Assalamualaikum =)


Bila lah agaknya aku nak start workout balik ni? Yelah, penjagaan sepanjang hayat katanya. Buat masa sekarang aku workout bahagian jari dulu. Dan aku nak bawa sekali jari jemari korang jejak ke tanah Bursa! Yeah.

Bandar yang sarat dengan sejarah dan khazanah seni. Nak ke Bursa (asia), perlu lalui jambatan selat Bosphorus untuk ke Asia, macam di entri lepas aku ada share and highlight pengalaman aku menaiki Bosphorus Cruise (CLICK SINI)

Perjalanan dari Istanbul ke Bursa mengambil masa hampir 4 jam melalui jalan darat. Apa yang aku tahu, dekat sini ada dua option, first naik bas kemudian feri untuk cut journey period (maybe 2 jam dah sampai Bursa). Second, yang aku sendiri lalui ni adalah fully by bus.

4 Jam ni tak lama sangat, kau tengok jap lagi ada yang lagi lama. Hahaha.



Breakfast luuuuhhhh.




First stop pepagi buta adalah ke kilang Munira. Tempat membeli segala jenis teh, herba-herba, kerepek, olive oil dsb.




Kalau yang sejenis daripada hujung rambut sampai ke hujung kaki sampai ke dapur nak pakai olive oil, aku suggest beli dekat sini. Borong sampai puas! Lol.


GREEN MOSQUE/YESIL CAMII

Destinasi seterusnya adalah ke Green Mosque atau nama lain Yesil Camii. Yesil bermaksud Green. Jap - jap. Aku nak sebut Yesil Camii lah. Aku kan orang Turki. Kahhh! Oh yaaaa, Yesil Camii adalah masjid utama di Bursa. Masjid ini di namakan sebagai 'Green Mosque' sebab interior dan decoration yang di gunakan adalah berwarna hijau dan biru. Huhu impressed teruk dengan konsep islamic architecure, tiles, dinding, carpet dalam masjid tu.


Sebelum tour Yesil Camii.




Ruang utama solat untuk lelaki. Waktu ni belum masuk waktu lagi, jadi kaum lelaki mengambil kesempatan untuk menunaikan solat sunat di ruang ni.







SILK HOUSE

Sebelum ke Ulu Camii, beberapa meter dari Yesil Camii ada kedai souvenir khas dari Bursa. Antara produk yang terkenal di Bursa adalah silk. Jadi kami di bawa ke Silk House. Jadi, kalau nak cari silk dipersilakan beli di Bursa. Mungkin dari segi kualiti, harga berbeza di tempat lain.






Aku tertarik dengan bangunan silk house ni. So, aku masuk lah nak amek mood silk house dia. Kuikuikui. Nak masuk ni kena ketuk pintu, yelah HOUSE kan. Siap ada penjaga. Gituhhhh.


Masuk - masuk je, wahhhhhhhhh lain macam dia punya lawa. Rasa nak duduk sini lama-lama.


Mana silk nya? Lampu je banyak.




GRAND MOSQUE

Grand Mosque atau nama lain adalah Ulu Camii. Salah satu masjid dan bangunan tertua dalam sejarah yang dilindungi oleh UNESCO dan masjid ni jugak boleh di katakan sebagai landmark Bursa! Pergi Bursa ingat Grand Mosque! Ahaaaa gituhhh =P

41 separate penmen with 13 different calligraphy

Aku berasa eksaited level 200% bila aku jejakkan kaki aku ke dalam masjid ni. Impressed!
Grand Mosque ni jugak adalah salah satu muzium calligraphy terbesar di dunia. Wow wow wow.


Aiceh. Hehehe.
Setiap lekuk dinding ceiling atas tu adalah reka bentuk kubah kalau tengok dari luar. Bermaksud masjid ni bukan satu kubah tapi 20 kubah. Unik.


Almost 192 hand-calligraphy dalam ni hasil daripada 41 orang calligrapher.


Setiap mata yang tertumpu dalam masjid ni mesti ada calligraphy.


The only fountain dalam Ulu Camii.





Habes dah xtvt di Bursa! Dekat Bursa pendek dan sikit je xtvt. Memandangkan focus utama pergi Bursa nak melawat dua buah masjid tadi je. Ayuh, kita makan! Dalam package yang aku ambil ni, makan akan disediakan setiap hari pagi, petang dan malam. So perut takkan lapar. Mehmehmeh.



KILO ILE KOFTE KASAP RESTAURANT

Destinasi terakhir adalah makan-makan solat di restoran aku mention di atas. Hahaha. Restoran ni tak silap aku femes dengan kebab daging ataupun meatball lah senang cerita kahkah.

Macam dalam gambar bawah ni.


Journey aku diteruskan dari Bursa ke Kusadasi yang mengambil masa hampir 6 jam. Lama nokharomzz! Gambar kopi-kopi stabak bawah ni di perhentian pertengahan jalan. Penat oi. Hahahaha.



"Had dinner after 6 hours journey from Bursa to Kusadasi.
P/S: takde selera nak makan sebab tu amek sikit je, ini pun tak habes.
#helloiNeedMaggiTomyam"

-Instagram Story-

Dah lewat malam, sampai lah di Kusadasi. Hotel provide makanan before tidur. Balik bilik, kemas baju, mandi tidur. Jumpa next entri ya! Terima kasih korang sudi baca sampai habes haha :DD