Assalamualaikum =)

First checkpoint : Ambil gambar and makan aiskrim Malaysia


Usai semester ni, I terus berangan nak panjat bukit walau i tahu itu cuma angan-angan sebab... panjat bukit? panjat gunung? Oh no! Gigih sangat ke diri i nih. Lewls. Confirm, i akan pancit di pertengahan pendakian gunung kecil itu. Al maklumlah takde training exercise pun. Kalau tak, before pkp berlangsung i selalu jogging di kompleks sukan, di outdoor jogging track mahupun workout di rumah tengah malam kebetulan i dah penuhkan rumah dan bilik i dengan kelengkapan workout. So why not kan!

Last time i mendaki adalah tahun 2019 di Bukit Dinding, Setiawangsa dengan one of my course mate and tahun 2013 which i daki Bukit Broga dengan kakak i and boyfriend dia (now abang ipar). Hewhew, back in 2013  ni i daki sebab i memang nak daki walau i blur tahap dewa nak daki macam mana, pakai apa semua. Kerja i mengikut je taw. Muahaha. The only nawaitu i pergi sini adalah untuk mencari ketenangan minda, sambil-sambil melihat keindahan alam semulajadi dan mencipta personal experience. Depends, ada orang nak cari jodoh. Ada juga yang nak meniaga atas gunung ni. Lol. In my two cents, if i berasa yang kalau kepala i stress atau fikiran bercelaru, i akan pergi exposekan diri i dengan nature. Apa yang i tahu, i sendiri perlu gerakkan diri i untuk mencari ketenangan itu. Siapa lagi yang nak menenangkan kita kalau bukan diri kita sendiri?



Instead of i bertolak dari KL ke Gunung Datuk, i pilih untuk stay one night dekat rumah ex-colleague, kak Hana di Bangi. Since Bangi ke Gunung Datuk cuma satu jam perjalanan if guna highway Utara-Selatan and takde stop mana-mana. Kebetulan dah lama nak mampus tak jumpa kak Hana lepastu kak Hana pulak suka masak sedap-sedap since forever ahaks :P Kalau nak bertolak dari KL pun boleh tapi dari KL ke Gunung Datuk adalah kurang dari dua jam (might be one and half atau two hours perjalanan). If ada stop nak solat dan sebagainya, maybe masa tu akan panjang lagi. Hehehe!

Actually depends, kalau! Main reason datang sini untuk menikmati panorama sunrise, kena datang awal geela-geela okies. Ada je yang start hike pukul tiga pagi. Tapi sebab i baru nak start balik, i macam slowly but surely lah jugekkk. I would say that hike Gunung Datuk was our unplanned activity. Dia like more to nak santai - santai dan tenangkan diri. So i decide untuk bertolak after Subuh, pukul 7:30 pagi. Ini pun lambat juga la walau ada yang lagi lambat daripada i, sebab i sejenis lambat kan nak mendaki. Walau cepat macam mana pun, i tetap lambat. Baru ler nama nya perempuan. Disebalik kekerasan ada kelembutan. Begitu. 


Untuk pengetahuan, Gunung Datuk ini berketinggian 884 meter 2900 kaki. Ia adalah antara gunung tertinggi di Rembau, Negeri Sembilan. So untuk antibody macam i ni yang sentiasa perlukan air di waktu aktif bersukan, mestilah bawa air semasa mendaki. Sadly, i tak prepare apa-apa so i tak bawak apa-apa kecuali topi and camera (handphone pun i tak bawak since i dah bawak camera and i fikir dalam gunung ni tak ada network). Tapi i dah minum air and breakfast lah before naik but still i supposedly kena bawak air ye. Kesian kak Hana and Fira terpaksa korbankan air diaorang untuk i. Alaa sekali ni jurrr. Did not expect anything taw :P

I sampai sini around 8:30 pagi and start hike 8:45 pagi. Before hike, sempat lagi singgah tandas buang apa yang patut ehehe. Kalau sebelum ni permit adalah salah satu prosedur untuk setiap pendaki mendaki Gunung Datuk sebelum masuk, but waktu sekarang ni, permit dah tak diperlukan and it only cost RM5 per head per entry. And other prosedur as usual, tulis nama, tulis IC and check suhu. Surprisingly, di hari kejadian i datang kadar jumlah pendaki lebih ramai daripada hari kebiasaan. Yang paling teruja ada seorang mak muda yang gendong anak kecil daki gunung ni. Ohmaiiii kuatnya dia and kenapa i rasa i tak sanggup (hahaha) and beratur panjang geeeelaaaaaaa, sebab pukul 830 pagi adalah waktu yang common untuk si pendaki mendaki gunung sama ada beginner, intermediate atau advance hikers.

Unless kalau hike nak tengok sunrise atau sunset, boleh jadi awal pagi which pukul dua ke tiga pagi atau petang nak mengesot ke senja.


