Assalamualaikum =)


Last open hauz at last Syawal? Oh finally Kak Wani (ex-housemate) buat open hauz. Lepas tahu je Kak Wani nak buat open hauz dan menjemput Veteran Anggun ke rumah dia - semua sibuk lah nak prepare itu ini. Feeling iksaited level 95.5%. Terus segala jenis food keluar dalam benak otak yang kecil ini. 

Dekat Whatsapp group rancak borak nak prepare makanan apa. Kata nya Kak Wani, cadangan menu open hauz nanti adalah Nasi Ayam, Kuew Tiaw Teng, Willy Satay (hamagawd hamagawd hamagawd) plus dessert...... 

Wait.
Whuttt?
Dessert?! I NAK BUAT DESSERT I NAK BUAT DESSERTbudak-budak kecil jerit sambil pegang sepanduk*

Belum sempat aku balas, Kak Hana dah mention, dessert boleh serah dekat Ainaa. Ok. Aku rasa dekat muka aku ada tampal swipe up for dessert. Ya aku terus meredhai cadangan Kak Hana tadi yang dessert boleh serah dekat aku, and main menu pulak Kak Wani settlekan. Neves pulak tiba-tiba nak present makanan untuk 100 orang telan, merasai dan complaint semenggah itu. Layakkah aku? Aku cuma manusia yang senantiasa memberontak bila mana aku tak dapat sebiji gula-gula hacks T_T

Aku decide nak buat Brownies dengan Pudding Caramel. Menu potong kaki dan paling tak banyak songeh dan kena dengan tekak semorang yang datang. Tapi kalau tak menjadi, aku rasa semorang punya tekak tak boleh terima. Alamak, neves ni! Eleh neves mende kalau cam ni gaya nak masuk dapur rumah orang.



Ini ke yang dimaksudkan dengan neves?
Ok fine. Boleh simpan sikit neves tu dalam peti ais belah atas.


Dah tiba di hari jadi - Aku gigih kemas barang-barang persiapan dekat dapur sampai terjumpa bag plastik ikea (boleh isi perkakas dapur ok onzz). Berjanji sehidup semati nak datang lepas maghrib dengan kekakaks ni. Nak makan malam together (tapi Kak Wani masak). Nak pergi The Alley (hasutan Kak Hana). Aaaaaaa tashabar nak sampai Puchong. Nak jumpa ex-ex-ex hosmet. Semangat nak membawang potong bawang kateko. Haha. Eh suka pulak. Eh semangat nya awak ni eeeee. Eh eh bila nak sampai ni?

Lepas buang masa berangan dekat dapur keseorangan. Drive lah aku ke Puchong Prima bersama-sama perut kosong dan mengharapkan sampai rumah terus makanan terhidang hamboih diva nya.

"Ainaa kat mana? Dah sampai ni"
"Otw. Jammed. Nak sampai dah" (Aku reply sambil terbayang-bayang Ayam Paprik dengan Telur Dadar. Ini je dalam fikiran aku. Benda lain dan orang lain takda dah. Haha. Yupp! Jammed dan lapar berpisah tiada.)
"Cepat, lapaq"

15 minit kemudian.

"Baru sampai ni, kat bawah" 
"Cepat naik"

Dalam beberapa jam aku dapat pesanan DOUBLE CEPAT. Cause Im always late. But better late than never kan? Eleh.


Sesudah makan malam dekat rumah Kak Wani (oh thanks Kak Wani tolong masakkan dan penuhkan perut yang kosong ni - Ayam Paprik, Telur Dadar, Nasi Putih) sambil membawang tak tentu arah, terus keluar cari barang dapur dekat Tesco and sempat singgah Xing Fu Tang. YES WE NEED SOMETHING SWEET N CREAMY BUT-NOT-CREME-BRULEE LEPAS MAKAN AYAM PAPRIK!

Almost 12 am baru nak mulakan aktiviti mengupas bawang dan pemukulan telur untuk brownies. Rajin ke tidek?



