Assalamualaikum! =)

Baru habes penat ulang-alik rumah ke klinik, rumah ke klinik. Lepastu tak sempat makan lagi dah teringat nak update blog sambil bertudung dan berstokin. Anak dara apa ni!

Bila aku ada masa depan cermin, aku selalu belek - belek muka aku yang sekejap kusam sekejap berjerawat sekejap ada blackhead whitehead. Walhal mask dah pun aku tepek seminggu sekali. Kulit muka pun dah padat dengan serapan cleanser, toner, moisturizer, serum blablablablabla hanya mengharapkan kulit aku bertukar jadi kulit-telur-lepas-rebusan-10 minit. What is this! Ended up, kulit aku masih bersisik sisik ikan. OH NO!

Selain penjagaan dalaman dan luaran sepanjang hayat, brush pun ada penjagaan jugak (untuk aku). Before this aku tak menitik-beratkan pun perihal brush yang aku beli ni.

1) ASALKAN BERJAYA BELI
2) ASALKAN BOLEH KIBAS MENGIBAS BRUSH DEKAT MUKA
3) ASALKAN KULIT BERSISIK TERUS BERTUKAR JADI KULIT TELUR GRADE AA.
4) ASALKAN MUKA DAH DI TEPUNG-TEPUNGKAN TERUS PUTIH GUNA BRUSH
5) ASALKAN TONA KULIT SEKATA
6) ASALKAN HIDUNG MANCUNG
7) ASALKAN JERAWAT HILANG GUNA BRUSH

Yeah, di sebabkan asal-usul dekat atas ni dan jerawat ni lah aku sebagai wanita melayu kedua terakhir terus tanpa segan silu tapi terpaksa tapi kena tapi wajib wujudkan aktiviti disinfect brush. Tambah pula brush aku ni sejenis merata sesejak tak pakai brush compartment ni.



Cybercolors Brush Cleanser.


Dan sebenarnya dah lama nak cuci (oh I mean disinfect) brush tapi tak cuci-cuci (and hari ni baru nak cuci brush eeee tak jaga kesihatan brush). By the time aku nak cuci brush, aku tengok brush cleanser aku yang sebelum ni takda. Punya lah lama aku bertapa tatkala ulang-alik keluar masuk bilik dan bilik air, keluar masuk rumah. Baru nak perasan brush cleanser tetibe buat magic hilang dari radar. Aku syak brush cleanser aku ni merajuk sebab dah lama tak guna. I is sad T_T

Aku terus pergi Sasa dekat Melawati Mall minta brush cleanser. Lucky me.. Sales advisor situ suggest aku untuk try cyber colors ni since cyber colors punya brush cleanser ada promo (half price) (from MYR40 marked-down to MYR20) Hehehe! YE SUKA =).

And cyber colors ni available dekat sasa je. Tempat lain takda.


Experience guna Cybercolors brush cleanser ni :

Liquid cleanser ni memang warna biru macam dalam gambar dan ada penutup / cawan kecil sekali atas botol. Cawan kecil tu sebagai penyukat untuk bersihkan brush something like that.



Huhu nak tahu setakat mana nak letak, paras liquid biru tadi sama dengan paras brush yang aku guna. Aku guna kan cawan dia bagi ni untuk bersihkan satu brush.


Since brush aku dah berabad tak cuci and brush aku bukan satu je (aku beli yang dalam 1 compartment terus), aku kena gunakan dalam kuantiti yang banyak jugak lah. Letak dalam satu bekas beberapa terjunan liquid biru. Ni sebab aku nak cuci semua brush. Makin banyak brush, makin besar brush - makin banyak tumpahan liquid dalam bekas ni. Eheeee.

Amaran jangan tiru aksi atas ni :
Sepatutnya kena pakai liquid biru tadi 100% for the first step (mungkin half bottle digunakan kalau pakai liquid biru je untuk cuci berus aku yang berabad ni). Tapi aku campur-campur kan je dengan air putih. Hahaha.



Teh Tarik suam-suam kuku.

Ni hasil yang sejenis sekali basuh lepas berabad baru basuh balik. Kalau basuh by weekly maybe boleh letak sikit je liquid tadi tu.



Settled! Aktiviti penyucian brush muka tadi guna cyber colors brush cleanser. Terus bilas pakai air putih. Dan sidaikan ketulan-ketulan brush ni dekat tebing cam ni sementara air dekat brush rancak menitik-nitik ke bawah. OK!


Yang aku sukanya bila liquid ni cepat keluarkan kotoran daripada brush ni, kotoran keluar kuman pun hilang. Tapi perlukan kuantiti yang banyak untuk letak dalam bekas. (yelah, berus aku pulak bukan sebatang, eheks)


Tuala Fitness First (jom lah sihat bersama) eh menyempatttttt.

Ehehee dah jemur dan sidaikan kejap brush di tebingan tadi, terus letak brush muka dah berusia 2 tahun atas hamparan tuala fitness first ni.


Lepastu guling-gulingkan ke depan ke belakang brush ni dalam towel fitness first tadi. Seronok betul brush ni mandi. Pakai sabun dari cyber colors terus.


Guess whut? Pagi tadi aku bergegas ke klinik dengan kelam kabut nya bersiap sambil kibas-kibas brush dekat muka (waktu mengibas brush ni hampir lupa yang brush baru lepas cuci). Terus rasa- Wow, hasil cucian semalam ke ni, brush aku lebih lembut dan wangi. Kulit muka terus bertukar kulit telur. Jalan pun confident lain macam pulak hari ni. Ohmai! Nampak tak 'after-effect' bila dah cuci brush? Hanya kerana BRUSH CLEANSER CYBER COLORS ni. Adakah ini boleh dikategorikan sebagai ACHIEVEMENT UNLOCKED?