Assalamualaikum silent readers =) RAJIN BACA FROM HELLO TO BYEBYE PLEASE!


Bukit Merese, Tanjung Aan

Hari ni aku pendekkan entri aku walaupun rasa macam panjang sebab semalam dah tulis panjang-panjang dan luangkan masa dengan belog ni je hampir 4Jam 90% siap tinggal nak publish je! Tiba-tiba aku ter-delete semua dengan jaya dan bangganya. Ya Allah stressnya aku! Jalan penyelesaiannya aku tidur TT

Since aku balik daripada Lombok-Bali sampailah sekarang ada berketui-ketui manusia tanya benda yang sama. PERGI DENGAN SIAPA? BAJET BERAPA? BEST TAK? TAK BAHAYA KE? EEEE BERANI NYA! GEELA LAH! LIKE SERIOUSLY AINAA?! haha yada yadda yadda. Penat taw nak jawab benda yang sama! Jejari halus ni semakin runcing hari demi hari LOL. Rasa macam nak tulis dalam note dekat phone then orang tanya terus send je. hihi.

Ekceli aku nak pergi ni sebab aku pernah dapat baucer hotel untuk 2 orang 2Days 1Nights (sahaja) di Senggigi, Lombok. Aku rasa nak pergi sebab dengar daripada bahan mulut manusia yang baik-baik katanya best, rilex-rilex tempat dia, lagi best daripada Bali (and that's the truth!)

Seminggu aku fikir nak ajak siapa. Macam-macam alasan:

"Tengoklah dulu"
"Eeee Lombok? Tak nak Lombok, nak Jakarta"
"Aku tak nak lah pergi Lombok sebab tempat dia macam pedalaman. Aku nak pergi tempat lain"

Ended up. Aku cuba ajak Anis (bestfriend since form 1). Dia kata "Joooooomm weh! Aku memang nak pergi pun" Nampak tak dia punya JOM tu? iksaited level 200%. Kiteorang bincang nak bawa siapa lagi, takde. Semua busy, ada yang tengah ada kelas. Ada yang baru nak cari kerja. Jadi. Kiteorang sebulat suara pergi dua orang je. Yes dua orang je. Takde segala bodyguard, guru penolong kanan, pensyarah, anak murid, geng bas sekolah, pasukan unit beruniform pengakap semua takde. Yang cuma ada bersama kiteorang.... Lombok Tour Guide. Hihi.

Justeru, aku pun contact untuk dapatkan baucer tu, lebihan hari aku boleh tambah sendiri. Takkan lah aku sampai-sampai esok pagi aku dah balik Malaysia? Koghaser?! Haha. Sedihnya, aku contact hampir 2-3 kali tapi takde respond. So aku ignore, aku tak suka tunggu lama-lama. Buang masa. Kecuali tunggu Incik Designer masuk meminang aku (sila gelak satu panggung wayang) Aku dengan Anis try cari (amek masa sebulan) and explore travel agent/tour guide mana yang bagus, dan menepati bajet kiteorang. Oh well, haruslah  research and tengok feedback setiap travel agent and tour guide sebab sekarang kan tengah hangat di dada-dada akhbar/berita dengan isu penculikan penipuan pembohongan perselisihfahaman tidak berperikemanusiaan potong 6 kerat badan. Gaytewww.

Dah sebulan lastly aku jumpa tour guide yang abam Aizul Marcello promote dekat instagram dia. Aku follow up je dia punya percutian dekat Lombok haritu. Tup tup tup, dia promote tour guide dia. Katanya muda ehem ehem ehem. Eheks eheks. Aku Whatsapp untuk info lanjut (harga tour). yadda yaddda. Harga dia sangatlah murah daripada yang aku survey tempat lain.

Kenapa pakai tour guide? Kenapa tak pergi sendiri je? Sewa motor macam Dr Fatin Liyana and hubby. Sebab kiteorang pergi dua orang je uolls. And both gegerl yang lemah lembut kateko. Takde yang jenis keras. Hati pun tisu je haha =) Lagi satu nak pergi tempat ke tempat dia sangat jauh, dalam lingkungan 1 jam macam tu untuk ke tempat lain. Kiteorang stay bukan seminggu kat Senggigi Lombok (2 hari je) hewhewhew.

Siapa-siapa yang ada tanya, nak tahu, atau nanti-nanti nak pergi. Boleh usha-usha sikit bawah ni.

Lombok (Senggigi) Tour Guide 2DAYS 1NIGHTS ONLY!

