Assalamualaikum =)

Hi millenials. Setiap kali aku makan, mesti aku wajibkan dalam setiap hidangan yang aku nikmati ada pencuci mulut (dessert). Yang pastinya, aku suka buat sendiri, sambil aku kacau tepung sambil aku explore dan experience dalam resepi yang aku buat ni. Jadi, hari ni aku nak share dengan korang pengalaman aku menghasilkan kek marble atau dalam bahasa sanskrit nya kek marmar.


Beginilah rupa paras kek marble first try aku (LOLOLOLLL) Kebetulan, aku di dalam fasa-fasa IN NEED OF SOMETHING SWEET BUT SIMPLE. Since bahan-bahan dan steps untuk buat marble cake ni pun agak tidak cerewet tapi aku pasti, bila korang dah ikut step ni dan start buat, boleh dapat rasa yang super moist super tasty dan dapat mencorakkan swirl yang cantik. Eceh ceh ceh.

Banyak method sebenarnya nak buat kek ni, tapi main method yang aku highlight dalam eksperimen kek marble ni adalah blend blend blend dan kukus. Yup, bahan-bahan ni akan di-blend sebelum masuk periuk kukus Noxxa (opsss =P).

Since kek marble ni focus nya adalah dalam mencorakkan 'swirl' yang cantik sebegitu rupa. Adunan kek ni aku kena separatekan jadi dua iaitu satu warna gelap dan satu lagi warna cerah. Dekat sini aku aplikasikan konsep mix and match, aaagitew.

Okeh. Penat bebel.

Bahan-bahan

  1. Telur ayam 4 biji
  2. Gula 1 cawan
  3. Esen vanilla 1 sudu kecil
  4. Minyak 1 cawan
  5. Susu cair 1 cawan
  6. Self-raising tepung 2 cawan
  7. Cocoa powder 2 sudu makan atau boleh gantikan dengan nutella
  8. Pewarna (color scheme 2020 =P)

Cara - cara membuat kek marble yang cantik!

  1. Panaskan periuk kukus Noxxa guna api yang slow sementara aku buat adunan kek.
  2. Campurkan telur, gula dan esen vanilla dalam blender. Dan blend sampai sebati dan hancus.
  3. Masukkan pula minyak dan susu cair. Blend sekejap bagi sebati.
  4. Aku masukkan self-raising flour sedikit demi sedikit di selang-selikan dengan blend. Lama jugak aku blend, nak make sure tepung dia dah hancus, sebati dan tidak berketul. Aku prefer self-raising flour compare to tepung gandum. Sebab dalam self-raising dah ada baking powder. Terus naik gebu camtuh.
  5. Dua bekas tersedia untuk letak plain adunan.
  6. Adunan di dalam blender tadi di masukkan ke dalam kedua-dua bekas kosong tadi. Make sure sama banyak. Takde tips untuk letak adunan sama banyak, aku meng-agak je =P
  7. Satu adunan aku masukkan coco powder dan kacau.
  8. Satu adunan lagi aku masukkan pewarna merah (aku letak sikit je, untuk jadikan warna pink). Kacau dan kacau.
  9. Siap dah kacau. Aku sedia kan loyang yang aku dah sapukan dengan mentega.
  10. Tuang adunan tadi berselang seli. Coco, pink, coco, pink, coco. Sampai habes.
  11. Untuk dapatkan swirl yang cantik, aku guna garfu. Dan tarik-tarik sampai jadi swirl yang cantik tertarik ikut kreativiti aku yang tak kreativiti sangat pun. LOL. Ada orang suggest aku pakai lidi right after kek aku siap. Yup, pakai lidi pun boleh =)
  12. Masukkan loyang tadi ke dalam periuk kukus Noxxa whatsoevah.
  13. Aku kukus dalam 20 - 30 minit kot.

Tips ibunda : Nak tahu kek dah masak ke belum, ambil garfu atau lidi dan cucuk kek tu. Kalau takde adunan yang melekat maksudnya kek dah masak! =)