Assalamualaikum =)


Maaf lambat publish untuk "next entri". Sibuk nak siapkan baju-baju raya family, kawan-kawan, sanak saudara. Baju raya kita tak de lagi! Biarkan biarkan. Makcik-makcik, pakcik-pakcik bolehlah click link link di atas untuk entri yang sebelum-sebelum ni. Kepada siapa-siapa yang sudi baca tapi terlepas teww.

Okay. The next day aktiviti kiteorang adalah waterfall tour. Di mana Pak Mundra suruh kiteorang ada dekat lobby hotel pukul 8 (cuaca dekat melesia pukul 9), breakfast dan memang pukul 8 bertolak.

Anggaran masa untuk sampai ke kaki gunug rinjani tanpa singgah mana-mana adalah 2 jam lamanya. Boleh tersengguk-sengguk dalam kereta. If tak sempat nak bersiap, boleh bersiap dalam kereta. Kihkihkih.

Yup waterfall yang kiteorang nak daki ni adalah berkoordinasi di kaki gunung rinjani. Bukan gunung rinjani taw! Lepas ni kalau aku nak pergi lombok lagi, aku akan pastikan aku daki gunung rinjani sahaja. Wow fenatttt!

Dalam perjalanan ke sana, dapatlah tengok pemandangan-pemandangan indah. And stop sikit-sikit untuk ambil gambar. So sampai satu bukit ni, aku nampak macam villa yang dah buruk. Dia tulis Villa Hantu.

"Eh ni Villa Hantu, nak pergi!"

Pak Mundra pun stop. Dekat bawah ni adalah gambar-gambar dalam villa.






ngehehehehee. ketawa sikit.


oh ni pemandangan daripada depan villa. kecik tu je jalan dia. and berbukit bukau mak kau.


nak naik rooftop, dia bikin tanggan daripada buluh ni. saya iz suka.











bila di tanya pak mundra. kenapa nama villa hantu. katanya

"sebab villa ini tiada penghuni di malam hari, di siang hari ada penghuni"

aku still tak dapat jawapan. tertanya-tanya siapa owner dia semua. tapi tak terjawab.

Okay next (last perhentian kiteorang sebelum sampai dekat kaki gunung rinjani) adalah Malimbu Hill. Memang cantik. Laut biru hijau rasa nak bina mahligai bahtera..... eh tak tak, bina rumah dekat tepi laut ni.



Lepas 2 jam lebih perjalanan...... haaa sampai pun. So ada local guide dekat sini dah tunggu and jemput kiteorang. Dia suruh kiteorang bersiap tukar-tukar baju dulu. Tapi kiteorang memang dah siap-siap dari hotel pun. Kiteorang just pergi bilik air buang apa yang patut. Itu je.




Dekat sini pun ada villa taw. Tapi tak boleh masuk. Kiteorang dapat tegok dari sini je. Hehehe Siapa-siapa nak duduk sini pun ok. Cantikkkkk. Tapi jauh dari segala-galanya. Untuk yang nak honeymoon, yang nak bebetul bercuti, nak cari ketenangan boleh lah.


So, let's go!



Inilah local guide kiteorang waktu nak naik waterfall. Yup, package kiteorang amek ni sekali dengan waterfall guide. Dah bagitahu dalam entri2 yang lepas. Bolh click link dekat atas sekalii. Ini entri yang keberapa entah untuk perctian kat Lombok nih hewhew.

Nama dia Dadang (yes, masih ingat) sebab dia baik sangat-sangat. Umur dia 25 tahun kiteorang ingat umur dia dalam 19-20 tahun. Dan dia ingat umur kiteorang 25 tahun. What the fish.


Untuk pengetahuan, ada dua waterfall. yang first ni dalam 15 minit nak sampai. Nama dia Sendang Gile Waterfall. Dipercayai air dekat sini boleh merawat penyakit, awet muda dsb.




Tapi -tapi kiteorang tengok je. Sebab memang mostly orang tengok je. Ada dalam dua-tiga ketui je yang mandi. Aku tak rasa nak pergi sebab entahlah. Tengok air dia turun laju geela.


Tadaaaaa! Maafkan tudung yang senget-senget. Sebab takde masa nak betulkan tudung waktu daki tangga. LOL.

Okay tanpa buang masa, kiteorang terus naik dan naik lagi nak pergi air terjun yang lagi pompompom. Ini lah jalan-jalan yang sempat ambil dan larat ambil.






Alhamdulillah sampai pun! Lepas 30 minit daki tangga turun naik bukit, jumpa orang jahat! hahahaha. Barulah sampai.


Waktu ni kiteorang on the way nak pergi ke air terjun sanunnn. Sejuk bakhang! Baru celup kaki dah ketar-ketar. Serious tak tipu oke >.< hati-hati taw. Sebab licin. Kalau boleh, bukak segala selipar, kasut mahey semua tu.


Stop kejap. Sebab penat. And tak berani nak teruskan. Sebab licin sangat.


Tadaaaaa! Finally sampai pun, tapi kiteorang slowly lah nak ketengah tu. Sebab makin tengah makin tejuk. hekhek. Jangan gedik sangat.

Air dia biru-kebiruan hijau. Eh memang crystal clear water kateko. Boleh nampak kaki segala batu bata, ikan nemo, ikan dory, ikan talapia. Yang paling besar ikan-ikan belakang kiteorang tu. Hmmm. Asal nak amek gambar je ade je manusia belakang tu, waktu tak nak ambil gambar, takde pulak orang sibuk-sibuk belakang tu. Grrrr.