Fret not, dekat atas ni which dekat first check point ada jual Aiskrim Malaysia and it cost RM2 untuk sebatang aiskrim yang bahannya bercampur, i guess. Aiskrim honeydew (kot) RM1 je. Kalau tanya i of course lah i cakap mahal. Boleh lah stop kejap rehat and basahkan tekak sambil dengar lagu abang-abang sado dekat atas ni pasang. Somehow waktu stop ni dapat jugak berkenalan dengan orang baru.

Recommended untuk ambil aiskrim ni waktu nak mendaki, tapi tak recommend untuk ambil aiskrim ni waktu nak turun daripada gunung. Lepas i telan aiskrim ni waktu nak turun, badan i jadi lesu and banyak kali stop sementara orang lain semua dah turun. Tapi benda ni depends lah dekat body masing-masing. Me, kak Hana and Fira punya body tak dapat nak accept aiskrim waktu turun gunung ni. Masing-masing sendu and lemau like HAMAGAWDDDD NAK PENGSAN WEHHH. BILA NAK SAMPAI NIHHHHH. HELPPPPPPP. Lewls.


Sumpah lah secantik ini rupanya. What an excellent view anddddd the view was so breathtaking i must say. Rasa nak tidur dekat sini. Tapi apakan daya, bila dah nampak view macam ni, aktiviti mengambil gambar tetap jadi pilihan nombor satu. Tapi, i tak berani nak berdiri macam orang lain. Kahskahskahs. Untuk pengetahuan, kalau sampai awal and that day tak ramai orang, sempat lah merasa jualan air manis dekat puncak Gunung Datuk ni. So kalau air dah habis di pertengahan pendakian, still boleh membeli belah air di puncak gunung ni. Wow membeli belah, ini bukan shopping mall. Kahskahs.

Sadly, i tak sempat pun merasa jualan air dekat atas ni. Sobsob. Right after i sampai je puncak, kak Hana bagitahu yang air dah habes walhal i dah terbayang-bayang nak beli air dekat atas nanti. Ohmai, air habis, dahlah tak bawak air (siapa suruh).


Nampak i rileks but deep down, gunung ni sumpah pacak tak henti-henti. Pacak-pacak sampai atas okei. Bawak air puhlease! Sampai kan tapak kasut i tercabut, i tak rasa tapak tercabut ni sebab hike gunung, i lebih rasa kaki i memerlukan kasut baru haha! No actually ni bukan kasut for hiking tapi i bedal jelah eh sebab katanya nak santai-santai. Lagi puas ni kalau dapat hike laju-laju tanpa henti, eceh :P

Sampai dekat bawah pukul satu tengah hari and masing-masing kelaparan. Terus pergi makan Nasi Ayam Penyet dekat Nostalgia Mak Dara. Alhamdulillah, right after kiteorang turun je bawah and pergi makan. Terus hujan lebat. I just feel like everything that we planned walaupun last minute, it walked out smoothly.

Tips? Ini adalah tips untuk beginner from my own personal experience.
  • Wajib bawa mineral water atau hundred plus
  • Bawa fitness cereal or fruits yang boleh bagi tenaga. If nak berehat, boleh makan sekejap snacks yang di bawa.
  • Bawa hiking bagpack yang selesa dengan diri sendiri, and jangan berat sangat. Nak bawa bagpack Mary Kay pun boleh eheks eheks.
  • Pakai kasut yang selesa or hiking shoes (suggest untuk pakai hiking shoes). I pakai kasut running je, ended up kaki i sakit membengkak. Lol.
  • Training exercise dulu before hiking. I mean daily exercise or workout.
  • Breakfast first before hike. Kalau macam i, i breakfast roti and fitness cereal. Boleh juga kalau nak breakfast telur separuh masak dan wholemeal roti and macam-macam lagi sebenarnya.
  • Pakai baju, seluar and tudung yang tak mengganggu diri sendiri mahupun orang lain. Masuk hutan kan banyak kayu, ranting-ranting semua. Wkwkwk.
  • Avoid makan aiskrim (tapi boleh je kalau nak try aiskrim Malaysia atas gunung tu, why not kan cuma i tak suggest lah)


Balik rumah kak Hana di Bangi and rehat puas-puas! Keesokan hari nya baru balik rumah i.

Sungguh, tetamu yang datang ke rumah itu adalah dia yang sedang membawa masuk rezeki ke rumah itu. Instead of melayan tetamu acuh tidak acuh, banyak prasangka dan sebagainya, raikan lah, muliakanlah dan sambut lah tetamu itu. So, thank you kak Hana dari petang sampai malam masak tak henti-henti layan i macam puteri (aiceh). Last makanan kak Hana masak adalah my favorite side dish iaitu tempe goreng cicah sambal, ohmai! I pernah lah try buat, 2nd attempt baru jadi. Itu pun tak mendapat sambutan sangat. Wkwkwkwk.