Assalamualaikum =)


Gunaydin!
in Malay adalah selamat pagi.
Alah, kite orang Turki. Kite guna Gunaydin lah =P


Huhuhu senyum sikit. Setiap kali nak start menaip, mesti berdebar. Masalah awak apa?! Bak kata lecturer aku. Pergh dia punya ayat macam nak ajak gaduh. Ayat je macam nak bergaduh, tapi setiap tutur kata yang dia lontarkan penuh dengan pengisian yang berilmiah walaupun dalam masa yang sama dia cuba nak mengata (ha ha ha haktuih). Positif sis positif! Biar aura kasih sayang antara setiap manusia termagnet erat. Gituhhhhh >,<

Hai silent readers. Terima kasih jadikan laman sesawang aku ni keutamaan dalam hidup kau walaupun kau tengah sibuk jugak dengan life kau dekat gym, office, dapur, mall, studio, dan kedai makan. Sis terharu lima saat T_T

Hari seterusnya, aktiviti nya masih di Istanbul. Bangun siap-siap dan breakfast dulu dekat hotel. Ayuh! *calit foundation 5 inci tebal, sarung kasut boot, zas!*






Makanan-makanan dekat sini memang cenggini. Ada yang boleh Go, ada yang tak boleh. Tapi kan, selama aku duduk Turki. Aku amalkan pemakanan rakyat Turkish ni, helok je badan aku punya kondisi. Selalunya kondisi badan aku akan terganggu bila travel. Nampak tak? Apa-apa bermula dari pemakanan kita sendiri. Bak kata pepatah omputih you are what you eat.

Konklusinya, nak sihat duduk lah Turki ataupun kawin dengan orang Turki. Off topic sangat!



Ini je yang aku nak? K.
Kat sini makan ala-ala western tiba-tiba ada melayu.


Oh ya, untuk pengetahuan korang. Selama aku di Turki, setiap malam akan bertukar hotel. Ikut route yang telah di jadualkan. Ada yang stay for 1 night, ada yang for 2nights. Maximum 2 nights. Al maklumlah nak menjelajah Turki, haruslah nomad sekejap. Hahahahah (aku tulis, aku gelak. Motip?)


GRAND BAZAAR

Grand bazaar. One of famous and historic bazaar in Istanbul. Grand Bazaar adalah bazaar yang terlama di dunia. Tempat yang sangat sesuai untuk beli souvenir sebagai contoh, handmade pottery (pinggan mangkuk hand-painted & decorative set), copperware, turkish delight, turkish coffee set, tshirt, ahhhh sesuai untuk golongan 'decorator'!

Aaaaaa tashabar nak sampai ke Grand Bazaar. Entah apa yang aku akan jumpa entahlah. Grand Bazaar ni macam downtown kot something like that.

Ada barang ori, ada barang fake. Pilihan di tangan anda! Lewls.



Pintu masuk Grand Bazaar. Seingat aku nak masuk ni akan ada spot-check apa benda entahlah.



Nah sekeping gambar bagi penggemar pinggan mangkuk. Ahhhh rasa nak beli semua! =P




Grand Bazaar ni ada yang kata murah, ada yang kata mahal. Ikut pengalaman aku, Grand Bazaar ni murah. Tapi ada tempat lain yang jauh lebih murah. Bila kau mengunjungi kawasan pedalaman, orang-orang situ akan jual benda yang sama dan lebih murah daripada di Grand Bazaar.



Shopping dekat kedai Pakcik ni. Yang bestnya, dia boleh cakap Melayu 100%



Luar Grand Bazaar ni ada restaurant (just in case). Tempoh masa untuk shopping di grand Bazaar dalam 45 - 1 Jam. Yup sekejap je, bagi aku boleh lah jalan-jalan dalam bangunan Grand Bazaar tu untuk gain experience. Kalau nak shopping murah maybe dekat luar daripada bangunan tu tapi tak banyak pun, bergantung apa yang kau nak beli. Mehmeh.



