Assalamualaikum =)

YOGYAKARTA (PART 1) - ITINERARY/COST/TIPS
YOGYAKARTA (PART 2) - DAY 1 & DAY 2

Hehehehe gelak sikit, muram ja. Dah masuk bulan dobelas ni, umur pun hampir naik satu angka je lagi. Ya allah kenapa aku berasa macam tak nak berganjak dari umur 23 ni. Aku rasa nak kekal 23. Sebab 23 ni tahun paling kau enjoy zaman muda kau. Masuk 24 tak enjoy sangat dah. Sebab nak focus belajar dan masa depan. Eh yeke? InsyaAllah doa baik-baik lah eh. Kahs

Hehe. Maaflah lambat update aktiviti aku hari ketiga dan keempat di Jogja. Busy nokharom. Sekarang aku dah rileks sikit. Aku dah lega, bebanan dalam kepala pun dah hilang. Kiranya aku dah reset otak aku ni. Pernah satu ketika dulu lect aku pesan awak ni nak kena tambah lagi ni gigabyte dalam otak ni kahkah (since aku seorang yang kadang-kadang cepat blaja, tetibe jadi lembab 10 hari) aku pun tak pasti lah, yang aku jadi lembab 10 hari tu mungkin sebab aku mengalami masalah kemurungan 10 hari, wakaka. Pehhhtu ok dah. Eleh ingat kita ni lembab sangat letew :3

DAY 3 - MOUNT MERAPI JEEP TOUR


Hari ketiga - pepagi buta pukul 4 dah gerak ke Mount Merapi (Jeep Tour). Sampai sana around 4:50 am.


Aku amek package yang sunset. Padahal sunset takde pun haritu. Sebab cuaca dia agak berkabus sikit. Huwaaa :(
Lepastu pulak yang sunset ni yang paling mahal (kengkonon mahal sebab best lah ken- melalui ni ko dah boleh tengok aku punya expectation macam mana haha). Better kau amek package yang tak sure berapa RM, tapi ada yang jeep dia lalu dekat air/sungai something like that. At first aku nak ambil yang tu, tapi macam mana ntah, aku terlampau terpesona tengok gambar-gambar sunset dia agaknya.

Lepastu. NON-HADOOOOO. Sunset ke mana, mount merapi ke mana. KAHKAH.



Tak sejuk sangat. Tapi kau datang sini wajib pakai mask. WAJIB! Please please please pakai mask. Demi penjagaan kesihatan dan jangka hayat yang lama. Sebab aku memang tak tahu keadaan kat sini berdebu teruk camtu. Dah sampai atas ada kedai, aku tanya orang tu ada jual mask tak. Ahh mujur ada. Tak bernafas aku sepanjang jalan nak hirup debu.


Korang nak bermalam dekat sini pun boleh (ni untuk orang muda mudi je), macam nak overnight and heart to heart session ke? ceh sukahati aku je bagi idea merepek nih. Sebab waktu aku datang sini pukul 6 macam tu. Ada beberapa budak muda dalam lingkungan 20-an, baru bangun tidur kat atas bukit sana - berbekalkan gitar, tikar, etc. Nampak macam best. Why not :P




Next station dia akan bawa ke tempat ambil gambar yang memang ngam lah. Maksud aku, kalau ada sunset and cuaca elok, memang helok gambar kau. Gambar yang cuaca tak berapa nak baik ni pun cantik, apa lagi yang ada sunset hehe :P So korang manage lah sendiri kalau bebetul nak sunset, maybe kena datang lagi awal. Atau check dulu cuaca dekat sini sebelum datang. Haa macam tu.


Hehehe. Seterusnya, kami dibawa ke Muzium Mount Merapi dan Batu Alien. Cuba tengok gambar atas ni, sebuah batu yang berupa muka alien- mata, hidung, mulut. Amayyyyzingggg!
Muzium mount merapi tu pulak, peninggalan penempatan dan barangan serta rangka-rangka haiwan yang musnah akibat daripada letusan gunung berapi. Fuh, memang menyayat hati.


Lama jugak lah dekat atas tu, maksud aku tour ke mount merapi agak lama. Dalam 4 jam gamaknya. Sebab ikut package. Lain package, lain harga, lain tempoh waktu tour, lain tempat melawat dan lain laluan jeep :D

Selama 2 jam perjalanan dari mount merapi ke candi borobudur. Sempat tidur okei. Bukan sempat, memang kau masuk-masuk je van/kereta. kau akan terus tidur. Yelah, dah bangun awal pagi, pastu kau pergi tour pulak mount. Mana kau tak tidur nya? Mount taw, bukan hills! Hahaha.


DAY 3 - CANDI BOROBUDUR



Sampai lah. Panas yakmat. Untuk tips nak ke Candi Borobudur ni. Jangan lupa prepare barang-barang ni dari Malaysia! 

1) Topi/payung (prefer topi sebab leceh nak pegang payung)
2) Sneakers
3) Baju cotton material (sebab sumpah panas namatiiii)
4) Air mineral (beli dekat sini pun boleh)
5) Bagpack kecil (bawa bag sandang kalau boleh, sebab nak menapak sampai atas. Dengan panas lagi. Dengan eh macam-macam lah)
6) Sunglasses


Kalau kau tak pakai topi/payung, memang muka kau hitam. CONFIRM! ok bai.


