Assalamualaikum =)
Yuhuuuuu! Yihaaaaa! Hola hola. Sis datang lagi tekan-tekan keyboard untuk episod menjelajah dunia Turki. TIBAHHHH! Kali ni sambungan daripada entri yang lepas CLICK SINI
Bus ride masih dalam area Avanos. Kalau sebelum ni aku bawak jari jemari korang melawat ke ceramic pottery area atau dalam bahasa kamus dewan edisi ketiganya kawasan pembuatan seramik tembikar LOLOLOLLLL. Entri kali ni akan menceritakan journey terakhir aku di Nevsehir. Ohmaiiii dah nak sampai ke penghujung penjelajahan WHY WHY WHYYY T_T
MASJID ALADDIN - BRIDGE N KIZILIRMAK RIVER
Lepas je lawatan di cermaic pottery, kami di bawa ke majid Aladdin untuk solat zohor/solat Jumaat.
Ruang solat jumaat lelaki. Perempuan dekat belakang dan atas.
Ayunan bridge atau laluan untuk 'connect' ke Masjid Aladdin. Bridge ni jugak bawak kita melintasi sungai terpanjang dekat Turki (Kizilirmak River / Halys River). Sungai yang sumber bagi hidroelektrik dan dan dan bukan sebagai sumber untuk navigasi, huhu sebab tu takde kapal atau perahu atau bot pelayaran dsb.
Sampai sekarang rasa sejuk dan tenang bila tengok gambar ni. Setiap kali tengok langit kat atas dan tasik kat bawah tu hilang kejap masalah dunia. Terbentang luasnya langit! LOL!
Kasut last minute beli dekat Zalora tengah sales (eh eh eh sempat lak aiii)
Habeskan masa posing maut atas bridge ni sementara nak tunggu lelaki - lelaki habes solat jumaat. Amboi sis amboi amboi. Haha.
Ini lah gang yang setiap minit nak berhenti nak amek gambar. Orang pergi kiri, kita pergi kanan =P
Identiti tak dikenali LOL. Waktu ni aku lupa berapa celsius. Sejuk namatiiiii!
Tenangnya tengok sungai setenang saya tengok gambar awak ni. Erk?
Sempat meronda-ronda area sungai ni. Banyak sangat angsa yang cantik-cantik dan friendly. Berborak non-stop sesama angsa (hahaha). Kalau bagi makanan lagi la laju dia ngapppp! Takda beza dengan tuan yang menulis ni =P
Bus ride dari Avanos - Goreme untuk singgah makan di restoran di Goreme. SEMORANG LAPAAAAAAR nak nasik! *zassssssss! Sampai dah.
Restorannya berhadapan dengan area turun naik hot air balloon.
Ada persembahan yang unik bagi membuka selera. Ye buka selera sangat. Hahaha!
[More videos uploaded on Instagram]
OZLER ONYX FACTORY (JEWELLERY)
Ozler Onyx Factory ni berada di tengah-tengah antara Avanos dan Cardak (singgah di pertengahan jalan Goreme sementara nak sampai ke Cardak). Dalam showroom ni akan ada short demonstration macam mana dorang buat stones dan boleh bertukar jadi jewellery. Wows wows wows. Semuanya khusyuk mendengar dan memasing terpempan sekejap tengok batuan (especially batu yang bertukar-tukar warna ikut lighting tuh) (bukan aku lah, orang lain) (ehem ehem)
Masuk lah kejap. Ada yang berjaya beli. Ada yang tengok-tengok next time nak datang lagi baru nak beli. Siapa tu? Mestila bukan aku. Ni kali kedua dah aku bagitahu. Hahahambar!
Replacement for hot air balloon. Onz tak onz?
CARDAK!
