Assalamualaikum =)

Hi gang! Puas aku hirup udara di Pamukkale selama 2 malam. Dari Pamukkale kini aku fly ke Kapadokya. Takdela fly sangat pun sebab package aku ni, ke mana-mana gunakan perkhidmatan bas. Pengalaman dari aku sendiri, Pamukkale ke Kapadokya ambil masa 10 hingga 11 jam peperapan dalam bas. Lama nokharom. Ibarat journey aku balik kampung Kelantan lewls. Lagi beberapa minit nak sampai ke hotel di Kapadokya pun aku masih count down keseorangan - BILA NAK SAMPAI NI? AKU PERLUKAN BANTAL DAN KATIL T_T


[More videos uploaded dalam Instagram]

Journey ke Kapadokya akan melalui Konya (sepatutnya), dan bila sampai di Konya akan singgah di Muzium Mevlana. Tapi plan ni bertukar disebabkan hard weather condition, langit hampir gelap dan jalan semakin melicin something like that.

Atas ni adalah pemandangan di awal journey dari dalam bas. And first stop sebelum jauh lagi perjalanan nak diteruskan adalah stop di Restoran Kirazlibahce macam dalam gambar dekat bawah ni. Restoran ni memang tempat stop yang biasa travelers akan stop untuk lunch and dinner.

 



Ni lah makanannya. As usual, nasi version pulut tapi sedap dan daging goreng cincang beserta tomato dan lada benggala aaaaa gituh terpanjang pulak nama menu dia (aku main letak je ikut cita rasa aku kahkah)


Konpius kan tengok portion aku? KAU NI NAK MAKAN KE TAK NAK NI?


Perjalanan di teruskan lagi dan stop lagi sekali di satu perhentian sebelum masuk ke Kapadokya. Aku tak ingat lah nama perhentian tu. Tapi boleh lah shopping-shopping sapa yang suka shopping. Aku tengok-tengok amek angin -3 celcius je kat situ.

Lepas 11 jam lama naw naw terperap dalam bas, sampai lah di Dinler Hotel. Wow, fresh from oven! 11 jam agak-agaknya hangus dah badan aku ni.



Ni dinner ke supper ke aku pun tak pasti lah. Huhu asalkan dah makan sebelum naik bilik. Lapar yakmat. Sampai 2 pinggan tergamaknya aku menyiksa perut ku di kala malam-malam sebeginih. Dalam hati oh takpe boleh workout balik nanti. Pastuh workout ditunda ke tahun 2020, kot.




Eceh eceh jalan sambil tunduk ke bawah. Yelah kita perempuan kan. Kenalah sentiasa menundukkan pemandangan. Tiber =P

Esok paginya - lepas breakfast. Aktivti sdn bhd adalah ootd di depan hotel. Wowsnya! Perangai berubah 360 darjah jadi jakun jap tengok pokok-pokok di kiri dan kanan di lindungi salji-salji putih yang selama ni tengok dalam drama tetibe ada depan mata. Wow wow. Drama apakah? Sonata musim salju agaknya. Ter-feeling jap. Hahahahampeh!

Ok baiklah.

Hari ni ialah full day tour Cappadocia. Bila sebut Cappadocia/Kapadokya aku terbayangkan bentuk muka bumi yang teramat unik. Aku sendiri tak sabar nak sampai di Kapadokya ni. Yelah, nak ambil gambar dan letak kat Instagram feed kateko #Instagramable

Main place yang harus visit ialah Uchisar, Goreme, Cavusin, Avanos and Urgup kalau datang ke sini (ehehe marks your maps!) Tapi untuk itinerary group aku ni, tempat yang di-cover adalah tempat yang aku bold-kan tadi je. Ni sebab satu hala dan satu jalan. Kalau nak ke Urgup maybe kena berpatah-patah balik. LOL.


UCHISAR 


Pepagi buta bus ride beberapa minit untuk sampai ke first stop iaitu Uchisar! The highest point in Cappadocia. And dapat tengok Mount Erciyes (next entri) seingat aku. Walaweh. Pose sikit. Stop je kat mana-mana macam biasa mesti ada warga-warga local yang meniaga di setiap tebingan jalan terutama di kawasan Uchisar ni sendiri.





Kalau perasan (latar belakang gambar di atas) untuk siapa yang baru nak jelajah Cappadocia, Uchisar ni adalah salah satu kawasan yang dilindungi jugak oleh UNESCO dan terkenal dengan bangunan batu-bata sebagai benteng-benteng pertahanan djaman dahulu kala. Tak nampak sangat, dah di tutupi salji. Hehehe. Kalau naik bas nanti, akan nampak castle-castle dan hamparan batuan bertingkat tersusun sepanjang jalan. Sis impressed!



Eceh! Muka happy sebab TERshopping souvenir kat sini and iksaited dapat pakai terus snow-cap yang dah berhari-hari cari. Ahaks. Sini kena sengajakan diri shopping (sikit je) sebab murah taw!


GOREME / GOREME NATIONAL PARK

Next visit bus ride dan akan turun ke kawasan Goreme yang mengambil masa selama 8 hingga 10 minit je. Dreamiest place to visit bila sampai Cappadocia, trust me! Tapi trip aku kali ni cuma experienced area Goreme je. Tak masuk bebetul ke Goreme National Park. Highlightkan National Goreme Park dalam itinerary sebagai tempat wajib untuk visit! Dalam National Goreme Park ni jugak ada beberapa muzium tinggalan sejarah lampau, cantik la untuk Instagramable nak #ootd kat National Goreme Park tu, ahaks =P


Sampai dah di area Goreme. Cuma singgah di tepian jalan je. Best nya kat sini boleh menikmati panoramic view sebahagian daripada bumi Kapadokya.


Beautiful landscape ever! Kawasan turun naik hot air balloon. Luas kawasan ni, boleh berkelah sambil BBQ (haha tolong jangan percaya)


AVANOS: CERAMIC POTTERY


[More videos uploaded dalam Instagram]

Next visit 10 minit bus ride ke bawah, ke Avanos area atau pottery village. Avanos di kenali sebagai tempat membuat dan menghasilkan seramik produk. Best!


Pottery demonstration by masterpiece! [More videos uploaded dalam Instagram]

Bila tengok orang ni buat seramik, aku teringat waktu belajar di UiTM Perak dulu, aku, Izzah and Ruwy pilih subjek seramik sebagai subjek tambahan. Entah kenapa lah aku pilih seramik padahal tak pernah pun terlintas nak buat seramik nih. Ended up di penguhjung sem, seramik aku menjadi. Waktu tu rasa macam 'kretip nya aku'. (Whutttt? Perasan please) Yelah, orang kata kena confident =P


Antara pottery yang di jual di sini. Selain di jual di sini, pottery-pottery lain yang dihasilkan di perkampungan Avanos ni akan di-edarkan di seluruh Turki.



Glow in the dark pottery frame!


Ada yang murah, ada yang mahal. Depends. Kat sini yang bagusnya dia akan wrap and box kan segala pinggan mangkuk yang kita beli. Ehee.



To be continue gais! Sementara nak tunggu aku update the next entri, boleh click link bawah ni and visit entri-entri yang sebelum ni ya! =)