Assalamualaikum =)

"One of the most sincere forms of love and care is when someone prays for you without you ever knowing. Be that beautiful someone" (mufti ismail menk)


Eh hai silent readers dan warga netizen sekalian. Aku mencuri masa aku dan luangkan sedikit masa untuk kemaskini belog aku dari hari ke hari. Terima kasih masih setia menjadi silent readers laman sesawang ni dan jadikan belog 'Aonaa' sebagai hobi sebelum tidur. (ehek ehek) Harap masih ada yang sudi baca walaupun cuma seorang. Aku tetap menulis dan bercerita untuk kau seorang. Yas!

Okei, beralih pada tujuan aku menaip entri kali ni.


Sabtu dan Ahad lepas sebelum aku balik kampung terchenta (di Penang) nak sambut Raya EH SELAMAT HARI RAYA CUOLS! Aku berkesempatan menginap di Setia Sky Residences untuk satu malam dengan Si Anis, kawan baik ku merangkap kawan jahat ku. Lewls. Ini semua hasil culture shock kami berdua nak menginap sini sebulan sebelum Ramadhan tiba. Alhamdulillah we did it! Walaupun banyak kecelaruan berlaku dalam otak ni, hidup kena survive sis. Macam mana nak survive? Hati kena kering. Tapi hati aku macam kain sutera! Kain sutera yang berkualiti. Aaaagituh...



Sorry, low quality picture. Please recommend me a good camera?
Aku dan Si Anis on the way dengan situasi yang huru hara lagi kelam kabut ke Setia Sky.
Masing-masing.


Cukup 2 buah lagu kau pasang dekat radio (8 minit), baru sampai parking lot floor 3. Koghaser? Tinggi melangit! Setiba nya aku di sini terus jumpa En Suhaimi di parking lot untuk ambil kunci rumah. Friendly dan humble! Nak kata handsome tu. Rasanya bapak aku lagi handsome ihiks gurau je =P

Oh ya, sistur dan brada sekalian. Jangan risau sebab, once kau dah dapat contact dengan En Suhaimi, dia akan bagi check-in instructions (Block, Gate No, Tower, Parking Lot, etc) keep update say hello dan akan dapat pesanan berbunyi ini

"I wish you and family in good health and success in life, carrier and business." Tiba-tiba. Nampak tak friendly dan humble dia tuh? Ahaaaaaks.


Dua photo di atas ni adalah dining and kitchen area. Plan nak buat Baked Macaroni Meatball dengan Pizza sambil tengok TV dan menikmati suasana malam berpandangan 88 tingkat KLCC. Non-hado! Yang hado kuih samosa Si Anis beli dekat bazaar Seremban lepastu buka puasa dalam kereta. Ini je yang sempat. Kau tengok aku, aku tengok kau. Emosi celaru seketika. Lewls.

Sebab masing-masing rushing. Si Anis dari Seremban, aku dari office.

Selain dining dan kitchen area, ada jugak bilik khas/stor mencuci pakaian (washing machine), peralatan membersih rumah - mop lantai, penyapu, penyodok. Free WiFi included! Hamagad.
Bestnya siapa yang nak stay lama tu!

Please be noted that, Setia Sky Residence is the puurrrfect and right place untuk yang nak stay atau travel ke Kuala Lumpur for work or business. Yup!


Toilet dan bilik mandi yang selesa boleh sumbat hampir duapuloh orang manusia gamaknya. Actually yang atas ni toilet, sebelah kanan dia bilik mandi. Boleh di jadikan bath tub jugak untuk budak-budak mandi. Untuk rumah ni, segala toiletries mungkin ada dan mungkin takda secara mengezuttt. Boleh try check dulu dengan tuan rumah.

Disebabkan banyak kezutan dalam hidup aku, aku pun terkezut sebab aku tak bawa pencuci muka. Aku pun bergaduh sepuloh minit dengan Si Anis perihal pencuci muka yang aku lupa nak bawak nih. Maka aku dengan perasaan terkezut nya tepek lah pencuci muka yang sedia ada dekat rumah ni. I is redha. Kalau tak selesa dengan pencuci muka tuan rumah ni - jangan lah lupa pencuci muka sendiri. Oke tamat lah kisah pencuci muka.


Bilik tidur aku dan Si Anis with air-conditioning.
Bilik ni berhadapan dengan toilet di mana ada dalam satu bilik yang sama.


Of course swimming pool provided dekat 5th floor (and also kedai runcit just in case) kalau tak nak mandi dekat bilik air rumah ni.

Fret not, En Suhaimi sendiri akan bagitahu the details. Yang penting, semuanya ada dekat sini. Apa yang takda? Saya. #eh




Ruang tamu. Disebabkan aku dengan Si Anis berdua je dalam rumah ni. Kiteorang gunakan konsep campak-mencampak barang lepastu masing-masing landing kepenatan. Zassss! Kan best kalau ada orang tolong urut kaki kita. #eh #janganharap

Harharhambar. Lupakan jelah.


Oke guys, girls, dan gays sekalian. Siapa-siapa yang datang dari jauh, datang dari Perlis, Kedah, Johor, Kelantan, Penang, Singapore, Indonesia atau dari mana-mana negeri/negara dan nak menetap di bandar Kuala Lumpur for any private event (birthday party, bridal shower, open house) leisure or business dan mencari tempat yang strategik, nightlife, rumah yang selesa. Boleh contact nombor telefon dan maklumat yang tertera di bawah ini:


Contact :
En Suhaimi - +60132258591 (SRX Diversified Sdn Bhd)
Syamim - +60194666655
Abang Long - +60132258591

Address : nearby Kg Baru, Perpustakaan Negara, Institut Jantung Negara, HKL.
Setia Sky Residence,
76, Jalan Raja Muda Abdul Aziz,
Off Jalan Tun Abdul Razak, 50300
Kuala Lumpur, Malaysia.

Check in time : 3PM
Check out time : 12PM (noon)

Harga satu malam depends pada season dan waktu booking. Harga nya akan mahal kalau last minute book/public holiday/weekend. Maybe boleh plan 2 or 1 month before hari kejadian dan price range untuk rumah yang aku menginap ni confirm antara RM150- RM200 per night. Huhu best kan =)

Thanks for lending me your eyes for reading this entry. Dont forget to enjoy your holiday! =)