20 minit dari Goreme ke Cardak untuk melawat underground city. Kalau perasan kat Kapadokya ni banyak underground city. Semacam rumah-rumah dan benteng-benteng yang di perbuat daripada batuan vulkanik berfungsi melindungi diri daripada cuaca yang -ve dan ancaman binatang/musuh. Siapa yang selalu kena kecam elok duduk dalam gua ni. Hahaha! #sisbergurau
Sepanjang perjalanan berjalan kaki naik ke bukit untuk sampai ke underground city ni akan ada locals yang meniaga souvenir - souvenir yang murah. Mostly souvenir adalah sejenis mockup berbentuk underground city, stokin, post card, totebag, tudung bercop-kan Cappadocia yang takde jual kat tempat lain. Harga barangan kat situ from 5TL - 30TL je.
Aku dokumentasikan journey sepanjang di underground city ni. Btw, underground city ni kurang sesuai bagi orang yang ada trauma dengan gelap, tak boleh duduk dalam gelap dsb. Yelah sebab dia gelap - segelap kulit awak. Erk? #sisgurau (takleh gurau duduk surau)
Rumah gua dekat sini masih kukuh dan tersergam indah. Huhu macam ni lah rupa penduduk dan sistem kehidupan dalam ni.
CARPET FACTORY
Last place to visit- bus ride turun ke Nevsehir Merkez dari Cardak (15 minit), singgah di carpet factory. Pembuatan carpet dibuat oleh Turkish yang memakan masa berbulan-bulan gamaknya. Impressed! Before this dalam entri pergi Lombok, belajar tenun songket. Sekarang pergi Turki belajar tenun carpet. Aktiviti kerajinan dan Ainaa berpisah tiada. Hakikatnya aku tidak la serajin itewww =P
Huhu jom lah scrolling down tengok journey dalam kilang karpet ni.
I love you uncle! Uncle ni pandai cakap Melayu dan suka meloya buruk. Kah! Tengah duduk di penjuru kerusi keseorangan sambil tengok henpon. Tiba-tiba -
Uncle : Girl, Are you texting your boyfriend?
Me : Uhm, no? I have no boyfriend. (erk. soalan apa kau tanya nih) (sengeh-sengeh kambing) (nak gelak ke nak sinis ni)
BYE!
Kami di bawa ke showroom pembuatan silk carpet
[more videos on Instagram]
Women Weavers.
Terpegun sebenarnya tengok auntie ni menenun carpet. Tutup muka kejap. Muka dah macam pisang goreng cheese!
As usual, adat di Turki. Sebelum start carpet showmanship, pembantu-pembantu mereka ini akan hidangkan air hot blacktea. Showmanship ni akan berlangsung beberapa minit, oleh pembantu-pembantu dia. Carpet akan di buka roll by roll sampai jadi tebaran carpet kat lantai tu.
Huhu sangat-sangat dipersilakan untuk baring, pijak, duduk atas carpet ni untuk pilih carpet mana yang sesuai. Sebab carpet yang di hasilkan adalah daripada pelbagai jenis grade of silks. Lain silks lain feel dia bila duduk. Dan harganya mencecah ribu-ribuan. Paling murah yang atas dalam gambar ni, 300USD LOLLLLL. Cantikkkkkk sangat carpet kat sini! Sis cuci mata jurrrrr.
Hari paling fenatttttt! Ingatkan dah habes penat, tersedar body battery masih ada lagi 5%. Lepas sampai di hotel dah siap dinner, cepat-cepat balik bilik tukar baju nak merayapkan diri ambil angin dan lepaskan asap -4 celsius memalam. Malam dan cuaca -4. Memang aku beku kat luar tu grrr. Sambil merayap sambil cari pasaraya (nak cari earphone) dan kedai kekacangan kengkonon nak bawak balik Mesia dan makan dalam bas atau makan waktu boring. Yelah, kacang kan banyak khasiat & kebaikannya, tak gituh?
Selain kedai kacang, kat sini ada jugak kedai mamak. Tapi kita perempuan kan, tak elok la lepak malam-malam ni. Tiber. Hahahahahaa! Oke cuols, sambung lagi next entri!
Next entri kita pergi mana? *drrrrrrrrrrrrrrrrrum-rolled
HINT : KERETA TERGANTUNG ATAS TALI =P