Assalamualaikum =)

Hi awak-awak. Terasa lama bebenor kita tak bersemuka dekat blog ni erk. Rindu la uols! Kahkah. Oke, aku dah buat keputusan muktamad untuk berjaga bersengkang mata kejap lah malam ni sebab nak share pasal #AonaaTravelogue tempoh hari. Ececeh tetibe ada hashtag lak pahal KO HENGAT KO RETIS.

Taktak actually before this memang dah ada hashtag #aonaanistravelogue (kalau siapa yang mengikuti perkembangan kehidupan aku yang suam-suam kuku nih) buat hashtag macam tu, kengkonon nak travel dengan member sampai mati. NON- HADOOOOO WKWKWKWKW!

ok so trip kali ni, aku travel ke Jogja. Aku share sikit itinerary aku selama dekat Jogja 4hari 3malam-yang aku explore sendiri dari segi jarak masa tempat lalu terhasil lah itinerary ini.....

Day 1
Flight 315PM
Dinner - Ayam Penyet Surabaya
Alun-alun Kidul
Check in homestay

Day 2
Breakfast
Taman Sari & Sultan Palace
Lunch - Lobster Pak Sis (sangat-sangat recommended dan wajib makan!)
Timang Beach
Pines Forest
Homestay

Day 3
Merapi Jeep Tour (sunrise)
Makan - Soto Ayam Klaten (recommended)
Candi Borobudur
Lunch - Nasi Padang (tak suggest langsung)
Pule Payung
Homestay

Day 4
Kilang Bakpia - oleh2 khas wajib dari Jogja
Pasar Beringharjo
Lunch - SS waroeng Spesial Sambal (recommended gila gila!)
Check out
Flight to KL


Kos Transport/Driver/Penginapan


Flight KL - JOGJA - KL include makan pergi balik = RM560
Pak Supir (petrol, tour) = IDR 2,830,000
Nadira Homestay = IDR 2,310,000






Kos Entrance Fee



Alun-alun Kidul = IDR 30,000 per beca/kereta
Taman Sari & Sultan Palace = IDR 18,000
Timang Beach Gondola Ride = IDR 200,000
Timang Beach Jambatan = IDR 100,000
Pines Forest = FREE ENTRANCE (bayaran bila kita ada ambil gambar, IDR 4,000 per gambar)
Merapi Jeep Tour (Sunrise) = IDR 500,000 per jeep (4 person per jeep)
Candi Borobudur = IDR 375,000 per head
Pule Payung = FREE ENTRANCE (bayaran bila kita ada ambil gambar, IDR 4,000 per gambar)




Kos Makan



Ayam Penyet Surabaya = IDR 30,000 (anggaran nasi ayam penyet plus air)
Lobster Pak Sis = 2 set lobster for IDR 1,300,000 (include nasi, ulam, air, sotong, lobster 4 ekor untuk 7-8 orang makan)
Soto Ayam Klaten = anggaran IDR 30,000 per head
Nasi Padang = LUPA! HAHAHAHA tapi memang tak suggest kedai ni.
SS Waroeng Spesial Sambal = lupa jugak. hahaha. tapi anggaran dalam IDR 30,000 je per head.

Kos Shopping 100% ikut nafsu masing-masing! Kalau kau jenis nafsu setan memang takleh control kalau tengok bag rotan, kain batik. Sila lah bawak lebih-lebih sikit duit tu.



TIPS PENTING BEFORE FLY TO JOGJA!

TIPS PERTAMA!
Kalau tak nak bawa cash bebanyak atau takut nak pegang cash atau malas nak pegang cash. Sila lah aktifkan kad atm awak sebelum fly ke obersi. So that nanti senang, duit dah nak habes je, terus pergi atm boleh keluarkan macam biasa.

Untuk pengetahuan, siapa yang pakai maybank- boleh aktifkan sendiri kad tu dekat maybank2u. Tak payah call-call customer service nak borak sampai sejam untuk aktifkan kad je. Kau dah boleh buat sendiri kot. And kalau area Indonesia misalnya, nanti carilah Maybank Plus/Maybank. Kalau Maybank ke Maybank no charge. Kalau atm lain ke Maybank ada charge RM12, something like that. Senang kan?! Muehehehe.