SPICE BAZAAR

Selepas hampir satu jam di Grand Bazaar, destinasi seterusnya adalah Spice Bazaar. Fuh, sumpah best! Kalau Grand Bazaar boleh di labelkan sebagai bazaar yang tertua di dunia, Spice Bazaar pulak  adalah bazaar yang terbesar di dunia. Besaaaaaaaaaaaa banget. Sampai ada yang tersesat. Phew.


Masuk lah sini, segala rempah ratus bunga cengkih bunga lawang semua ada.


Masuk sini semua boleh cakap Melayu. Tiber.
Mostly kedai dalam ni sama je yang berbeza harga. Since masa tak banyak, aku grab je Turkish Delight dekat kedai yang berhampiran pintu masuk. Arghhh Turkish Delight ni wajib beli sebab sedap gila! Ada banyak jenis perasa yang boleh di rasa sebelum beli. Kecur air liur jap menaip sambil cerita pasal makanan.

Turkish Delight yang aku beli ni satu kotak ada beberapa pcs TL70 rasanya.


Gambar atas ni aku ambil di lorongan-lorongan kecil di mana dekat lorongan ni takde orang Malaysia pun. Sebab mostly orang Malaysia, shopping dekat dalam bangunan Spice Bazaar. Kalau di explore kat luar ni (lorongan yang aku maksudkan tadi), harga dia jauh lebih murah. Lagi masuk ke belakang nun jauh di sana, lagi murah harga dia. Lewls.



AMBOI! Fefeling Turkish ladies jap.



Al kisah, semua orang dah berkumpul dekat point Emre (tour guide) berdiri. Tiba-tiba ada dua orang daripada ahli kumpulan tak muncul-muncul. Hampir satu jam lamanya menunggu sambil mencari. Setiap orang dalam group ni pergi cari merata tempat. Tak jumpa.

Guess?

Final decision, aku dan team bujang yang lain pergi menjelajah seluruh Spice Bazaar termasuk di lorongan kecil tadi mencari ahli yang hilang. Perasaan waktu nak melangkah jejak kan kaki ke lorong tu macam - macam ada, seram, pelik, awkward. Sebab semua berpakaian hitam. Identiti tak dapat di kenal pasti. Lewls.


Ececeh.


Huhuhu. Ni lah suasana nya bila dah masuk ke dalam lorong-lorong dan simpang-simpang di belakang Spice Bazaar. Padat dengan manusia. Ada cerita lain di sebalik misi menjelajah spice bazaar sambil mencari dua ketul ahli yang hilang dari radar.


Misi mencari bertukar misi membeli belah sebab harga di sebalik manusia berpakaian serba hitam ni, murah namati! Stop misi mencari selama beberapa minit sebab nak melayan nafsu shopping punya pasal. Takdelah shopping sangat. Sorang rambang mata tengok snowcap, sorang sejenis tak boleh tengok earphone. Waktu ni lupa dah siapa yang hilang siapa yang muncul LOL.

Yadda yadda yadda.

Dua ketoi ahli yang hilang ni dah selamat di jumpai tapi bukan dekat Spice Bazaar. Dekat luar daripada Spice Bazaar nun jauh di sana. Siap kena naik train nak bawak balik. Yang bawa balik mangsa-mangsa yang hilang ni (Ustaz Iqbal Hakim) leader group ni. Nasib baik la penyabar orangnya. Hahahah!

Kami pun pulang ke checkpoint dengan berplastik-plastik barangan. Ok tamat. Aku pun belanja lah selfie sekeping dengan mak aku.

                         


BOSPHORUS CRUISE TOURS

Bosphorus ini adalah laluan air ataupun lautan yang memisahkan antara dua benua iaitu Asia dan Europe. Salah satu highlight aku dalam itinerary journey di Turki adalah Bosphorus Cruise. And tak perlukan transport untuk pergi ke cruise sebab tempatnya beberapa meter sahaja dari Spice Bazaar, mengambil masa 5 - 10 minit sahaja untuk ke cruise.

Sebelum aku sampai dekat sini, aku dah tak sabar nak jejakkan kaki dan duduk menikmati angin lautan Bosphorus. Pengalaman yang tidak akan pernah padam jauh di lubuk hati. Boleh hilang stress tengok laut! Tapi sekarang ni dapat tengok laut dekat Malaysia jelah. Ok whuttt. Erk?


