Assalamualaikum. Hai! =)

Alhamdulillah, ada rezeki lagi antara aku dan kau bertemu mata-tulisan. Mata kau, dan tulisan aku. Hari ni ada dua topik berbeza tapi ada kaitan antara satu sama lain. Aku tak pasti dari mana datang per-kaitan tu. Mungkin suratan atau kebetulan. Erk? Lewls.

Bangun pepagi buta aku teringat "oh nak meet up someone today."

Ya Allah malas nya nak keluar rumah, nak kena start enjin kereta, nak kena tunggu traffic light warna merah bertukar hijau. Aku gigihkan juga walaupun lately berasa 'demotivated' teruk. 

One of the way aku nak terapi diri aku daripada rasa 'demotivated' yang bebal nak arwah adalah keluar rumah - jalan-jalan, beli makanan, tengok sungai, masuk hutan, tengok wayang seorang diri. This is what we called it as.... Life.

Life sebagai seorang Ainaa. Kadang-kadang lifeless! Kau kena terima ups and downs dalam hidup kau. Sebab itu jalan yang kau pilih. Percayalah, kau akan jumpa jalan keluar, Ainaa. Monolog aku sambil drive ke library.

Drive ke library, library TUTUPPPPPPP! Koghaser? Ini adalah lawak paling kasar sekali harharhar. Aku tukar plan ke MyTown. 3 jam bertapa dekat MyTown mengadap lappy Acer warna hitam dan lelaki tulen berbaju hitam.

Sampai lah masing masing decide untuk berbuka dekat mall tu (MyTown) since jam dah pun pukul 530pm. kehkeh.


Ketulan-ketulan ayam sebagai juadah berbuka puasa kami. Kami kengkonon tak makan nasi, nak makan ayam. Fefeeling omputeh kejap.

Last minute / unplanned iftar.


Sementara lelaki tulen berbaju hitam pergi surau, aku menapak satu mall tengok kedai makan nak iftar kateko. Mostly kedai full house (waktu ni pergi pukul 530pm dan kau expect apa? kahkah)

Mujur ada kedai yang masih menerima kami sebagai pelanggan mereka untuk berbuka puasa T_T Thank you WingStop! Kerana WingStop, kami dapat dua table LOL. Terharu ni tsk tsk *nangis bawah meja cashier WingStop*



Promotion ni aku syak untuk orang tak puasa. Hai warga perempuan yang tak berpuasa, boleh ke sini dan nikmati kerangupan ayam di sini. Homai!


Order here. Jangan order dekat cashier atau kakak warga Bangladesh, nanti kena maki. Serious talk.






Kami pilih set Combo (RM32.95)

Half Chicken.
2 Sides (Coleslow & Fries)
2 Drinks


Half Chicken ni ada 12 pcs ayam. Dan 4 flavours. Flavours ni ada pilihan.
Yang menjadi pilihan kami, dari kiri :-

Texas Creamy Curry - spicy
Hickory Smoked BBQ - smoky dan sweet
Balinese Spice - topped with garnishing (paling aku suka)
Louisiana Rub - serpihan pepper dan garlic spices (lebih rangup daripada yang lain)



Di pertengahan kunyahan kami, kami terpaksa tambah order set combo Quarter Chicken (RM16.95) atas desakan perut dan tekak yang melampaui batas. Amboi dia.

6 pcs ayam dan 2 flavours
1 side (fries) & 1 drink (ice lemon tea)


Flavour yang menjadi pilihan lelaki tulen berbaju hitam (sebab dia yang order) adalah:-
Garlic Parmesan
Balinese Spice




Fuhhh, seriously kenyang dan sedap yakmat. Level kesedapan adalah sehingga menjilat ibu jari kaki. Kakakaka!

Ya. aku makan memang pesen bersepah sikit. Sekian.