Assalamualaikum =)

Hai korang. Buat apa weekend ni? Lipat kain ke tew.

Actually i dah lama nak roll sushi ni, siap beli sushi mat and sushi maker beberapa bulan yang lepas. Tapi tak buat-buat pun. Al-maklumlah sibuk dengan kelas, and kerja. Nak habeskan novel lagi. Workout di malam hari lagi, pedicure lagi, face-masking lagi. Nampak tak kecantikan diri lebih penting daripada sushi muahahaha.

Disebabkan kecantikan tu adalah keutamaan. Lepas tu mula lah dengan tak sengajanya nak ketepikan aktiviti memasak di dapur dengan alasan takde mood lah nak masak! (update dekat Twitter).

Takde mood tu quite normal lah. Tapi yang sebenarnya kalau tunggu mood, mood takkan datang sampai mampus pun. In fact, i yang kena sendiri start bangun dari kerusi katil meja apa lagi?! And buat skrg! Hahahaha.

Untuk silent readers belog i yang pertama kali nak try sushi atau baru nak belajar makan sushi, selain kecantikan, sushi pun penting jugak ok. Sebab sushi adalah makanan yang berkhasiat, mengenyangkan (sangat) dan bersih yakmat! Corona pun takde. Eh mana kau tahu? Ihiks. Nak kata senang di hidang tu, senang jugak lah. Dah siap roll, potong dan makan. Yang susah dan nampak complicated part rolling jelah. Tapi bila dah start rolls, best pulak rasa. Thee hee.

So dekat bawah ni i sharekan bahan-bahan dan steps nak buat sushi. Jom!


Bahan-bahan Sushi:

Sumo Calrose Rice Japan Sushi
Air masak / coway / cuckoo (LOL)
Mayonnaise Japan
1 tin tuna
Cuka
Hotdog
Crab Stick
Timun
Seaweed
Sushi Mat / Sushi Roller Kit

Okei. Since yang nak makan sushi ni tiga orang je (aku, mak dengan adik aku), so aku estimate 1 cup beras dah lebih daripada cukup. Yup memang terlebih pun, siap i boleh deliver dekat kawan i nak bagi dia makan, i risau dia tak cukup makan je. Almaklumlah kawan-kawan i semua makan sehari 10 pinggan muahahaha gurau okei. Jangan seious sangat. Luls.

Step:

1) Yang pertama mestilah masak nasi dulu baru buat benda-benda lain. So gunakanlah formula ini untuk buat nasi pakai beras sumo.

1 cup beras = 2 cup air masak
2 cup beras = 4 cup air masak
3 cup beras = 6 cup air masak

1 cup beras = 3 - 4 rolled sushi

So decide lah korang nak makan berapa roll sushi and berapa cup beras! And dah boleh masak nasi macam biasa. Eehehe.

2) Sementara menunggu nasi masak - sediakan bahan-bahan lain.
Dekat sini aku pakai tuna tin, hotdog, crab stick dengan udang goreng tempura. Rebus sekejap bahan-bahan ni before wrap!

Boleh juga kalau nak tambah timun, tori karaage, tamago, salmon, unagi, chuka idako since boleh dapat banyak rolls kan. Ikut kreativiti dan citarasa masing-masing. Nak letak rendang ayam pun boleh, kambing pun boleh, sambal petai udang pun boleh :P




3) Lepas beberapa minit nasi siap masak, masukkan cuka 1 sudu makan sambil tanak nasi
4) Masukkan nasi dalam mangkuk dan biarkan sampai nasi sejuk

1 cup beras = 1 sudu makan cuka
2 cup beras = 2 sudu makan cuka
3 cup beras = 3 sudu makan cuka


5) Sediakan sushi mat. Make sure bersih daripada segala corona virus. Lewls.

Untuk pertama kali ni, i prefer guna sushi mat lah compare to sushi maker yang sedia terbentuk. Lepas ni i try guna sushi maker plak. Sushi mat ni i cari dekat shopee since dekat DIY dah habes jual. Alang-alang dah beli online, carilah terus yang set bamboo sushi tu, siap chopstick, senduk kayu, why nottttt! So wanita!

6) Letak kan seaweed di atas sushi mat. Seaweed ni i pakai seaweed snack sebab seaweed for sushi dah habes. Seaweed ni kecik sikit daripada seaweed sushi.

7) Letak nasi atas seaweed. Dan ratakan guna tangan yang dilapisi dengan glove.



8) Letakkan bahan-bahan tadi dan letakkan Mayonnaise Japan


Okei dah siap Tuna Mayo Sushi kita. Kita suka hati kita jer wak. As long as ada tuna dan mayo, kita terus letak tuna mayo. Ahaks.

Make sure waktu nak potong sushi, guna kan pisau yang tajam gila. Boleh terus makan macam tu je atau boleh makan dengan ginger, soy sauce, nitsume, wasabi (i definitely tak makan wasabi, macam ada gas masuk hidung haha)

If air asia now everyone can fly, then with homemade sushi now everyone can eat :P