Assalamualaikum =)
Pagi, petang, malam. Boleh click link dekat bawah ni untuk entri-entri sebelum ni.
Hari seterusnya, aktiviti yang kiteorang rancang adalah nak buat snorkeling. And this is the first time ever aku snorkeling. Aku je. Anis dah 2-3 kali macam tu lah (termasuk snorkel dekat Gili T ni). Aku tak pernah, tak pandai berenang. Semua lah! Bila jadi macam kes aku ni. Memang tak tahu apa-apa lah alamat dia. Nak bergerak pun tak tahu wakakakaa. Ini lawak tahap dewa.
Hai hai. Mekaseh sebab payungkan saya sepanjang saya berjalan ni. giteww! Pagi ni before nak pergi snorkeling (pukul 11 pagi) kiteorang decide keluar awal hotel and jalan-jalan sepanjang Gili T. Tak nak naik speda mahupun cidomo. Nak berjalan je. Boleh survey tiket fastboat nak ke Bali, survey restoran nak makan. Nak tengok apa ada dekat Gili ni.
Woww. best kan! Memang best, sebab dapat hirup udara dekat Gili T ni pagi-pagi terik. Hilang segala masalah. Tenang. I am blessed.
Lagi lah best bila sepanjang berjalan kaki dekat Gili T ni, ada saja orang tegur "Hai orang Malaysia", "Assalamualaikum, dari Malaysia?", "Selamat pagi mbaaaakkk" "Selamat pagi cikgu"
Oh well, ekceli orang dekat Gili T ni panggil kiteorang CIKGU. Tapi tak tahu kenapa! Ada rupa cikgu tengah bercuti ke? wakakaa. Start daripada keluar hotel, kedai makan, naik basikal, sampai lah jalan kaki "Hai cikgu!" "Selamat pagi cikgu!" "Cikgu sudah mahu pulang ya?"
Kiteorang layankan aje dorang ni panggil cikgu LOL. Cuba teka cerita Malaysia yang dorang suka cerita apa? Erm krik krik krik. ok tak perlu teka. Orang-orang Indonesia suka sangat cerita UPIN & IPIN! Siap beli CD letak dalam kereta. Betul tak tipu. Daripada senggigi, gili sampailah Bali, bila ditanya cerita Malaysia kesukaan mesti jawab - upin ipin.
Snorkeling (Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air)
Gili atau nama lain dalam Bahasa Malaysia adalah Pulau. Aktiviti snorkeling kali ini melibatkan 3 Gili iaitu Gili Trawangan, Gili Meno, Gili Air. Kiteorang naik public boat je, boleh muat 30 orang. Tapi tak sampai 30 orang pun hehe =)
Yang pasti, aku, Anis dengan Indonesian Couple je tak reti berenang and pakai life jacket. Yang lain-lain mat-mat salleh.
Selepas beberapa jam berpisah dengan Anis dekat laut, jumpa jugak dan selfie satu! hahaha. Oke nak ceritalah kan. Diseabkan aku takut sebab tak pernah snorkeling langsung, berenang pun tak reti =( Aku turun dari boat bila semua orang turun. Waktu tu tinggal aku dengan foreigner sorang ni. Dia turun last, aku second last.
Aku takut gila-gila sampai tak dapat nak bergerak like MACAM MANA NAK BERGERAK NAK KEJAR MAKHLUK-MAKHLUK DEPAN NI WEY?! detik hati aku. Dem, aku rasa macam give up. Aku pegang boat tu sebab tinggal aku sorang je. Anis dah berenang-berenang kedepan =(
Tiba-tiba ada sorang mamat ni! Yang couple tadi tu. Aku pegang bahu dia. Tak kira nak pegang jugak. Tak kira makwe dia marah ke hape. Aku nak pegang jugak. Sebab aku nak ikut dia sebenarnya (time ni lawak sangat bila ingat balik).
"mbak kenapa? okay enggak?"
Fuhhh, nasib baik dia faham aku tak pernah snorkerling. So dia pun relakan hati aku pegang bahu dia, kaki dia. LOL. Makwe dia pun rela hati jugak. hahahahahahaha lawak la duh. Sorry lah sis, terpinjam bf awak kejap sebab nak berenang je.
Dah lama-lama tu aku dah reti. Dah takde nak ikut bf orang. Dah takde nak pegang kaki bf orang bahu bf orang. Paham tak dia bf je bukan husband?! har har har. Tiba-tiba aku angkuh nak bawak diri sorang-sorang. Sampai Anis jerit panggil aku, aku tak dengar. macam PEKAKKAN TELINGA UNTUK ANIS. Ended up, kiteorang like....