Malam tu aku focus dengan aku punya dessert. Ya ampun, tahukah anda terlalu focus dengan aktiviti pemukulan telur pun boleh di hantui kegelapan malam. Berasa nak tidur kat dapur tu. Ngantuk yakmat!

Kak Hana waktu ni gigih mengupas bawang, HELLOO gaiz, tangan dia je kupas bawang tapi mulut dia tak kupas bawang ukies. Ahakz.


Pukul 2 pagi tangan masih mengayuh di dapur. Sampai lah keesokan harinya. And tetibe ter-manage untuk tidur pukul 4 pagi. Tapi tak dapat nak manage untuk bangun awal (aku sorang). Pengsan tak sedar diri. Habes tenaga mengacau coklat di malam hari T_T

Tadaaaa! Siap dah segala dessert. Ekceli aku dah lama tak buat brownies ni. A longggg longgggg longgg time ago! Yang ni aku try lagi sekali buat entah-entah tetibe menjadi hasil aku guna acuan dan oven tuan rumah =P


Chocolate Brownies

sesiapa yang sengaja atau tak sengaja nak makan brownies kedutan ini, sorry lah eh kalau rasa tak mencukupi T_T


Chocolate Brownies with Almond


Pudding Caramel. Yang kali ni aku tak pakai gula pasir (putih). Aku pakai brown sugar. Jadilah warna coklat. The only pengukus adalah periuk nasi tefal tuan rumah. Pun boleh. Hua hua.

Nasi Ayam, Kuew Tiaw Teng - Reciped and Prepared by Kak Wani.
Wah wah gituhhh curlastt kau.


Akan merindui Kuew Tiaw Teng ini sedap sehingga menjilat ibu jari kaki. Tsk tsk T_T


Nasi Ayam pun superb sedap. Nasi ayam bercampur-adukkan dengan Ayam Kicap plus Homemade Sambal Merah. Zasssss 3 kali kot aku makan. Yelah, berkampung sampai malam haruslah 3 kali. Ihiks.

Ok tak malu nya berkampung kat situ sampai ke malam. Siap tidur macam tak sanggup nak balik. SELESEWWWW LOL.



Ayam Kicap by Kak Wani yang sentiasa menggelupur dan menunggu giliran nak di rendam dalam minyak panas.




Willy Satay. Satay yang bila tuan rumah call kata nak pergi amek (dekat Kajang), tiba-tiba katanya takde dalam list (tercicir). Menggelupur terus abam-abam satay mengipas 200 cucuk satay. Hah macam mana gaya dia mengipas di kala hujung hujung waktu ni aku pun tak pasti ahaks ahaks.



Perlukan buah-buahan sebagai pembuka selera.



Ajk - ajk kebersihan, persediaan, keceriaan, kehambaran, kesepian, kesunyian.
Si tukang carik ayam, si tukang potong timun dan si tukang mop lantai. Akan merindui mereka ini semua. Walaupun jarak nya cuma KL-Bangi saja. Tapi nak ke sana entah bila. Setahun sekali je boleh. Lulz.

Yang sebenarnya yang ini half of us. Ada lagi yang tak dapat datang sebab busy memasing ada life lain. Eceh.


Muka-muka kelegaan dan kepenatan bagi kerjasama dari malam sampai pagi besok. Terima kasih xo much much much Kak Wani atas jemputan. Main menu suggested yang tak pernah mengecewakan sis. Harap dessert sis tak kecewakan awak jugak. Haha!

Tambah sedap bila ada air tangan dua wanita ayu kiri dan kanan tu. Si tukang carik ayam, si tukang buat air, si tukang mop lantai. Moga dengan menjadi part time bibik separuh hari ni, rasa cinta antara kita erat selamanya seerat kasih yang terbina di Itali dan Perancis. Halamak.

Sekian episod part time bibik dan open hauz.


p/s : Percaya tak sepanjang kehidupan bersama, we olls pernah jadi bibik? Jeng jeng jeng.