Assalamualaikum =)

Thanks sudi baca coretan entri ini di 2/3 malam. Maigadddddd crying crying manja (eheks tiber)

Hi golongan nigrat dan rakyat marhaen sekalian alam. Aku sendiri selalu terpengaruh dengan rakan sebaya yang menjerumuskan diri aku dalam lembah membeli belah mahupun- wait what? EH WOW LEMBAH. BOMBASTIK ke tew? Lol. In fact, membeli belah dan aktiviti ekonomi tak-berumah tangga lain sememangnya bukanlah di tahap yang lembah.

Kadang-kadang dengan tak sengaja nya aktiviti ekonomi tak-berumah tangga ni boleh jadi hobi and sama jugak dengan membeli-belah, boleh jadi as stress-reliever atau self-reward lepas berhempas pulas dekat office (just my 2cents). Berhempas pulas okay lagi daripada berhempas pintu berhempas buku dan segala jenis khazanah dihempas dan terhempas tiba-tiba. Lagi dasat kalau bukan berhempas, sebab dia terus menghempas. Menghempas handbag empat ke lima angka pulak tu. Kehkeh okei fine joke tengah malam and takde kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati. Ini semua elemen dan pengaruh drama termagnet kuat dengan diri sendiri. Persetankanlah. sksksksksksksk (saya ketawa saya ketawa saya ketawa saya ketawa).

As promised before, aku nak share resepi-resepi yang aku view tempoh hari dalam entri yang lepas (CLICK SINI). Tapi untuk hari ni, aku akan share recipe whatttttttt. Recipe *drrrrrrrrrrrum rolled sound effect* ehehehe recipe K-Fry Chicken Extra-Spicy tak hengat doooniah tahu takkkk! Begitulah.


K-Fry Chicken Extra-Spicy


Campurkan tiga bahan utama ini untuk gorengan ayam:

1) Tepung Bestari (main flour)
2) Tepung gandum
3) Tepung jagung

Mungkin boleh letak adunan tepung ni dalam nisbah 5:2:1. Estimate ajelah erk. Selalunya tepung jagung tak pakai banyak. Dalam resepi ni, main flour nya adalah Tepung Bestari. Gandum dan Jagung tu semacam penambah perisa nak bagi rangup, tebal, yadda yadda yadda.


Goreng macam biasa waktu kuali dah panas geela.


Dah siap goreng. Alaskan hasil gorengan ayam tadi bersama tisu, untuk serap lebihan minyak dalam ayam tadi.

Meanwhile....

Untuk sos Korea pulak. Kita pakai sos Korea Adabi. Tumis sos Korea ni dalam kuali tanpa penambah perasa apa-apa sambil gaul dan kacau rata di kuali hitam itew. Sebab sos Korea ni walaupun pedas tapi ada manis jugak lah cuma tak kuat.  Tapi disebabkan 'tanpa penambah perasa', memang pedas yakmat lah weh, sumpah T_T Nasib baik sedap sehingga menjilat ibu jari kaki ahaks.

Ada dua tips disini:

1) Tambah beberapa sudu gula pasir atau gula melaka atau nak tambah madu pun okei. Ikut lah eksperimentasi masing-masing. Kalau tambah madu, maybe boleh letak last sekali (lepas dah siap gaulkan dengan ayam, before letak bijan), kalau letak awal-awal sos dia akan melekit-lekit, susah waktu nak ratakan dengan ayam.

2) Bersiap sedia waktu menumis sos ini, sebab akan bersin sepuloh kali waktu bertumis-tumisan, dan berselang seli aku dengan Anis lawan bersin siapa paling banyak. Lol. Complete selsema okei lepas tumis sos ni (kemain gigih lah nak menumis sampai selsema kahkah) (ini ke yang sampai 6 jam memasak tuh)


Lepas tisu dah serap minyak dalam ayam and siap tumis sos tadi.
Dah boleh masuk kan ayam dalam kuali berisi sos tadi.



Golek-golek lima saat then tutup api.
Sambung golek laju-laju 360 darjah tanpa (toleh kiri dan kanan) ayam tadi dalam sos Korea sehingga rata diseluruh permukaan anggota tubuh ayam. Lewls.

Tips: Jangan berhenti daripada aktiviti menggolekkan ayam selagi sos tidak rata keseluruh anggota dia okei! #perluke #yaperlu #erk hahahaha

Bahan paling penting selain Tepung Bestari, adalah BIJAN.

Hehehe. Dah habes golek-golek dan kacau rata. Taburkan bijan dengan bangga dan yakinnya sambil mulut sebut "see my level see my level" 

Bijan ni harus ditaburi dengan bangga sebab nak cari bijan hamboi dia kemain nak kena round-round lima kali satu supermaket baru jumpa tsk tsk (tidak saya ketawa, tidak saya ketawa)



Tada! Siap di hidang, makan dengan nasi putih boleh. Makan begitu sahaja pun boleh. Kiteorang makan dengan nasi putih. Hahaha. Sedap gilos, nasi putih digaulkan dengan ayam korea pedas-pedas manis panas-panas pulak tuh. Nyum. Okbai haha. Ayam ni akan pedas nak mampus kalau tak tambah manisan (gula/madu).

Anyway, pedas-pedas pun. Sedap geela. Buktinya, tak cukup satu. Dua pun tak cukup =P
Boleh mengidam ayam ni bila-bila masa je kalau teringat dia punya pedas-pedas manis tuh. Ye, memang mengidam pun sekarang nih!