Assalamualaikum =)

AMARAN: ENTRI INI PANJANG DENGAN BEBELAN. JANGAN BERHENTI MEMBACA

Setiap kali aku melepasi tol Kajang, semacam ada 1001 memori yang terpanggil merentap perasaan aku lima saat. Yang suka dan duka, yang sayang dan benci, yang rindu dan cinta, yang penat tapi setia, yang berjanji tapi mungkiri, yang pendam dan luah, yang sakit dan sembuh, yang tragis dan gembira, yang hitam dan putih. Episod kehidupan bermula bila aku dipertemu dengan housemate-housemate vogue tak hengat duuuniah nih.

Aktiviti bersama-sama bila malam dan weekend:

Masak lauk kegemaran setiap orang
Berzumba beramai-ramai dalam rumah
Lumba-lumba nak kurus
Basuh baju bergilir-gilir
Bergaduh sebab ampaian penuh
Makan-makan keliling Bangi, Kajang & Putrajaya
Jogging pepagi buta
Iftar nasi Arab
Pindah rumah hampir 3 buah rumah
Cuci rumah together (yang ponteng dan curi tulang dimaafkan)
Homemade Shell-Out
Berjanji nak pergi pasar malam balik kerja
Promise nak puasa full pastu puasa half
Cekodok hangus dan leper
Sorang-sorang nak merajuk pastu exit group
Lepak downtown di tengahan malam
Pergi detim sampai pagi buta
Karaoke dari Isya' ke Subuh
Teman yang sorang itu pergi buat class Mary Kay
Layan housemate meniaga Shaklee
Tidur tiga orang satu katil kecik
Kak hana share resepi tempe goreng sambal kicap OHMAI SEDAP T_T
Tragedi hitam tak kan lupa (eh)
LAST: PART TIME JOB MALAM-MALAM.





APPAH?!
TADA APPAH?!


Glaze Eatery, Tamarind Square
7 September 2019

Pergaulan aku dengan housemate aku ni walaupun tak sebaya (mungkin aku paling muda =P) bermula dengan satu sapaan "nama siapa?"  Soalan ni bertukar-tukar antara kami yang cuba menghidupkan suasana harmoni dalam rumah. Dan bertukar-tukar dengan soalan perkenalan yang lain.

Sejak aku sedar, kehidupan baru aku bermula di situ (Bangi), aku cuba adapt-kan diri aku dengan orang di sekeliling aku. Bergaul, mesra alam dan onz-kan setiap ajakan housemate aku ke mana-mana. Eh yeke? LOL.

Sambil aku bergaul, sambil aku ingat pesan mama abah daripada kecik sampai laaaaaani gak: Jangan gaduh-gaduh. Kongsi-kongsi taw barang (barang rumah). Kawan-kawan dengan semua orang. Skrip yang terulang-ulang setiap kali hantar aku kemana-mana tempat. Dan.Mesti.Ingat.

Baiklah.



Gossip apa tew?
Hangout lah kami berempat di satu malam sementara menunggu Hajah Zaidatul Amira (sebab dia promise nak belanja makan balik dari buat Haji yeay yeay seksaited kiter taw) dari airport ke Tamarind Square. Tapi sebab dah lapar sangat. Semua order dan makan macam perut nak hilang dah kejap lagi. Lewls.



For the first time datang Tamarind Square malam-malam. Makin hidup rupanya! Har har har.


Kak Wani & Kak Hana.
Ececeh memasing makin vogue dah. Makan pun senyum. Erk. Kehkeh.


Unplanned: lepak Putrajaya sampai pepagi buta. Mengantuk, minyak kereta berkelip-kelip.
Yang Hajah pun nak lepak jugek. Erm. Erm. Bye. Takpa setahun sekali! Take care Kak Mira dekat Kelantan nun jauh di sana!



Ni kenapa? Syok sendiri?