Assalamualaikum =)




Aucak! Hi cuols. Sudi erk baca blog kita sehingga kini? Lelambai sikit. Tahun depan kita balas lambaian awak. Promise! Okei hari ni topik yang aku cuba-cuba nak share adalah perkongsian tips muka 24/7 non-stop glowing dan gebu gebas (jugak tips kerencatan jerawat LEWLS) khas untuk wanita melayu kedua terakhir, wanita tulen dan wanita plastik. Lewls.

One thing aku selalu set dalam minda setiap kali tengok cermin besar gedabak dalam bilik and nak start routine aku adalah: personaliti.

Bila mention personaliti, merangkumi semua aspek dalam jati diri aku. Of course.
Personaliti luaran salah satunya seni kecantikan, (selain seni komunikasi) adalah prioriti aku sesejak aku duduk dalam profesion aku ni especially when it comes to face-to-face meeting dengan manusia dari pelbagai jenis kaum, jantina, umur, pangkat, darjat, perangai dan kerenah. Senang cerita, setiap apa yang ditonjolkan adalah dizahirkan dari dalaman atau mindset sendiri. Macam itu gaya pemakaian dan solekan, macam itu lah mindset nya. Macam itu gaya penjagaan muka, macam itu lah mindset nya. Okei wait. DI MANAKAH TIPS MUKA KEKAL GLOWING DAN GEBU ITEW? NO! HAHAHAHA!

Helo gais - daripada tips ini, dapatlah diguna-pakai dan apply untuk kecantikan diri sendiri. Lepastu, dapat naikkan seri muka, glowing dan gebu gebas. Terus confidence level mendadak naik ke level 88 tingkat Petronas Twin Tower. Mindset yang di takuk lama terus jauh ke depan. Yang penting jadi diri sendiri. Eheeee.

Okei. Baru nak masuk episod perkongsian tips. LOLOLOLLL. Sepanjang aku gunakan resepi ni, ada perubahannya dari bulan ke bulan. Bukan lah tepek-tepek terus GLOWING, tepek-tepek terus GEBU. It takes time. Yang pasti, konsistensi bila dah start buat. Gituhhhhh!

Di bawah ini tips nak glowing sepanjang jaman


First, ambil 1 sudu madu asli


Dan suku sudu perahan air lemon.


Sapu-sapu dekat muka sebelum tidur. Oh make sure muka dah cuci bersih. Madu & Lemon sebagai penambahbaikan, merehatkan dan merawat kulit muka (thats why its glow and gebu)
Thennnnn, aku sapukan seluruh muka. Termasuk bibir. Sebab nak bibir pinkish dan tidak merekah bangun esok pagi. Kehkeh.


Oh btw! Thanks ex-colleague selalu tanya dan tegur bila sampai office "berseri nya Ainaa, apa rahsia?" Damn - Waktu ini masih dalam fasa low self-esteem untuk share daily routine dalam rumah sewa sambil fefeeling muka gebu esok pagi. Tada, tiada lagi rahsia antara kita.

Aku konsisten-kan pemakaian madu dan perahan lemon ni dekat muka at least sebulan sekali. Dalam sebulan mesti ada la (kalau dah busy sangat). Sepatutnya, by weekly. Nak pakai dua kali seminggu pun okei. Depends pada pemakaian makeup dan tahap stress sampai effect muka jadi berkedut. Rasa macam kulit tu dah penat sangat atau dah tak boleh bernafas (hasil 5inci makeup), terus sapu dan tepek. Tadaaaaa! Glow, gebu dan jerawat-less.


Rantau Panjang, Kelantan.

"Comei muko adik nih. Sapu gapo eh?"

Speechless.
Jarang-jarang orang tanya aku sapu apa dekat muka. Takkan nak jawab sapu duit kot? #eh