Assalamulaikum.

Hai uols. Faham tak perasaan bila mana kau dah settle bertimbun-timbun kerja yang berat bebannya dalam palotak hampir 65 kg gamaknya - sampai pukul 3 pagi? Tsk tsk. Happy yakmat. Tsk Tsk. Rasa nak buat satu majlis haaa tepukkk berjemaah sempena meraikan kejayaan aku mengendalikan bebanan 65kg itew.

Sebab itu lah, baru sekarang boleh hadap sebiji laptop dan sekeping belog haha.


Aaaaa takpa dah biasa jadi driver dan berhimpit macam ni ahaks. 

Last weekend aku ada kelas. Hari Ahad kelas, hari Sabtu free and easy. Aku memang dah plan nak tengok Paskal The Movie dengan Anis, Along dan Iyaad (anak buah sulong). So aku decide aku nak datang awal sikit lah stay rumah Along dekat sg buloh (6 km je nak ke UiTM Palam, thats why lah setiap kali ada kelas, aku akan stay rumah dia. hihihihi hihihih) (macam pergi mana-mana ada je tempat untuk berteduh hihihih)

Tapi kali ni bukan setakat stay, aku ajak borak panjang-panjang makan dan tengok wayang. Lewls.



Coboroy Cafe


Aku syak sini macam 'hot' spot student UiTM Shah Alam lah kot. Sebab cafe-cafe dekat area sini dan cafe ni pun nearby uitm. And ada satu outlet je. Tengok gaya-gaya bercakap, gaya berjalan, gaya makan, gaya dress up memang mostly student. (I guess student dengan bekerja lain erk dia punya personaliti hahahaha)

yang ni makan order 3 orang je. Tambah nasi 1 untuk budak Iyaad.


Set for 1 pax ( 1 potion ) - The Legendary Coboroy Shell Out

ya allah all i can say, sedap dan puas. Setiap incian dan rempah ratus dalam sos dia memang terasa sampai terjilat ibu jari kaki lahai. kahkah. 

Sotong goreng tepung dia pun 200% terasa kerangupan, tambah juicy lagi bila sotong tu kan rangup pastu kau cicah dengan sos merah tu (apa entah nama sos dia) sllurrrppppppp!

Apa yang ada dalam set the legendary coboroy shell out ni.

- Ketam sambal ibu
- Udang buttermilk
- Sotong goreng tepung
- Lala kicap lada
- Nasi putih & jagung manis

Ahhh kecur air liur aku yang tengah type ni. Pfffttt.



Kalau uols jenis tak biasa dengan suasana sauna. U ols, boleh duduk luar hahaa. Sebab boleh tahan panas jugak walaupun ada air-conditioning atas pala. Nasib lah hidup ni dah terbiasa dengan kepanasan. Ececeh ye sangat. hahaha.


So inilah tempat dia. Dipenuhi dengan student dan mak-mak student. Terima kasih Anis suggest tempat ni. Actually aku mengidam shell out. Then ajak makan shell out dekat cameron highlands (hahaha kemain jauh kau) pastu tak jadi, sini lah tempatnya.

Yang cameron highland tu kita boleh bawa ke tahun 2019 lah kot erk? :P


Dah kenyang selepas kebuluran macam warga Somalia gamaknya. Drive lah pusing 360 darjah dalam maps tu aku tengok nak ke One Utama Shopping Centre semata. Padahal dekat IRDKL tu wujud je cinema wei. Dehek.

Alah saje lah nak habeskan minyak kereta, nak penatkan kaki, nak hadap jammed. Hahaha nampak sangat perancangan dalam satu organisasi tu tak sistematik langsung! Wakakaka. Dah beli tiket online Paskal apa benda semua baru perasan kena patah balik ke damansara sana dari shalem. Aiyo. nasib baik aku ni agak tidak penyabar lah juga dalam mengendalikan masalah macam ni hahaha dah diam semua.


hikhikhik iyaad pun nak tengok paskal. Komander rest! :P


Belanja la satu gambar ootd dengan budak nih. Sibuk lah aku nak bergambar dia pun nak masuk jugak. Tak bagi amek gambar sesorang :D



p/s: Paskal are the best! Sangat highlighted tentang tanggungjawab dan pengorbanan seorang anak terhadap keluarga, masyarakat dan negara. Sanggup tinggalkan emak dia demi nak pertahankan negara walaupun that time mak dia sangat tak memahami anak dia. Mak dia suruh pilih mak atau kerja? this is sad =( tapi sebab dia tahu niat dia untuk apa dia buat semua tu, ended up dia dapat buktikan semuanya dekat negara dan mak-mak dia sekali. Ada part kelakar, sedih pun ada. Sedih sebab komander arman bagitahu dia masuk paskal sebab dia nak tahu kenapa bapa dia mati. Ya allah ='( betapa dia buat semua ada asbab yang tak dapat dia ungkapkan dengan mulut dia sendir, tapi gerak geri dia yang tells everything!