Sebelum naik cruise, akan melalui laluan pejalan kaki untuk ke restoran iaitu laluan di bawah Gala Bridge. Sepanjang laluan pejalan kaki itu adalah restoran makanan laut yang menjadi kebiasaan bagi pengunjung yang datang. Aku menikmati juadah makanan di tepian laut Bosphorus. 


SUMPAH TAK SEDAP! tak tipuuuuuu halamak! Apa ni semua sedap ni?



Menyempat. Sebelum naik cruise.
Cruise yang aku naik ni adalah private cruise. Dah termasuk dalam package yang aku pernah mention dalam entri Turki Part 1.



Kiteorang pilih untuk duduk atas, kalau duduk bawah sesuai untuk warga veteran. Atas ni memang tempat berpesta gamaknya kalau malam-malam. Pesta muda mudi. Tapi kami berpesta style kami dah laaa. Kahkah.



Subhanallah. What a beautiful scenery I have ever seen. Tambah pulak ada figure manusia dalam gambar ni, dia punya cantik tu sepuloh kali ganda. Ok done riak tiga saat. Jangan kecam!

Angin dia bukan angin sepoi-sepoi bahasa lagi dah. Ni dah macam angin halilintar. Nasib baik lah tudung aku tak tercabut. Wakaka.

Tips : Bila tiba hari nak naik cruise, jangan pakai tudung sarung nanti tudung boleh tercabut. Kahkah.


In case dah sejuk sangat sampai terasa nak pengsan ke belakang. Boleh order air panas TL 5 je rasanya. Aku pun lupa. Tapi murah ja laaaaa.


Atas ni adalah Martyrs Bridge ataupun Bosphorus Bridge ataupun Fatih Sultan Mehmet Bridge. Bridge ni lah yang menjadi pengantara dan 'connector' antara Europe dan Asia. Tempat ulang-alik Europe ke Asia by bus or car.

2 hours non-stop short Bosphorus Cruise sambil menikmati keindahan semualajadi Istanbul yang tak pernah terfikir dek akal. Di kawasan Istanbul waktu ni kalau tak naik cruise adalah 7 Celsius. Tapi kalau naik cruise, terkena pulak dia punya angin 7 celsius tu, sejuk terketar-ketar tak hengat duniaahhhh. Keras membeku tangan aku walaupun dah pakai glove. Sejenis kadang-kadang kulit buaya kadang-kadang kulit bawang.


The best moment ever. Bila kau pilih untuk duduk dekat atas. Selain dapat melihat bangunan-bangunan sejarah di Turki. Kau jugak dapat bagi burung makan. Hehehe. Campak-campak je roti nanti burung tu datang serbu. Lol.



Dolmabahce Palace (kanan)

 Masih di dalam lautan Europe. Bangunan ni adalah bangunan peninggalan kesultanan Ottoman. Dalam itinerary dan package yang aku join ni, Dolmabahce not included. Puh-leaseeeeee letak Dolmabahce Palace ni one of place yang wajib pergi!



Emangnya harus ku bilang wow gitu lorh?





Lawaaaaaa T_T




Masjid Ortakoy - Di bangun kan oleh Sultan Abdul Majid.



Suasana di atas cruise. Kerusi dalam gambar ni banyak kali tumbang. Haaa gitulah.



Tengok apa tewwww?



EYUP AL ANSARI MOSQUE

Tempat terakhir melawat adalah makam sahabat Nabi, eyup al ansari mosque.







Ini adalah dinding di luar masjid, di tutupi dan di cover dengan Iznik tiles berwarna biru dan hijau turqoise. So cantik!


Perjalanan keluar daripada masjid. 




Huhuhu. Dah habes aktiviti hari ni. Terus sambung perjalanan ke hotel yang lain di Bursa untuk bermalam di sana. Sesampainya di Bursa, hotel dah prepare dinner. 



Sedap ke tidekkkkk?


Fuh penat yakmat waktu ni. Balik hotel. Tidur. Sambung next entri ya!
Hi Bursa! Cant wait to explore you! =DD