Assalamualaikum.

ITINERARY | COSTS | TIPS (Previous Post)

Wow, tak sangka previous entri dapat sambutan yang agak memberangsangkan. Jangan lah muak erk tengok aku kerap hupdate pasal Jogja ni dekat socmed. Sebab aku suka share, sharing is loving. Tapi.... kalau share pakwe macam mana? Ahh lari topik ni. wkwkwkwk.

Aku punya flight pukul 315 petang. Aku pun tak pasti kenapa ambil flight petang, maybe pagi tu nak prepare and take time untuk ke airport kot and tak nak kelam kabut. Sebab aku pergi dengan saudara-mara dan makcik-makcik aku. Semuanya jauh-jauh, dari Sg Petani, Penang. Amboi dia.

Tiba di Airport pukul 6 petang (dah maghrib dekat Jogja). Uhuk-uhuk sampai je aku dah nampak Pak Bagio (driver) pegang kertas nama "Miss Ainaa". Friendly dan humble. Please contact dia kalau nak pergi Jogja! Dia sangat on time dan professional dengan kerja dia sebagai driver. Kalau kau cakap nak gerak pukul 3 pagi, pukul 250 dia dah sampai. Wow kan! Nak dapatkan contact number dia please CLICK HERE

Tempat pertama aku pergi mestilah MAKAN. Lapar oi! (walaupun dah makan dua bungkus nasi dalam flight siap request nak teh tarik wakaka lapar teruk, daripada pagi tak makan ke hulur ke hilir ko bayangkan)

Kedai makan yang ada dalam list itinerary iaitu Ayam Penyet Surabaya. Untuk pengetahuan, kedai-kedai makan ni aku survey dulu before aku datang sini, survey and baca review gak. Ayam Penyet Surabaya highly recommended. And memang sedap namatiiiiiii. That time aku tiba-tiba rasa macam takde selera plak nak makan, sebab rasa dahaga je. Tapi aku rasa lah sikit mak aku punya nasi. Phewww sedap wei. Dia punya nasi, sambal-tak sama dengan ayam penyet Malaysia. Gitew. Kalau boleh, atau rasa macam balik hotel/homestay nak tidur lambat, nak chill-chill dulu, pastu rasa macam akan lapar balik- puh-lease lah take away sebungkus dua. Kah!

Lagi satu, aku pilih Ayam Penyet Surabaya ni sesampai di Jogja sebab kedai ni nearby airport. Uhuks.


NEXT

Alun-alun Kidul. Alun-alun kidul ni speda blink blink bak kata Pak Supir, kau kena kayuh sendiri. Setiap tempat duduk akan ada tapak kayuhan. Kalau tiba-tiba rasa slow and berat tu maksudnya ada lah tu yang tak kayuh tu erm :D Hehehe so  kayuh lah keliling bulatan dekat situ. Sesuai sangat tempat ni nak bawa anak-anak kecil.


DAY 2

The next day, breakfast dekat homestay. Makcik-makcik memasak. Rumah penuh dengan kelengkapan, dah macam rumah sendiri. Cantik dan bersih dari segala sudut. Homestay ni kepunyaan Pak Qowim dan Bu Sri. Baik ya amat. Humble and very welcoming person. Sampai je rumah, terus tanya "Mbak Ainaa yang mana ya?" Haaa sini Bu hahaha. Jumpa homestay ni dekat Booking.com. Lepas book, terus dia whatsapp. Ko terus macam zass! Laju buat kerja hahaha.


Mak saya ni.

Istana Air Taman Sari. Tempat pemandian Putri Raja dan Permaisuri waktu dulu kala.
Hi welcome! Ticket nya mur-mur jer awak. Harga ticket dan harga camera (pun ada bagi siapa-siapa yang bawak camera) tapi kalau kau tak nak bayar duit camera, kau tak payah lah tunjuk camera tu waktu dekat kaunter pembayaran dan pintu masuk hahaha.


Sepanas-panas cuaca, panas lagi hati saya tengok awak. Erm lain macam plak pickupline aku kali ni. Wakakaka!






