Assalamulaikum =)


Photo atas & bawah: Woven Long Coat (Guangzhou, China, 2018)



Mostly, visitor website aku ni adalah dalam kalangan Gen Z dan Millenials, which is 1980s to 2015s yang suka berjalan dan travel. So hi Millenials dan Gen Z sekalian! In writing this, sebenarnya aku nak propose tempat aku membeli-belah pakaian untuk musim winter since aku selalu di tanya dan di-DM through Instagram: dekat mana tempat favorite (all the time) travel store aku especially pakaian-pakaian tebal dan berbulu.

Yelah, aku faham perasaan perempuan-perempuan dan lelaki semua bila pergi travel of course tak nak terlepas daripada berbulu-outfit-session dan seangkatan dengannya. At the same time, aku faham jugak perasaan Gen Z dan Millenials yang berkobar-kobar nak shopping set winters tapi yang murah, cantik, terletak helok, berbaloi (berbaloi di sini bermaksud pembelian harga logik untuk di pakai 4 tahun sekali kahkah)

Percaya tak? Tabiat aku sejak kecil, kalau travel atau kemana-mana (balik kampung sekalipun) (duduk asrama sekalipun), aku dah setup setiap hari outfit aku walaupun outfit aku akan jadi paling simple nokharomz. WEH. I am not that complicated lah. Hahaha. Cam ni lah erk kalau terkena penyakit extra well-organized. Aku saja share, share means aku love. Bak kata omputih sharing is loving. Bila aku share, aku akan dapat rasa love tu- tremendously.

Aiceh.




Baiklah, photo-photo kenangan di atas, aku show-off sehelai baju berbulu-bulu. Selama aku survey kedai bundle yang jual Winter Jacket ni, kedai aku pergi ni paling best! Murah, cantik, banyak pilihan. Erti kata lain design nya semua up-to-date. And kedai ni berkoordinasi di Ukay Perdana, Ampang (Instagram: @bajusejukbundle) Love sangat dalam kedai ni compare to bundle lain yang aku pergi (setapak/danau kota) jauh lebih cantik dan harga sangat reasonable.

Ada jugak barangan winter lain tak silap aku sekarang ni. Before this aku pergi bebetul macam opening, so mostly winter jacket je banyak. Untuk mens, womens, kids. Lepas langkah kaki kanan (ke) masuk kedai ni. Of course, mata berkeliaran usha jacket, try banyak kali sebab confuse nak yang mana satu. Rasa nak beli satu kedai eh eh T_T




Photo Atas : Woven Long Coat
Photo Bawah : Leather Long Coat

Second bundle shop pilihan aku adalah di Baden Baden Bundle (BBB) (Instagram: @badenbadenbundle) not Bandar Baru Bangi. Lewls. Yang terletak di Jalan Genting Klang, Setapak (Waze: Baden Baden Bundle Setapak). Dekat BBB kebanyakan yang di jual adalah coat. Jacket masih ada tapi tak banyak pilihan dan tak banyak, bagi aku lah. And then girls, long coat dalam photo di atas murah sangat (RM60) dan cantik sangat, dan blend in sangat dengan tempat nak travel (Turki) T_T Rasa nak menangis jap bila terus terjumpa on the spot long coat ni padahal aku datang nak survey-survey je (in case ada yang berkenan). Actually kan, BBB ni macam random lah dia letak coat dan baju lain, di tingkat satu. So nasib-nasib lah siapa yang dapat yang lawa, siapa yang tak jumpa-jumpa baju pilihan dia. Btw, long coat dekat BBB memang belambak dan murah.

Baju-baju 1st dan 2nd layer aku pakai Knitted Top yang aku borong dekat kakak aku, harganya pun harga borong lah eh. Sehelai RM5-RM20. Cukup lah nak pakai untuk sekali travel (4 tahun sekali winter trip). Lewls.




Beanie hats, pashmina, back-pack. Semuanya aku beli dekat Turki. Main reason membeli benda kecik-kecik dekat Turki sebab tak nak keluar rumah banyak kali beli yang kecik-kecik dekat sini. Dah tahu dekat sana ada perlambakan jualan hats, pashmina etc. Thanks Youtube! LOLS.

Gloves (photo bawah) aku beli dekat Sox World (Sunway Putra Mall). Kalau bab membeli stokin dan gloves memang sejak dulu lagi aku pilih Sox World. Lagipun dekat Sox World ada pelbagai jenis gloves dan set winter accessories yang cantik-cantik alahai. Contohnya, gloves yang aku pakai dalam gambar adalah touch screen gloves yang mana, tak payah dah bukak gloves di kala sibuk semua orang minta pertolongan "ambil kan gambar saya, boleh?"