For 2 pax : RP 1.520.00 ( RM 456 )
Per pax : RP 760.000 ( RM228 )

Included : Transport & Trip, Kintamani Waterfall ticket & Local Guide, Private speedboat one way to Gili Trawangan
Excluded : Hotel, makan minum, tip
Contact Mas Eka (muslim & single) : +62 818 0576 8788

Note: Yang ni bila makan, kene bayar untuk driver dia sekali. Tapi jangan risau, driver dia makan yang sedang-sedang/murah je. Bawah RP 30.000 = RM 10. Hekhek =)

Bali Tour Guide 3DAYS 2NIGHTS ONLY!

For 2 pax : RP 1.800.00 ( RM 540 )
Per pax : RP 900.000 ( RM 270 )

Included : Transport & Trip, durian 2 biji (haha)
Excluded : Makan minum, ticket setiap tempat, tip, hotel
Contact Mas Komang (non-Muslim & married) : +62 878 6222 8915

Haa. Lagi murah yang ni. Murah dia level 99 tingkat bangunan KLCC katekaw!


Ticket Flight

Ticket flight aku lupa harga dia yang tepat. Tapi aku spend untuk ticket almost RM400 (return) KL-LOMBOK & BALI-KL


Hotel
Memang sengaja amek hotel low cost budget sebab kiteorang nak stay untuk tidur and bersiap je. Bukan nak bercuti dekat hotel ni. Yelah, keluar awal pagi, balik tengah malam. Penat taw! Nak duduk koridor, nak acah-acah duduk tepi pool pun takde masa. Balik-balik je upload gambar dekat instagram pastu KROH KROH KROH sorang sorang. Lepastu bangun terus cari makanan. Ya Allah teruk perangai, malu kat orang :DD




Hotel Puri Senggigi (2 Days 1 Nights je)
Price for Standard room with Air Conditioning (max 2person) RM 84.69 per night.
Murah melambung-lambung gamaknya.
Recommended untuk budak-budak muda macam kita ni (eceh) yang cari hotel murah dan seleseww level 360%
Koridor dia boleh ajak satu kaum sade sasak kat lombok ni main wang besar-wang besar saya putar Halim! kuikui.





erm tu basikal kiteorang comel je kan? macam kiteorang jugak. lol


Mosaix Gili Bungalows (3days 2nights)
Price for Standard Room with AC (max 2 person) RM72.36 per night.
Okay hotel ni yang not-so-hotel ni agak kekampungan sikit. Suasana dia. Reka bentuk chalet dia, receptionist dia style geela. Pondok je. haha.
Apa yang best kat sini, stuff dia friendly! Keluar-keluar je bilik "selamat pagi mbak..=)"
Waktu mula-mula sampai, al maklumlah penat. Aku dah takdek masa nak senyum lagi dah. haha.

"mbak. Senyum sikit mbak." aku pun senyum sebab kau suruh je.
"Kalau senyum kayak Marsha, kalau enggak senyum kayak orang Jepan (Jepun)"

Hahaha. Aku daripada tak senyum, terus nak tergelak tak yah cite lah. Muka dah hitam cam ni kau kata macam marsha? Ada hati.

Siapa yang kuat, berani, boleh tahan mental fizikal. Okaylah. Boleh duduk sini. Sebab sini malam-malam dorang ber-party (like minum-minum dan seangkatan dengannya) dekat receptionist erhampiran je dengan bilik aku. Aku tak kuat pun, aku tak boleh tidur, gelisah, sampai tanya Encik Gugel doa hilangkan takut! hahaha padan muka. Yang orang sebelah aku tak nak cite? dia seleseww tahap tertonggeng-tonggeng atas katil tu wakakaka =PP gurau k anis!

Ruang makan

Tak mandi sebab air keruh.




Next Tuban Bali 3Days 2Nights
Price for standard room with AC (max 2 person) RM 61.60 per night
Okay. Tapi stuff dia biasa-biasa je. takde nak bertegur sapa. Senyum pun tak. Keadaan bilik keperluan semua okaylah. Cukup, lengkap. Ada almari, peti ais, TV Plasma, Air Cond, Water Heater, Plug berbakul-bakul. Tapi bilik dia kecik je. Nak solat pun takde ruang. Terpaksa pesongkan arah kiblat 45 darjah ke kiri. LOL.

Okay, nak tahu perjalanan kiteorang and tengok gambar-gambar and video-video yang best boleh tuggu next entri ya! thank you for reading guys girls (also gays) =)