Okei. Aku bagitahu bawa awal-awal dari Malaysia (kecuali air mineral) sebabbbbbbb. Dekat candi borobudur tu, kau keluar je dari van sampai lah ke candi tu, sejuta lemon orang berkerumun suruh kau beli topi, payung, sunglasses segala mak nenek yang aku senaraikan kat atas tu. Kahkah.

Nasib baik aku dah complete semua. So dia tak kerumun lah dekat aku. Dia kerumun dekat makcik-makcik aku yang takde topi tu ha. Makcik aku pun beli laaaaaa hahaha :D

Lagi satu, kalau kau tak nak beli, please- tolak cara baik. Contohnya "terima kasih Mas/Mbak/Kakak" atau "thank youuuuu" sambil senyum sampai lah dorang pergi. SEBAB kalau kau cakap "eh tak nak tak nak. Saya tak nak. Saya dah ada blablablabla" memang dia akan ikut kau dan paksa kau beli jugak sampai kau tetibe TERBELI. Daripada kau takde sunglasses tetibe ADE taw! Maka kau pun pakai lah dengan rasa keterpaksaannya hahaha.


DAY 3 - PULEPAYUNG

2 Jam lagi perjalanan ke pulepayung. Penat serious. Mungkin penat terhasil daripada pendakian tangga candi borobudur tadi tu kot. Penat, layu, lemah, eeeee semua ada. Tapi memang kalau travel ke Jogja memenatkan sikit. Travel apa je tak penat masalah skrg? Kahkah. Takdelah- kali ni punya travel lebih penat sebab tempat-tempat semua adventurous kaaauuuu.

Maaf untuk di pulepayung ni gambar ada masalah teknikal sikit nak download. Kalau nak view, boleh visit instagram aku. Atau google. Tapi tempat ni wajib letak dalam list! Dapat tengok view yang sangat cantik! Ambil je gambar banyak-banyak (jangan risau sebab ada photographer), then nanti gambar tu akan di transfer ke phone kita. Kita yang akan pilih dulu gambar mana kita nak, then dia transfer ke phone. Bayaran satu gambar RP3-4K je. (RM1)

Contoh ambil 10 gambar. So 3K x 10 keping = RP30K (RM10). Mostly dekat Jogja akan guna perkhidmatan transfer gambar, jarang sangat print-print gambar ni. Bagus juga la kan? Generasi sekarang kan memang jenis upload gambar dekat media sosial je atau jadikan terus photobook. Dah takde/jarang (orang tak minat) print-print gambar atas pinggan, CD etc :DD


DAY 4 - KILANG BAKPIA, PASAR BERINGHARJO



Alhamdulillah, dah sampai ke penghujung entri. Tarik nafas lega sikit haha. So pepagi tak buta sangat, kami ke kilang bakpia (lupa nama kilang dia), tapi korang boleh google kilang bakpia yang pemes yang memang orang Malaysia pergi situ. Sebab kilang bakpia yang aku pergi nih, pak supir ni men bawak je kilang ikut suka hati dia. Redha lah. Hahaha.

Untuk pengetahuan, bakpia adalah ole-ole wajib dari Jogja. Kiranya, kalau kau bawa balik Bakpia ni, orang mesti akan tahu kau pergi Jogja. Haaa camtu.

Sedapppppppppp okei. MUST TRY! Aku beli hampir 8 kotak. Entah nak bagi sesapa ntah, men beli je. Dah balik Malaysia baru fikir nak bagi siapa. Ahaks.





So next destination kiteorang adalah Pasar Beringharjo. Takde gambar, silalah google. Sebab aku pun tak berani jugaklah nak bawa keluar phone/camera waktu dekat pasar ni. Kata pak supir, sini bahaya. Banyak penyeluk something like that. So bag pun kena berjaga-jaga. Handbag-handbag tak perlu kot. Macam aku cakap tadi, bawa bagpack. simple.

EH TAPI SUMPAHLAH MURAH GILA KAT SINI! haaa terkejut kau. Tapi tapi tapiiiii please ronda satu pasar tu dan survey-survey harga.

Ada kedai ni, murah-murah. Aku bagitahu terus. Kalau masuk je pintu masuk utama, kedai dia dekat lorong-lorong belah kiri. Bebetul-bebetul lepas pintu masuk. Sederet kedai tu murah oi. Tak percaya pergi lah survey kedai-kedai tu dengan kedai-kedai kat dalam. Ihiks.









Last, pergi makan dekat Waroeng Spesial Sambal. Ada hampir 28 jenis sambal kot? MUST TRY MUST TRY! Sambal dia ada yang manis. Ada yang pedas. Nasihat aku - setiap orang order/pilih berlainan sambal, so korang boleh rasa sambal-sambal dia. Ni wajib kayh!




Ni barang yang aku dapat tangkap dekat Pasar Beringharjo. Bag rotan tu aku dapat RP 120K je. Try convert dalam RM dapat berapa. Mur mur murrrrr jerrr. Nak dapat mur, pergilah kedai yang aku cakap tu. Masuk pintu terus ke kiri, dan hujung sekali. Sederet tu murah nak dibandingkan kedai lain jauh lebih mahal cekik darah cekik leher semua ada. Sis marah ni, sebab dah terbeli yang mahal sikit. Hahaha.

Okei, tamatlah penceritaan aku selama di Jogja. Harap korang faham dan boleh dijadikan panduan untuk sesiapa yang nak pergi Jogja tu ya :) Terima kasih sebab stay dari awal sampai akhir titik noktah ni. Hehehe. Jumpa lagi!