Let's kepakkan tangan untuk tampak lebih kurus. |
Yes bekam adalah sunnah dan ia merupakan alternatif untuk gaya hidup sihat selain senaman dan memakan makanan sihat. Sejak i
di bangku sekolah, terapis bekam acap kali datang rumah untuk bekam badan
bapa i. I sekadar alert rawatan yang di buat adalah bekam.
"Apa tu ma?"
"Buang darah
kotor"
"Ohhhh"
That time i tak berapa aware, and tak de interest and tak educate pun tentang bekam ni. Yelah waktu sekolah kan, tak tahu lah apa yang ada dalam fikiran ni, tak tercapai dek akal muahahah :p
Cerita pasal i nak pergi buat bekam ni, there are too much of a coincidences happened! Sebab, i menggelabah nak book date untuk bekam dekat Spa Ar Rayyan thru website pada 5/9 pukul 3 petang which 5/9 is the only date yang available untuk i. Lepastu a day after i buat bekam i baru sedar 5/9 adalah bersamaan 17 Muharram 1442 (kebetulan ternampak posting di Instagram Spa Ar Rayyan tarikh sunnah berbekam lol). Sebab tu kot ramai orang the day i datang spa ni. Tapi nasib baik waktu i datang spa ni takde orang lagi. Hewhew. Untuk pengetahuan, tarikh yang baik untuk berbekam adalah pada 17, 19 dan 21 hari bulan setiap bulan, dalam kalender Islam.
Dalam hadith juga ada menyebut bahawa, segala jenis penyakit akan sembuh jikalau berbekam pada tarikh ini, sebab tarikh ni adalah tarikh sunnah berbekam. I bukanlah nak keep attract and bagitahu yang i ni banyak penyakit tapi i rasa ni memang common sense kot kalau setiap orang mesti ada penyakit tak kira di waktu muda mahupun tua. Hehehe kalau takde langsung alhamdulillah rezeki dapat badan sihat, boleh kerja kuat tambah rezeki lagi #eh
Honestly berbekam adalah rawatan yang personally i rasa rawatan yang harus di cuba at least once seumur hidup, sebab dia sunnah. I harap geela i boleh maintain by monthly rawatan berbekam ni.
Aucak, register dulu sementara menunggu turn untuk berbekam :) |
To be honest, i adalah first timer dalam berbekam badan even muka pun i tak pernah berbekam. Tapi i selalu jumpa orang yang experience in berbekam especially bekam muka atau bekam seri wajah. Mostly yang bekam bahagian muka adalah golongan perempuan. I salute geela macam mana eh si gadis-gadis ni boleh buat bekam muka sebab ended up muka berbekas bagaikan kena dera dengan boifren yang tak direstui oleh emak nya. Ahaks.
Okei yang ni price list untuk berbekam di Spa Ar Rayyan. At first i nak ambil pakej release iaitu bekam angin, tapi terapis suggest i untuk ambil pakej recharge iaitu bekam sunnah (darah) sebab bekam sunnah pun ada sekali rawatan bekam angin before bekam sunnah (darah) dimulakan. Huhu i decide nak ambil bekam angin at first sebab i berasa insecure kalau i ambil bekam darah i jadi pening and pening tu boleh drag i sampai i pengsan. Lol.
I tahu ramai yang sejenis gemuruh jugak macam i (eheks) sebab takut pening kepala ke, pengsan tiba-tiba ke, mual ke. Personally, tak pening pun walau kali pertama buat rawatan ni. And tak sakit pun dengan tembakan jarum dekat kulit kita sebab before kulit kita dicucuk, kulit akan di sapukan dengan bahan yang sepatutnya. So tak akan rasa sakit, in fact akan rasa cengkaman disposal cup pada badan saja. Alahai macam rasa tegangan otot dekat badan ehehe! Untuk pengetahuan, menurut terapis, perempuan tidak disyorkan untuk berbekam sewaktu haid sedang 'heavy'. Tunggu lah haid dah redha baru datang okie. Set your date properly. I suggest, jikalau nak book thru website macam i, make sure right after dah register and book, call directly Spa Ar Rayyan untuk inform and confirmation. Walk-in pun available, cuma in case personal time terhad, lepastu ramai orang tiba-tiba and ada tempat lain nak pergi, kena tunggu turn. So better book an appointment atau pun check minggu yang mana kebiasaannya pelanggan kurang okie.
Sadly, nasib i tak baik pulak, i dah book sebulan awal tapi they did not notice and alert pun i punya booking thru website even i dah call. Bila i sampai je staff sini macam confuse (mungkin nama i takde kot) lepastu katanya website kadang-kadang problem and tak notice pun kalu ada orang book. So i kena tunggu almost 1 jam setengah. Nasib baik ada Fatin, penghibur duka lara aicewah penghibur lah sangat kahkah.
Anyways, i suka tempat ni sebab dia quite convenient and interior designing yang minimalist. Bak kata omputih, less is more hehe. Ada bilik khas untuk check tekanan darah, kerusi menunggu yang extra (tak perlu bergaduh lagi nak duduk mana) Bersih. Wangi. Harmoni dan tenang sebab ada pasang alunan muzik-muzik berunsurkan ketuhanan. Staff yang super friendly, professional and soft spoken sampai i pun hilang dah nervous muahaha. Bilik bekam yang selesa dan sangat privasi. Tandas yang bersih. Macam nak tidur 3 hari 3 malam kat sini muehehe!
No comments
Post a Comment