beriadah mahupun percutian. Senang cerita, hobi I suka plan di kala hidup I penuh kesunyian. Sunyi ke? Lewls.
Hakak 'Subang' Jaya detected, kau hado main Skytrex pakai Subang? wkwkwkwkwk. |
Gais. Untuk pengetahuan, Skytrex Adventure Sungai Congkak adalah Skytrex yang paling terbaru dibina dan menapak di Malaysia jikalau dibandingkan dengan Skytrex di Langkawi dan Melaka. Tapi I tahu mostly akan pergi ke Skytrex di Shah Alam kan? Actually Skytrex di Shah Alam dah pun ditutup dan tidak beroperasi lagi. So that's why I decide untuk pergi Skytrex di Sungai Congkak. Unless, kalau I ada nak travel Langkawi atau Melaka mungkin I akan pergi Skytrex di sana. Kebetulan pula, Sungai Congkak adalah park yang nearby dengan tempat I. Which, dari Kuala Lumpur ke Pusat Rekreasi Sungai Congkak sebenarnya kalau pergi on weekdays perjalanannya hanya mengambil masa satu jam sahaja. Tapi, sebab I pergi on weekend kan, perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Pusat Rekreasi Sungai Congkak mengambil masa satu hingga satu jam setengah. And untuk sampai tepat di Skytrex Park of courselah mengambil masa satu jam setengah hingga dua jam sebab Skytrex Park adalah yang terpaling hujung dan ke dalam nokharom. Lepastu sesak sebab orang ramai menggerumuni Sungai Congkak on weekend. Sesak yakmat. Dah lama I tak hadap kesesakan macam ni. I berasa hidup I sungguh terumbang-ambing nak melepasi kesesakan jalan di Sungai Congkak ni, walhal lebih kurang 1 kilometer lagi I akan sampai di Skytrex Park. Ugh!
Untuk yang memang dah decide and focus nak pergi tapak Skytrex sahaja (bukan Pusat Rekreasi Sungai Congkak), ianya available on weekend and public holiday only. Setengah-setengah orang tak gemar ataupun tak berpeluang untuk buat aktiviti on weekend sebab sesak misalnya, I suggest untuk purchase ticket pada slot pepagi buta. So takdelah nak hadap jammed and bersesak-sesak yakmat macam I hadap nih. I perlu hadap jammed sebab I purchase e-ticket slot petang. By time I nak purchase e-ticket, slot pepagi semua dah full and yang available cuma pada slot yang petang. I is redha. Huhu.
So, plan wisely your journey and beli ticket cepat okie. At least two weeks before.
Do not fret! Sebab waze akan bawa sampai ke pintu masuk khas untuk ke Skytrex Park. Cuols akan nampak banner yang tersergam indah macam dekat atas ni di pintu masuk nanti and akan ada seorang pekerja Skytrex yang jaga pintu masuk.
Gambar di atas ni adalah laluan selepas memasuki pintu masuk Skytrex tadi. Seram grrrrr!
Alhamdulillah finally sampai dah. Wah laju betei hakak-hakak depan ni berjalan. Yang penting tema Orange taw hakak 'Subang' Jaya kita. Ahaks ahaks.
Okei, nak masuk sini mestilah ketinggian melebihi 110cm dan maximum berat adalah 100 kg untuk both circuit River Thrill and Rapid Extreme. That means kids pun allowed to join this Skytrex Adventure as long as ketinggian dia melebihi 100cm and kena guide oleh parent. I pilih River Thrill yelah memandangkan I masih amatuer dalam aktiviti lasak ni muahaha. And harga untuk River Thrill adalah MYR 55 with online purchase. I highly recommended beli ticket thru online purchasing (FPX, Credit Card & e-wallet accepted) just in case ticket habis jikalau nak beli by time nak walk in Skytrex Park ni. Jikalau ticket habis, kena refer dengan pekerja Skytrex slot mana yang ada kekosongan. If walk in pukul 10 pagi tapi slot pukul 3.30 petang baru available. Okei tunggu lah sampai petang okie :P
Lagipun, published rate jauh lebih mahal compare to online rate.
Sebelum masuk, I disuruh untuk mengisi borang medical (just in case), check suhu dan check in thru apps MySejahtera. Untuk pengetahuan, Hutan Sungai Congkak ini di jaga sepenuhnya oleh Tourism Selangor Sdn Bhd sepenuhnya. Oleh sebab itu, bayaran sebanyak MYR 1 telah di kenakan untuk setiap orang setelah masuk dalam Skytrex Park ni. Bayaran ini perlu di bayar secara cash di kaunter selepas mengisi borang medical. Not included e-ticket payment taw. Hewhew.
Dekat sini juga tersedia beberapa kemudahan seperti tandas, surau, locker untuk simpanan barangan peribadi. I takde guna locker sebab I sejenis yang lagi suka berlenggang tapi tetap nak tumpang kunci kereta dekat bag orang. Muahaha.
Slot I adalah pukul 3:30 petang (last departure). Syukurlah I bertolak awal dari tempat I sebab I boleh sampai awal walau kereta I di hanyut kesesakan, yadda yadda yadda collect gloves and ambil-ambil gambar (ambil gambar tangan di sarungi oleh glove Skytrex misalnya muahaha). Oh ya, Glove Skytrex ni boleh add on waktu purchase online ticket ni. It only cost MYR 10. Boleh juga add-on benda lain like mineral water and bottle holder I guess. Untuk sesiapa yang berasa tak berminat dengan glove Skytrex ni, cuols boleh beli di DIY, dan lain-lain kedai. Ataupun pakai glove yang sedia ada. Honestly, I tak ada glove. Eh waittttttt, pernah lah ada glove I beli waktu I pergi Turki and main District 21 dekat IOI Putrajaya. Tapi, I tak nak guna sebab I berasa jikalau I ada koleksi glove di setiap theme park dan negara, it is such an exceptional. Amboi demanddddddd :P
Personally, gloves is needed okie untuk cover tapak tangan daripada terluka sebab nak masuk hutan belantara kan lepastu tangan ni lah the main body part yang banyak digunakan waktu lakukan aktiviti lasak ni. Untuk pengetahuan, before ladder up, diri sendiri kena tarik tali so that waktu ni tapak tangan akan di gunakan sepenuhnya. Mujur taw pakai glove. Biar hati terguris jangan tangan terguris. Eh macam opposite je muahaha.
Lihatlah wajah-wajah manis di atas ini, sok berani sok kuat segala. Walhal, tahap penakut sampai langit ke tujuhhhhhhhh. |
I sendiri tak faham kalau tangan rock metal tapi muka senyum. Lewls. |
Taste lain masing-masing pun. Kahkah. |
Spicy Mac and Cheese Korean Chicken (pedas nak arwah) |
Beef Mac & Cheese |
1 comment
Bestnya. I dah lama nak try flying fox ni. I follow your blog k 😬
Post a Comment