Habes dah aktiviti dekat Istana Air, Taman Sari. Terus ke lunch di Pantai Timang. Lunch Lobster. Kedai makan nama dia Lobster Pak Sis. Jangan pergi kedai lain, pergi kedai ni je. And before datang tu boleh contact owner dia untuk dapatkan harga. Tips nak dapat murah! Hahahaha jengjengjeng. Since owner dia macam single dan bujang. Kau pun bujangkan lah diri kau HAHAHA. Ajak borak panjang-panjang tetttttt dapat lah discount sikit. Ihiks. Jangan ikut cara ni. Tak baik, seeloknya, cuba lah ikhlaskan hati tu nak berkenalan, pikir balik niat asal. Bukan tahu nak ayatttt nak minta murah ja hahaha :DD


Nak en route to Timang Beach memang ambik masa 2 jam juga. Kau boleh tidur dulu. Jangan lupa standby makanan dalam kereta takut lapar sementara kau nak tunggu kau punya lobster tu.


Lobster masak Sos Sambal Cili. 1 set 2 ekor. So dapat lah 4 bahagian.


Lobster masak Butter.


Ni lah set dia. Ada sotong goreng tepung, sambal, ulam, include air. Helooooo, sotong goreng tepung dia pun sedap, rangup kriuk kriuk. Besar-besar gedabak. Kenyang ahahaha! Apalagi sambal dia. Indonesia ni memang terkenal dengan masakan sambal gamkanya. Sambal tak pernah mengecewakan. Tungguuuu next episod, kiteorang makan dekat satu kedai makan ni ada 28 jenis sambal. Daripada manis sampailah pedas macam nak arwah. Uwau!

Harga lobster nya boleh refer dekat SINI


Muehehehe. Ni lah masa yang di tunggu-tunggu. Naik jeep nak ke Timang Beach. Memang wajib naik jeep ni nak ke sana. Tayar kereta Pak Supir ko tak mampu nak tampung perjalanan dan keadaan jalan nak ke sana, so ko memang wajib naik bendalah jeep ni! Hahaha.

Eh sumpah lah best naik jeep ni. Aku request nak jeep yang takde bumbung. Amboi PERMINTAAN, sebab aku nak rasa angin yang terlajak sepoi sepoi bahasa tu and nak menikmati pemandangan indah. Indah taw, sepanjang perjalanan ya allah pokok-pokok dia lawaaaaa walaupun cuma ranting.

Aku tak tahu lah kot aku sorang je ke yang suka tengok ranting, pokok dan tanah. Erm.


Alhamdulillah finally sampai! Lawa gila!



Mama mula-mula tak nak naik, takut lah apa lah. Ended up naik jugak. Rugi tak naik! Pengalaman paling mahal. Gondola ni boleh tampung maximum 2 orang je. And satu kepala agak mahal IDR200,000 return. Boleh refer SINI harga.

Kalau nak murah, boleh naik jambatan IDR100,000 include insurance rasanya tapi aku rasa lagi gayat. Sebab jambatan tu goyang-goyang. Kalau gayat teruk, kau memang tersekat lah kat tengah-tengah pantai tu wakaka.



Gambar ni di ambil bahagian seberang pantai.


Man-powered gondola. 100% guna tenaga manusia seramai 6 orang. And gondola ni kepunyaan Pak Sis kedai makan tadi. Cuma kedai makan tu, anak dia ambil alih. So anak dia single lagi. Lewls.



Kesiannya tengok dorang yang menarik tali tu. Gigih. Ni semua cari duit untuk anak bini dekat rumah, seriously. Sebab mostly yang kiteorang tanya, semuanya dah ada anak. Pak Supir jeep yang kat Timang Beach tu bagitahu, gaji dia cukup - cukup makan je. Sayu hati dengar. Tapi dia boleh lagi senyum waktu cerita pasal background family dia sepanjang perjalanan nak ke Timang Beach. Huah, moga diberkati Pak Supir jeep <3

To be continue....