Assalamualaikum =)

Hola orang cooler lumpur! Kerja ke today? Selamat bekerja okie. Eheks

Bertemu lah kita kembali dalam laman sesawang yang kejap hado kejap non-hado. Sebab tuan empunya badan pun busy merealisasikan impian nak habeskan semester dua yang azab nyaaaaa bila nak habes ni oi?

Hi evelibadi. Call me Aonaa
(atau apa-apa panggilan lain yang sejuk hati kalau mak pak mentua dengar)

Fuhhhhh berasa lega sangat hari ni cuti! (Selamat menyambut hari cuti Selangor evelibadih!)
Sampai rasa nak jerit dekat telinga jiran sebelah yang kita cuti and nak bagitahu level happiness kita hari ni. Pastu pastuh lega sebab dapat settle kan apa yang tergantung sepi setelah sekian lama, dapat kemas bilik, kemas rumah. Al maklumlah, sesejak sibuk nak daki tangga menuju kejayaan nih, isaimen bertimbun timbun, dapat pulak aura pepelik yang tiba-tiba

"nak buat ke tak erk isaimen nih, ke tunggu esok? ke tunggu weekend. aaaa malasnya!" kelaut dan persisiran pantai lah jawabnya.

Hari ni aku plan nak keluar jumpa classmate since Ahad ni ada test finance and marketing and and andddddd last class untuk semester dua. Jadi sebelum aku keluar rumah nak pergi study dengan classmate (Study ker? Borak je lebih, lagi lebih bila dia ajak kita ketawa bersama kehkeh!) aku curik masa sikit nak update belog tercinta.



Al kisahnya, mak aku pergi umrah kebetulan tersama tarikh dengan mak ayah Anis pergi umrah. So dalam kepala ni ada je erk plan nak buat itu ini (lagi-lagi bila mak takda). So last weekend kiteorang macam nak buat aktiviti anak dara sendiri masak sendiri makan sambil terperap dalam rumah seharian!

Aku drive ke Seremban lepas isya and pergi beli dengan Anis dekat Seremban sana barang basah untuk masak besok nya. Pastuh pastu pastuhhhhh Anis bawak aku pergi makan Nasi Talapia Penyet kat sana. Sedap sesungguhnya sedap! Sumpah, tak tipu >.<

Talapia penyet masak 3 rasa macam tulaaaaaa. Lagi sedap dari ayam gepuk pak gembus. Rasanya bukak waktu malam je. Dia takdelah restoran pun, lebih kurang food stall, bersebelahan dengan car wash. Sedap tak hengat dunia.


Wajib try makan dekat sini okei.

Bangun pepagi buta esoknya teringat nak buat video isaimen. #duniawi

"Anis, masak pukul 12 eh. Aku nak buat skrip and video jap"

Sejam kemudian. Non-hado. Skrip, video dua dua non-hado.

"Anis aku buat video malam karanglah. Jom masak"

Haih. Terkandas. Ni semua sebab teringat dekat Ayam Korea lah sotong jepun lah, udang canada lah. Whatsoevah. Ended-up, aku ajak Anis masak dan lupakan seketika video verangan aku. Focus masak Ainaa, focus! LOL. Untuk pengetahuan, selain ketawa, memasak pun boleh di jadikan sebagai stress-reliever. Agak-agak hilang tak stress kalau dah kita memasak dengan kawan baik kita sendiri yang dah lama tak jumpa? Lama lah jugek. 



As we planned, ni adalah menu kiteorang. 2 orang pun boleh, lewls. Selalunya bila plan dua orang lagi menjadi daripada plan sampai sepuloh orang.

Add on Cottage Fries with Gravy Sauce (begituhhh nama dia, tak nak kalah), in case Ayam Korea extra pedas. Boleh cover dengan cottage fries ni. Memandai je kan? =P


K-Fry Chicken Spicy

Hahaha sumpah pedas tsk tsk T_T
Anis punya tangan memang pedas habes tsk tsk T_T
Tak keruan aku tsk tsk T_T


Carbonara Sauce



Smoked Squid served with Homemade Thai Sauce



Cottage Fries served with Gravy Sauce



Fettucine served with Carbonara Seafood

Untuk pengetahuan, 6 jam kiteorang berperang dekat dapur sebab nak hasilkan menu-menu idaman kiteorang di kala masing-masing dalam tempoh iddah kesunyian. 6 jam beb, kita masak pakai teknik apa ni sampai 6 jam, ni kalau aku balik Penang, sampai dah rasanya. Wakaka!

Yang penting dan takkan dilupakan: Ada 1-hour break sebab ada drama air mata (hahahaha). Takpelah, hidup perlu diteruskan. Tiber. Btw, menu-menu atas ni akan aku share and update dalam column homecooked - food recipe. Tunggu taw! Jangan lari.

Waktu makan pukul 3 petang sampai petang dan kenyang pastuh sambung makan malam. Bayangkan masak 6 jam sebelum, sampai ke Zohor memasak. Kita memasak ke merewang ni. Konpius jap eheks.




Lastly, before tidur. Aku cuba realisasikan impian aku sendiri (nak buat video isaimen), makeup tebal-tebal 10 inci di pertengahan malam sambil kelam kabut Anis tanya makeup lawa-lawa nak pergi mana? Aku macam...monolog sorang-sorang (I hope you are joking. Kau lupa erk aku nak buat video?) (and kau lupa ke kau kena jadi part time director disebalik azab nya video ini?)

Thanks Anis for helping me out. You are the best! Sanggup jadi director walaupun tak bertauliah (sebab gelakkan aku) (tapi aku okay whuttt).

Jadi apa pun - Anis always bertauliah. Tiber sangat.