Thank you anis untuk gambar yang lawa meletop-letop ni. nampak tak air dia biru-hijau? Hekhekhek. Even kiteorang dah keluar daripada air sungai ni pun, still sejuk. Kaki keras. nak berjalan tak berapa helok.

Habes daki turun semua dalam pukul 1:30petang. Siap-siap dekat bawah tu. Pergi makan dekat restoran berdekatan. Pak Mundra pesan pukul 2:30 petang bertolak ke jeti. Tapi kiteorang terlajak masa sebab restoran yang kiteroang pergi tu baru bukak, so dia masak lambat geela.

Pukul 3:30 petang baru bertolak. Sejam lepastu baru sampai Jeti untuk ke destinasi seterusnya iaitu Gili Trawangan! Yayayyyyyy. And dah ada orang tunggu dekat sana untuk bawak kiteorang pergi bot.




inilah bot yang kiteorang naik (private fastboat). Sekejap je. Dalam 15 minit dah sampai. Oh ya! Better korang ambil package yang sekali macam ni lah. Senang, takdelah korang nak bawak bag besar-besar pergi cari tiket segala.

Kalau nak cara macam tu, kene survey dulu. Harga setiap kaunter beza-beza. Ada yang murah, mahal. So jangan terus ambil! Survey dulu oke.


Kiteorang prefer bagpack (tak ingat berapa liter). Sebab senang. Sumbat semua barang dalam tu. Iron, kasut, makanan, extension plug blablabla. No luggage pls!





Aucakkk! hekhekhek. Tudia anis tashabar nya awak nak naik cidomo. Disebabkan kiteorang memang blur and tak tahu apa-apa. Kiteorang decide naik cidomo untuk hari pertama, just untuk tunjuk jalan nak ke hotel.

Lepas ni kiteorang sewa speda je. Senang!


Oh dekat sini tak perlu nak ber-tour guide pun. Sebab pulaunya kecik sahaja, boleh bawak diri. nak pergi sana sini pakai speda, cidomo atau jalan kaki. Lori, motor, kereta, helikopter, tak wujud dekat sini. Proses pemindahan barang atau apa-apa sahaja, mereka gunakan cidomo atau speda hehe bestkan=)

Macam yang aku bagitahu dalam entri INI! Siapa-siapa yang terlepas untuk review hotel, tour guide boleh baca balik entri INI. oke.


Waktu sampai di jeti tu, terus ada orang promote snorkeling rp 100,000.00 untuk tiga Gili excluded lunch! And kiteroang oke je. Sebab macam tak sempat nak berfikir, tak terfikir dengan bawak bag berat nya. Kiteorang ingat dah murah. hehehe =)

Rupa-rupanya bila sampai hotel, hotel ni provided snorkeling 3 Gili included lunch rp 100,000.000! oh em gee. Rasa rugi pulak dah beli awal-awal tadi. Tak survey apa satu. So lepas ni, korang survey-survey lah dulu.

Dah sampai fenaaatttt nokharom. Relax-relax dulu dekat hotel. After maghrib kiteorang keluar, tujuannya nak explore Gili Trawangan ni, nak try makanan-makanan dekat sini, mak pergi pasar seni (pasar malam), nak cari buai yang pemes dengan Gili ni! Hahaha mengada kan. Sekaligus, boleh hafal selok-belok masuk hotel. Sebab hotel kiteorang sangat hujung di pedalaman. 



Oke, selalu nya hotel akan ada sewa speda. Tapi korang survey lah dulu. Aku tak larat nak survey. Aku bedal je speda dekat hotel ni. Sehari Rp 50,000.00 untuk sekepala. Tapi tapi tapi sebenarnya, ada je lagi murah dekat tepi-tepi laut sana kalau korang jalan-jalan.


Oke tak hotel ni? Best tak? Boleh baca entri INI  untuk review hotel, tour guide, bajet. dsb =)


So, kiteorang explore Gili T and kayuh speda sampai hujung nak cari buai yang pemes tu. Jauh dia tahap nak pengsan kebelakang. Dalam 20minit macam tu baru sampai, tapi kiteorang tak sampai pun! Sebab dah nampak dari jauh, so kiteorang patah balik. Ini just nak cari tempat, sebab keesokan hari nya baru kiteorang nak pergi buai tu. Dah tahu kan jauh dia berapa lama. ok! Jom kite pergi makan! hekhekhek.






Stop di sini sebab dahaga. Beli air and makan bakso! Sedap.


Oh lepastu kiteorang pergi pasar seni dia, also known as pasar malam. Beli mutabak manis pancake ni dua kali taw! Hari ni beli satu, tak cukup, esok beli lagi. By the way, dia memang ada macam-macam perisa. As in, chocolate, toblerone, cheese, nutella, dan macam-macam lagi. Yang pasti memang meleleh air liur bila tengok! Hekhek.

So balik tu sesat, tak jumpa hotel. Hampir sejam kayuh speda nak cari hotel. Seriously! rasa macam bersukan malam tu. Hot and sweaty -.- Seronok sangat walaupun penat. Kenangan itu takkan dilupakan. Oke. Habes dah syarahan hari ini.

Saya ulangi, siapa-siapa yang nak review hotel, kos perbelanjaan, tour guide, makanan, boleh click link INI!