"wey janganlah tinggal kan aku sorang-sorang"
"aku tak nak dah berenang sorang-sorang lagi"
Dua-dua padan muka.
gambar di bawah ini di Gili Air. Perhentian terakhir untuk snorkeling sekaligus lunch.
Tapi kiteorang tak lunch dekat sini. Sebab was-was and fikirkan kejap lagi nak makan dekat Gili T. So kiteorang jalan-jalan je sementara nak tunggu orang lain makan. Beli eskem Gili Gelato. kene makan cepat-cepat sebab dia cepat cair! Kene pilih bebetul and Tanya orang tu. Sebab ada certain ice cream yang ada alcohol.
Lepas sejam (kot) lunch. Balik Gili T. Balik hotel memang penatnamatilaparnamati. Balik-balik terus baring, rest sampai pukul 4:45 petang. Dalam 2 jam jugak kiteorang rest.
Siap-siap, solat. Ber-basikal untuk pergi makan nasikk. Lapar weh. Keluar je hotel ada abam handsome kacak macho tu surug pergi makan dekat warong nama Intan Inn. Katanya tengah promosi. Murah-murah belaka. Kiteorang ye ye kan aje sebab kiteorang dah tengok kedai mana nak makan.
Sampai-sampai je kedai makan ni. Rupanya kedai makan yang dia suruh pergi tu lah yang kiteorang nak pergi -.- Menu banyak, sedap. Betul lah dia cakap, murah. Hihihi mekaseh abam ganteng!
Nasi Ayam masam manis & Lombok Coffee Paling sedap paling lazat. Mula-mula nak order Ayam Bakar Taliwang. Tiba-tiba habes pulak. eh apesal kau habes? Aku kempunan kot! hahaha.
Ini Anis punya. Nasi lemak. Pun sedap. Bukan calang-calang nasi lemak taw. Maksud "lemak" bagi dia adalah "ayam masak lemak kuning cili padi". Sedap. Tak tipu oke >.<
Erm cerita pasal pergi makan ni. Teringat sesuatu. Ekceli plan lepas pergi makan, nak kayuh laju-laju beskal pergi hujung Gili T sana nuh. Nak pergi Ombak Sunset. Nak tengok sunset, and nak pergi buai. Tetiba! tengok jam dah pukul 5:45 petang! Masing-masing terkejut, and Tanya pelayan warong tu
"Sunset pukul berapa ya?"
"Sunset? Sekarang lah"
Ergggh. Stress 4 minit. Nak redha ke nak pergi. Ended up kiteorang minta izin nak pergi tengok sunset, habes sunset, dating balik, makan!. Fuh nasib baik dia bagi. Kiteorang kayuh basikal laju-laju, punggung yang sakit 2hari 2 malam sebab naik basikal tiba-tiba tak sakit sebab nak kejar sunset punya pasal!
Daripada 20 minit jadi 110-15 minit dah sampai. Fuhhhh. Ramai geela maknusia. Yang pasti, waktu-waktu macam ni semua orang kiblatkan diri ke ombak sunset. Seriously. Ada yang tashabar sangat naik cidomo, ada yang leklek jalan kaki (basah satu baju tengok).
Kiteorang tengok sunset and rakam sampailah pukul 7 lebih (cuaca dia macam pukul 8 lebih dekat mesia) Lepastu kayuh balik pergi kedai makan. Sambung makan. Lawak je. Walaupun makanan dah tak panas, tetap sedap.
Lepas makan, kiteorang pergi beli jagung bakar dengan murtabak manis pancake dekat pasar. Nak bawak balik bilik. In case, kot-kot lapar tengah malam. Hekhekhek. Balik hotel (dah hafal jalan taw!). Mandi-mandi rehat.
Ini keesokan hari nya. Kiteorang bangun awal pagi, breakfast, check out. Jalan kaki dari hotel ke luar dengan bag-bag semua. Terus pergi kaunter tiket fastboat ke Bali. Ada masa lagi nih. So kiteorang tinggal bag kiteorang dekat kaunter tu. And jalan - jalan sekitar Gili. Jalan kaki je uolsss! (35 minit nak sampai hujung) Ingat kan sempat. Tiba-tiba dah sampai hujung pulau, nak balik masa tinggal 15 minit je hahahaha.
So kiteorang Tanya pakcik kat situ ada cidomo tak kat sini. Dia pun call cidomo. bawah ni video kitorang naik cidomo nak pergi balik kaunter tiket fastboat. Sampai-sampai semua orang dah beratur nak naik boat. Fuhhh nasib laaaaaaahhhhh.