Assalamualaikum =)

Esok kerja?



Jejari-jejari runcing mula menaip. Terpanggil aku lagi sekali untuk aku ceritakan journey aku di Turki. Sebelum, semasa dan selepas halamak! Fuh, aku menaip sambil new tab aku pasang lagu di Youtube - Empty Space by Dalia Farhana & Naim Daniel. Sumpah, empty teroks!

Zasssss! Bermula lah perjalanan aku ke Turki dengan membawa 65kg beban dalam kepalotak sebab sesampainya aku kat Malaysia ada lagi beberapa hari nak exam. Dengan semangat aku dan groupmate aku study sampai ke minit terakhir mula exam. Aku melepasi tangga dan fasa pertama hidup aku. Maigadddddddddddd! *makan pulut kuning berjemaah*



Travel aku kali ni aku gunakan package dari

Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd
Group Series Departures (10Days 7Nights)
22 Dec 2018 - 31 Dec 2018




Buat masa sekarang aku akan share journey dan gambar-gambar di Turki. At the end of the story aku akan update tips, dan tempat aku shopping baju sejuk dengan harga yang reasonable, segala preparation aku nak pergi sana. So keep update keep reading keep sharing keep stalking! Aaaagituhhhh.


Flight yang aku naik ni adalah flight Mahan Air. Mahan Air akan transit di Imam Khomeini Airport, Tehran. Dari KL - Tehran (transit) - Istanbul. Mahan Air tak direct ke Istanbul. Kalau nak direct ke Istanbul maybe Turkish Airline.

Flight dari KL ke Tehran pada pukul 11 lebih malam seingat aku (berkumpul di Airport platform M pukul 830 malam), andddd yupppp Mahan Air akan provide makanan 2 kali. First beberapa jam lepas fly, second 2 jam sebelum landing. Ya of course makan provided! Sampai hilang selera makan aku dia bagi makanan T_T


IMAM KHOMEINI AIRPORT


Ececehhhh muka terharu dah sampai Tehran. Uhuk uhuk.

Transit dekat Tehran akan ambil masa almost 3 jam waktu pergi, tapi balik ke KL nanti 7 jam lamanya taw!. Huhuhu berkampung lah aku 7 jam dekat airport sana. Makan tido makan tido! LOL.


BUHARA 93 RESTAURANT


Sesampainya di Istanbul,  first thing first penuhkan perut di Buhara 93 Restaurant, one of Halal Turkish Food/Restaurant. Sini rata-rata yang datang memang in grouping, family, traveler. Service pun laju, no wonder! Kena laju sebab aku dah lapa.



Menyediakan makanan Turkish! Homaiiii. Antara makanan yang di hidangkan adalah Nasi ala-ala-pulut-version-sedap, kebab ayam, kebab daging, salad, sup, dan flatbread kalau perasan yang atas belah kanan tu. Nyumyyyyy laaahhhhh weh. Hahahah.


Antara sajian makanan yang ada dekat sini. Hihi.
Dah habes makan, hala tuju seterusnya adalah ke tapak sultanahmet.



SULTANAHMET SQUARE & HIPPODROME


Ini adalah German Fountain yang terletak berhampiran dengan Blue Mosque. Air pancut yang cantik berstrukturkan 8 columns lekukan and the only fountain yang ada di kawasan dan hujung jalan Hippodrome, reka bentuk dan architecture fountain ni jugak disaluti gold mosaic dekat ceiling atas tu. Wajib lah stop kejap amek aura-aura "gold". Haha. Lawa gila! Must visit*




Bergambar di Hippodrome Square. Hipprodrome mengikut kefahaman, adalah tempat peninggalan ataupun stadium sukan dan pusat sosial. Erk? Boleh lah gugel kalau nak tahu dengan lebih jelas. Sebab aku pun dah lupa. Lol.


AYASOFYA / HAGIA SOFIA





Huhu. Sekejap je dekat sini. Lepastu perjalanan di teruskan ke Ayasofya.
Aaaaaaaa Ayasofya atau nama lama nya before jadi muzium adalah Hagia Sofia, in Malay nya Suci dan Kebijaksanaan. Sekarang bangunan ni dah di jadikan masjid and muzium Ayasofya semenjak Fatih Sultan Mehmet conquer Istanbul. Wow! And Ayasofya juga dah di-protect by UNESCO.

Thanks Emre, first tour guide yang guna English yang senang faham dan sebijik-sebijik bila explain. Hahaha.



Pintu masuk.


Hehehe. Hi mak cik belakang. Nak join ke tewww.


Dalam muzium ni ada satu tempat, tapi aku tak ingat apa nama tempat ni. Ada satu ruang tu nama dia 'wishing hole', di percayai siapa yang berjaya pusing jari yang dah diletakkan dalam ruang 360 darjah, akan dapat lelaki kaya. Aku pun try laaaa, sanggup laaa beratur panjang nak tengok effect punya pasal hahaha karut betul.



Architecture lain yang buat aku impressed adalah muzium punya ceiling dan lampu-lampu dia. Walaupun dah jadi muzium, semua christian figures tak boleh di rosakkan atau dimusnahkan sebab dia dah di cover dengan marble and gold. Contohnya, painting pada first floor bangunan ini di cover dengan marble and tingkat atas sekali terdapat monumen 'angel' bersayap 8 pada dinding.

Wajib naik sampai atas, perfect lighting and angle untuk korang amek gambar! Wuisk.


Waktu ni masih kat bawah, belum naik atas-atas. So temperature waktu ni 7 darjah celcius. In case, perlukan air panas. Ade je cafe dekat depan muzium tu.




BLUE MOSQUE


Roti simit


Roti ni agak liat. Sedap makan dengan Nutella. Kalau nak rasa lagi Nutella, boleh lah beli Nutella dekat sini. Jauh lebih murah berbanding dekat Malaysia.


Blue Mosque. 


Waktu aku datang sini tengah renovation.



Ni dalam blue mosque. Huhuhu. Nak masuk dalam ni kena bukak kasut dan masukkan dalam plastik yang dia sediakan dekat luar. And bawak kasut masuk dalam masjid. Masjid-masjid kat sini mostly memang macam tu.


TAMARA RESTAURANT & CAFE

Petang makan di sini! Ohmaiiiiii =D





Brown rice agaknya? Dengan kebab daging. Waktu ni dah penat, sumbat apa semua makan. Yang tak makan pun tiba-tiba makan. Lewls.





Sebelah kedai makan tamara ada kedai souvenir. Boleh lah shopping sini! Tapiiii makin jauh perjalanan, makin murah harga barang kau akan jumpa. Hihihih.


Okay. Jumpa lagi next entri!