Ahhh ni aku aktifkan kad atm pun atas pengalaman aku sendiri waktu travel Lombok-Bali dengan Anis. Cash dah habes, tetibe tak aktifkan kad (waktu ni tak tahu kena aktifkan kad - hampir 2 jam stuck dekat Bank dekat sana) pstu call bank dekat Malaysia tak dapat, tak connect. Ahhhh pengalaman teruk. Alhamdulillah jumpa jalan keluar wkwkwkwkw.

TIPS KEDUA!
Tips lain, bawa topi, pakai sneakers/kasut bertutup/kasut tapak bergetah sebab dekat sana semua tempat melibatkan pendakian bukit. Pendakian bermula dari 30 meter ke 2000 meter wakakaka!

TIPS KETIGA!
Oh jangan lupa bawa MASK! Bila naik merapi mount tu. agak berhabuk berdebu. Elok lah pakai mask daripada bawah lagi. Aku yang pakai mask, hidung still berlendir lagi. LOL.

TIPS KEEMPAT!
Oh ni tips paling penting taw! Tips shopping. hahahah. Oke2, shopping dekat pasar beringharjo memang best. Tapi ada tips dia. Make sure bawa bag yang selamat dan senang di jaga, handbag-handbag yang ko bawak g klcc pavillion tu boleh simpan kejap kot. Kau cuba jadi berendah diri sikit bila datang ke pasar beringharjo ni. Dia macam Petaling Street lah haa like dat. Curi sana curi sini. Alhamdulillah semuanya oke.

Sampai-sampai je pasar tu kau boleh kot ronda satu pasar tu tanya harga berapa, compare harga. Akan ada kedai yang mahal gila, dan murah gila padahal barang sama. Ok contohnya lah kan. Aku beli bag rotan ni. Aku beli first kedai ni dia bagi IDR 170,000 padahal aku dah minta macam pengemis nak harga IDR 150,000 dia tak bagi gak. Aku pun amek jelah sebab aku nak kejar masa. Aku jalan lagi, aku tanya lagi bag rotan tu berapa, katanya IDR 125,000 takleh kurang. oke murah teruk. Aku beli 3 hahahaha. Aku rasa dah puas. Aku jalan lagi kat pintu bebetul nak keluar/masuk memang dah nak balik, aku tergerak hati saja nak tanya bag rotan tu berapa. Dia kata IDR 120,000 hahahaha aku terkejut berukssss! Aku amek lah satu sebab tak nak merenung penyesalan di kemudian hari punya pasal. HAHAHAHA.

Konklusinya, kau kena berjalan satu pasar tu tanya dan tanya dan tanya. Baru beli. Boleh jadi satu barang tu kau rasa dah murah bila kau convert ke MYR. Tapi sebenarnya kau akan jumpa yang jauh lebih murah. Murah 3 kali lipat kebelakang! 

TIPS KELIMA!
Silalah tawar menawar bila shopping dekat Pasar Beringharjo tu. Macam ni eh. Kau set je dalam palotak, yang dorang ni letak harga 3kali ganda dari harga untung. Faham tak? Contoh dia letak harga IDR 170,000. Kau bahagikan dengan IDR 30,000 (sebab dia dah ganda dengan 3). So jadi IDR 140,000. Kau boleh je tawar harga ni. Unless, dia bebetul tak bagi. Kau boleh move kedai lain. And kau akan dapat lagi murah dari harga IDR 140,000 ni. Jangan lupa survey-survey dulu sebelum shopping! =)

Contact Number

Pak Supir (Dedi)  +6281328605714
Pak Supir (Bagio) +6282242829920
Nadira Homestay (Pak Qowim) +6281331360920
Lobster Pak Sis (Wasiman) +6281227958074

Oke ni je sharing untuk hari ni. Tunggu next entri untuk DAY 1- DAY 2 taw!