Assalamualaikum =)

Hukhukhuk. Ini lah dia kereta atas tali yang macam aku mentioned previous entri. Mount Erciyes! Untuk ke sini, ia mengambil masa almost 2 hours dari Kapadokya. Puh-leaseeee jangan tidur! Sebab view cantik gila sepanajng jalan. And FINALLYYYYYYYYYHHHH! T_T Selain Mt Erciyes, dekat Turki ni ada lagi satu mount iaitu Mt Uludag bertempat di Bursa. Mt Uludag ni yang selalu aku dengar dan hampir setiap hari beberapa hari sebelum fly ke Turki aku baca review, tengok youtube experience dekat Mt Uludag. HAMAGAWDDD AKU NAK SKIING DEKAT SINI terus tetibe termasuk dalam bucketlist aku bila aku datang sini. Bila datang sini tak dapat pulak ke Mt Uludag, aku pun lupa sebab apa, sama ada masa tak mencukupi atau sebab cuaca dekat tak mengizinkan.


TAKPE! Asalkan boleh OOTD berlatarbelakangkan view yang cantik sebeginih rupa! Tak gituhhhh?
Subhanallah, view yang bersih dan cantik. Bersinar-sinar bola mata ni tatkala melihat Mount Erciyes yang bertopikan salji dan langit kebiru-biruan. Guess! Rupa-rupanya Mt Erciyes ni adalah best ski mountain compare to Mt Uludag. Ok baru tahu ok ok ok T_T

Cuma yang aku tahu, Mt Uludag ni akan ski/snowboard dengan view yang ada pokok di kiri dan kanan dan di sekeliling. Huhu. Yeke? LOL.



Okei, since aku pergi dengan group keramaian. Masa aku di beri waktu ni 2 jam je termasuk solat, naik cable car, makan, skiing. Waktu ni aku tak berani nak bergerak solo main ski seorang diri disebabkan aku takpernah ski. Aku pun bergerak lah dalam group keramaian seramai 4 orang #TeamBujang #TeamSingle bedal jelah wakakaa!

Seriously tak cukup dan geram kenapa masa itu tidak mencukupi? Adakah kami leka bergelak tawa sambil makan dan menikmati keindahan gunung? Lewlsssss.





Tempat first pergi adalah naik cable car. Tak mahal. Murah sangat 7TL return. Untuk barang-barang nak main ski pulak kena sewa (masih jugak murah bawah TL100 tak silap) atau nak beli pun boleh. Dekat sini complete kedai skiing equipment & warm clothes kalau nak beli.

Bila dah sampai dekat tempat beratur cable car ni, akan jumpa sekelompok manusia berkerumun dengan peralatan-peralatan ski mereka nak queue jugak. Eh eh. Bukan dekat sini queue kami. LOLLLL maluuuuuuu *sarung purdah berjemaah


Ada 2 queue, queue untuk skiers dan queue untuk non-skiers (cable car visitor only) macam kami nih. Nampak je macam penuh, padat tapi kejap je beraturnya.




Tutup muka pun sejuk diknon! Mohon pakai 10 lapis baju.



Dah sampai dekat atas. Restoran yang menggunakan konsep layan diri. Restoran dekat atas gunung ni serve macam-macam makanan. Antaranya ialah Turkish food, tea coffe, hot chocolate, pizza dan segala junkfood & fastfood yang harganya reasonable dan mampu milik. Aaaaabegituhhh. Dapat lah menikmati keindahan dan fefeeling makan atas gunung. Koghaser? 


Makanan bila fefeeling makan atas gunung cenggini lah; sebelum nak skiing (kengkonon nak skiing pastu NON-HADooOOOooo) (sebab best sangat makan and duduk atas ni tengok abam-abam skiers) kahkahkah hampeh betul!


Ha jangan nak seronok sangat. Masa dah habes tahu takkkkkkk, tak dapat nak acah-acah skiing sambil amek gambar tengah menggelongsor turun dari gunung. Huahhh T_T

Hint lain : Memasing kena datang lagi sekali dengan partner. Erk?






Experienced Mount Erciyes done! Makan pun dah. Cable car dalam salji pun dah. Sekarang ke masjid yang berhadapan dengan Mt Erciyes.






Ada kisah pahit manis dalam toilet kat masjid ni. Tengah-tengah ambil wudhu tetibe sorang daripada #TeamBujang #TeamSingle jerit sebab terkunci dalam toilet. Entah macam mana boleh terkunci. Hah berdebar aku kemain! Nasib baik by the time aku gelabah-gelabah ayam orang lain datang masuk toilet. Aku pun gelabah-gelabah suruh panjat tempat pam belakang tu dan lompat ke toilet sebelah. Sorang lagi pergi keluar panggil orang. Sorang lagi tolak-tolak pintu. Hah memandai jelah semua. Dah gelabah cenggituh lah rupanya hahaha! 10-15 minit terperap dalam tu taw dak taw dak taw dakkkkk. Tsk tsk.

Tiba-tiba - aku teringat instructor body combat aku ajar teknik menendang ex boyfriend (hahahaha!). Aku terus zassssssss tendang pintu bilik air tu. Finally, berjaya. Tergelak 5 minit. Aku pun terkedu jap dengan diri sendiri. Baru tahu kelas bodycombat bukan untuk lose weight je. Fine. LOLOLOLLLLLLL.





Dalam perjalanan dari Mt Erciyes ke Ankara lama nokharom! 5-6 jam. Jadi kami makan-makan dan stop di beberapa tempat dulu sebelum bertolak untuk pergi jauh lagi perjalanan, ke Ankara (last stop)


Lepas 5 jam terperap dalam bas, sampai dah dekat hotel di Ankara. Hotel untuk 1 malam dan sebagai transit ke Airport Ankara esok pagi nya.




Huhuhu. Ni hari besoknya, pepagi buta terus ke airport Ankara nak balik Malaysia =)
Atas ni Emre. Tour guide dekat Turki. Boleh cakap 4 patah perkataan Melayu. Lol.